Bila kita membina perniagaan dari profesion profesional kita, akan ada beberapa kriteria yang kita terlepas pandang.
Pengalaman saya dari segi profesion Optometris, diawal permulaan bisnes, saya telah banyak melakukan beberapa kesilapan.
1- Tiada 'Business Plan'.
Masa itu hanya fikirkan bagaimana nak dapat modal, lokasi dan perkara nak mencantikkan praktis sendiri. Sedangkan banyak lagi perkara yang perlu dilihat jika kita mempunyai business plan. Bila tiada, ia umpama berjalan di tempat gelap tanpa 'torch light' yang terang.
2- Takut untuk mengenakan bayaran atas khidmat nasihat dan harga produk yang lebih baik.
Masa itu saya terperangkap dengan fahaman bahawa, kuantiti lebih baik dari kualiti. Dalam profesion profesional, ia adalah sebaliknya jika di permulaan perjalanan keusahawanan kita. Khidmat nasihat yang berkualiti dicipta secara bertulis, agar ia boleh diubah kepada satu bentuk harga yang sesuai.
3- Tidak bersedia untuk menerima pesakit/pelanggan yang sangat ramai.
Saya hanya memiliki seorang pembantu ketika di awal bisnes. Agak lama pada fasa itu. Semua kerja marketing, sales, customer service, semua saya yang buat. Ia tidak begitu praktikal dan hasilnya kurang berkesan. Sejak tahun 2012 saya ubah konsep ini kepada cara urus korporat. Barulah lebih bersedia menerima pesaikt/pelanggan yang lebih ramai.
4- Tidak buat 'pre-mortem' dan 'exit plan'.
Pre mortem ini menjangka perkara yang buruk atau cabaran yang akan berlaku kepada praktis kita. Setelah jelas, kita mula fikirkan jalan-jalan untuk atasinya. Bukan satu sahaja.
5- Tiada 'book keeping'.
Akaun syarikat tidak teratur. Duit syarikat duit saya, duit saya pula adalah duit syarikat. Jauhlah cara begini. Susah syarikat nak berkembang. Banyak belajar dari pegawai kewangan No 1 di ABS, Puan Irnee Ismail.
6- Urus bisnes gaya taw-key.
Kita anggap kita sahaja yang boleh bagi arahan dan pandai kita sahaja yang layak. Saya mula buat 'research' untuk laksana gaya korporat. Mula ikuti tip-tip bisnes dari mentor Puan Ainon Mohd . Barulah saya boleh fokus bagaimana untuk kembangkan bisnes. Tugas lain, banyak diserahkan kepada pegawai-pegawai yang telah dilantik.
7- Persyarikatan masih gunakan Enterprise.
Saya terus ambil khidmat nasihat dari Puan Armiati Mohd Ismail , pakar persyarikatan dari ABS. Syarikat saya di 'upgrade' ke Holdings dan anak-anak syarikat disusun atur secara korporat. Ilmu yang tidak ternilai jika kita seorang CEO muda.
Benarlah orang bijak bisnes berkata,
"Semua orang boleh buat bisnes. Tetapi apabila permulaannya salah, bisnes akan 'melekat' pada diri sendiri sehingga ia tidak mampu untuk lebih berkembang."
Saya sudah ubah cara saya urus berbisnes dengan mengambil langkah yang pertama : Ambil khidmat nasihat dari yang lebih berpengalaman.
Kerana kita tidak mampu untuk terus bergerak secara sendirian, kalau mahukan lebih kejayaan.
Shahrizal Redwan
CEO ABS Optomedik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: