Memaparkan catatan dengan label ABS Optometri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ABS Optometri. Papar semua catatan

Isnin, 4 Julai 2016

Psikologi 'mudah', konsep baru bisnes Optometri.

Satu elemen penting untuk memberi rangsangan kepada hasil jualan kedai Optometri.
Apa yang dimaksudkan 'baru' bukanlah menghasilkan sesuatu yang tidak wujud semata-mata, tetapi pembaharuan skrip menjual, teknik cek mata gaya empati, marketing dan sales menggunakan gaya kredibiliti.
Ia pula sentiasa di-upgrade dari masa ke semasa, supaya ia terus kekal relevan dengan keadaan pasaran dan psikologi membeli pelanggan kedai Optometri.
.
.

Konsep servis Optometri yang digunakan, ianya mestilah mematuhi syarat-syarat dibawah :
+ Mudah untuk dilaksanakan, 
+ Mudah untuk difahami oleh pelanggan, dan yang paling penting,
+ Meningkatkan kredibiliti Optometris pada masyarakat berhampiran dengan praktis kita.
.
.

Perkara yang paling pelanggan suka adalah apabila kita memudahkan sesuatu urusan mereka.
Mengambil kira akan fakta tersebut, usahawan Optometri yang tahu akan konsep 'mudah dalam Optometri' akan lebih berpeluang, untuk memiliki praktis berkredibiliti dengan pendapatan yang lebih kukuh.

Insha Allah.
Shahrizal Redwan.
CEO Abs Optometri.

Optometris : Cukup setahun ulang soalan ni, rasa macam nak kerja lain dah...

"Mana yang lebih terang, satu ataupun dua? Saya ulang lagi, satu terang atau dua lagi terang?"
Hari-hari kita ucapkan soalan yang sama. Tiada sesuatu yang dapat merangsang kita dengan perkara baru yang berkait rapat dengan profesion kita sendiri.
Baru-baru ini Abs Optometri menjadi mentor kepada sebuah kedai Optometri di Utara. Berkenalan melalui FB dan seterusnya berjumpa semasa taklimat ABS Optometri di KL.
Melalui wall FB beliau, saya dapati beliau selalu menghadiri pelbagai kursus untuk meningkatkan kemahiran dalam berbisnes.
"Tapi sale tiada sebarang perubahan. Sama sahaja."
.
.

Kursus yang spesifik tentang Optometri dalam perniagaan amat kurang di tawarkan secara umum. Ketika inilah saya berkata pada beliau,
"Tuan buat servis Visual Training. Ada artikel yang ditulis oleh seorang Optometris dari Australia, katanya dengan ada servis ini di praktis kita, sale boleh meningkat 10 kali ganda."
Dulu saya tidaklah mempercayai kata-katanya. Tapi hari ini saya akui!
.
.
Sebelum melakukan Visual Training, asas menggunakan sains disebalik penglihatan perlu di masterkan dahulu. Kita perlu fahami konsep-konsep cara mata kita berfungsi dalam menghasilkan imej jelas yang penuh dengan informasi.
Barulah kita boleh kemukakan suatu bentuk program terapi yang lebih berkesan.

Sepanjang 7 tahun melakukannya, saya boleh simpulkan terdapat 3 kepuasan yang akan hadir :
+ Jualan meningkat lebih dari yang syarikat jangkakan.
+ 'Mana terang satu atau dua' bukan lagi keutamaan, tetapi penerangan konsep Trio : Accomodation-Convergence-Fusion sentiasa digunakan.
+ Berjumpa kes-kes yang menarik setiap minggu dan kumpulan Optometris syarikat berbincang akannya, sambil minum kopi! ðŸ˜‹
+ Optometris digelar 'Specialist' oleh masyarakat setempat.
+ Satu pendorong semangat yang kuat apabila pesakit yang telah mendapatkan rawatan, merasai kualiti hidup lebih baik.
.
.
Kita boleh memiliki kedai yang besar, produk yang mahal-mahal, dan cawangan yang banyak.
Tetapi uniknya bisnes kita haruslah ditonjolkan dengan lebih baik.
Bila kita memberikan perkhidmatan yang unik, ianya sesuatu saham yang amat bagus buat kelangsungan hidup bisnes Optometri kita.
Sistem marketing dan sales yang lebih tersusun, urus cara korporat, dan mempunyai department R&D sendiri, suatu impian setiap orang yang berbisnes.
Paling penting kita boleh menjual menggunakan teknik Konsep Trio yang saya nyatakan di atas tadi.

Shahrizal Redwan.
CEO ABS Optometri.
*Abs Optometri adalah suatu usahasama antara ABS Holdings dan Rizal Optometris Holdings.

Buat 7 perkara ini : Staff mulai tidak menyukai kita sebagai pemimpin syarikat.

Bila kita tubuh pasukan, kita tahu, pasukan ini mestilah 'follower' kita yang paling hebat. 
Tunjukkan kita adalah leader yang berkaliber dan disukai. 
Jadi, elak buat 7 perkara di bawah ya :

++++ Terlalu serius.

Tidak salah untuk bersungguh-sungguh dalam mengecapi kejayaan yang dikejar. Ia akan lebih pantas dicapai bila pasukan mula menyukai dan hormat akan kita. 

Orang yang mahu pantas berjaya akan mengimbangi kesungguhan dan seronok dalam melakukannya. Bagi ada 'fun' sedikit!

++++ Tidak bertanya soalan yang secukupnya.

Kemahiran bertanya soalan yang cukup amat penting apabila kita bercakap dengan seseorang. Ramai dari kita asyik memikirkan apa yang mahu dibalas, sedangkan makna tajuk perbualan telah jauh menyimpang.

"Saya cakap lain, bos faham lain."

++++ Terlalu beremosi bila berhadapan sesuatu cabaran.

Katalah seseorang menerpa masuk ke kedai kita dan cakap-cakap yang kurang sopan. Ada yang akan membalasnya balik, ada pula yang menangis teresak-esak sehingga semua staff dengar.

Kita akan di label sebagai orang yang tidak mempunyai ketahanan dalam memimpin syarikat. Staff mula memandang kita sebagai pemimpin yang lemah dan tidak wajib mendengar akan motivasi darinya.

++++ Tiada tumpuan dan 'eye contact' ketika bercakap dengan staff.

Contoh paling mudah, bila staff memohon pandangan dari kita, kita asyik sibuk membalas Whatsapp pada smartphone. Beri tumpuan dari pandangan dan dengar dengan penuh perhatian. Jika tidak, staff tahu, kita tidak pun serius untuk berjaya dalam perniagaan.

++++ Suka bergossip!

Elak jauh-jauh hobi ini. Orang akan hilang hormat pada kita kerana sibuk bercakap-cakap tentang orang lain. Kalau ada orang yang menyampai-nyampaikan, diketahui pula orang yang kita gossip, alamat hormat tidak lagi menjadi suatu budaya yang wajib.

++++ Mempunyai fikiran yang tertutup akan penerimaan idea-idea yang baru.

Staff yang mahu majukan syarikat, akan melahirkan idea-idea yang lebih praktikal. Kadang-kadang tidak pernah pun terfikir oleh sesiapa. Jika kita menolak mentah-mentah idea ini, ia adalah sesuatu perbuatan yang tidak disukai oleh staff. 

++++ Share terlalu banyak info tentang peribadi kita sendiri.

Berapa banyak kita update hal-hal peribadi kita di online? Makan 3 sekali sehari pun, kita rasa wajib nak share gambar makanan yang meletup-letup tu".

Elak beri gambaran bahawa kita adalah orang yang sentiasa rasa syok sendiri. Orang jenis ini kejayaannya susah untuk dikekalkan. 

Jadi berpada-padalah ya. 

"Gaya kreativiti dalam urus bisnes."
-ABS Optometri

Cash flow tercekik

Kalau kita semakin berperasaan tidak mahu berjumpa dengan supplier yang datang (collect payment), itu tandanya cash flow syarikat sudah berada dalam keadaan tercekik.

Arahkan jentera sales bekerja dalam mode berperang.

Aktiviti terus dilaksana, dengan apa sumber yang ada.


-Shahrizal Redwan-

Jumaat, 1 Julai 2016

Bukan sekadar industri Optometri.

Bila kita banyak berjumpa dengan ramai ahli bisnes yang lain, lebih banyak idea dapat dikongsikan.

Bila berjumpa, satu soalan yang sering kami bertanya sesama kami,

"Bagaimana Tuan majukan bisnes?"

Maklumat berlainan industri, bila ditambah guna teknik Problem Solving by Design, lebih 'licik' kita dapat berbisnes.

Ahli ABS Optometri akan didedahkan akan konsep ini.

Sekitar kursus Problem Solving by Design oleh Puan Ainon.






Shahrizal Redwan
Optometris

Akhiri metafora mudah.

Mat saleh bila guna satu perkataan, mereka akan faham banyak perkara. 

Orang kita tidak begitu.

Accomodation, Convergence atau Fusion. Sistem penglihatan ini tidak mudah untuk difahami.

Dalam kajian bertahun-tahun, bagi mencipta skrip yang baik, mudah difahami dan bermakna, ia perlu mempunyai :

+ Pengenalan. Cerita asal bagaimana mata kita bekerja.

+ Fokus cerita berkait dengan aktiviti yang pelanggan selalu buat.

+ Akhiri dengan metafora mudah.
.
.
Kesan yang baik bila guna cara ini, pelanggan akan memandang hormat akan kepakaran yang ada pada Optometris dan staff. 

Merekalah yang akan 'promote' kita untuk 7 generasi yang akan datang.

Optometris : Cukup setahun ulang soalan ni, rasa macam nak kerja lain dah...

"Mana yang lebih terang, satu ataupun dua? Saya ulang lagi, satu terang atau dua lagi terang?"

Hari-hari kita ucapkan soalan yang sama. Tiada sesuatu yang dapat merangsang kita dengan perkara baru yang berkait rapat dengan profesion kita sendiri.

Baru-baru ini Abs Optometri menjadi mentor kepada sebuah kedai Optometri di Utara. Berkenalan melalui FB dan seterusnya berjumpa semasa taklimat ABS Optometri di KL.

Melalui wall FB beliau, saya dapati beliau selalu menghadiri pelbagai kursus untuk meningkatkan kemahiran dalam berbisnes.

"Tapi sale tiada sebarang perubahan. Sama sahaja."
.
.
Kursus yang spesifik tentang Optometri dalam perniagaan amat kurang di tawarkan secara umum. Ketika inilah saya berkata pada beliau,

"Tuan buat servis Visual Training. Ada artikel yang ditulis oleh seorang Optometris dari Australia, katanya dengan ada servis ini di praktis kita, sale boleh meningkat 10 kali ganda."

Dulu saya tidaklah mempercayai kata-katanya. Tapi hari ini saya akui!
.
.
Sebelum melakukan Visual Training, asas menggunakan sains disebalik penglihatan perlu di masterkan dahulu. Kita perlu fahami konsep-konsep cara mata kita berfungsi dalam menghasilkan imej jelas yang penuh dengan informasi.

Barulah kita boleh kemukakan suatu bentuk program terapi yang lebih berkesan.

Sepanjang 7 tahun melakukannya, saya boleh simpulkan terdapat 3 kepuasan yang akan hadir :

+ Jualan meningkat lebih dari yang syarikat jangkakan.

+ 'Mana terang satu atau dua' bukan lagi keutamaan, tetapi penerangan konsep Trio : Accomodation-Convergence-Fusion sentiasa digunakan.

+ Berjumpa kes-kes yang menarik setiap minggu dan kumpulan Optometris syarikat berbincang akannya, sambil minum kopi! ðŸ˜‹

+ Optometris digelar 'Specialist' oleh masyarakat setempat.

+ Satu pendorong semangat yang kuat apabila pesakit yang telah mendapatkan rawatan, merasai kualiti hidup lebih baik.
.
.
Kita boleh memiliki kedai yang besar, produk yang mahal-mahal, dan cawangan yang banyak.

Tetapi uniknya bisnes kita haruslah ditonjolkan dengan lebih baik.

Bila kita memberikan perkhidmatan yang unik, ianya sesuatu saham yang amat bagus buat kelangsungan hidup bisnes Optometri kita.

Sistem marketing dan sales yang lebih tersusun, urus cara korporat, dan mempunyai department R&D sendiri, suatu impian setiap orang yang berbisnes.

Paling penting kita boleh menjual menggunakan teknik Konsep Trio yang saya nyatakan di atas tadi.


Shahrizal Redwan.
CEO ABS Optometri.
*Abs Optometri adalah suatu usahasama antara ABS Holdings dan Rizal Optometris Holdings.

Psikologi 'mudah', konsep baru bisnes Optometri.

Satu elemen penting untuk memberi rangsangan kepada hasil jualan kedai Optometri.

Apa yang dimaksudkan 'baru' bukanlah menghasilkan sesuatu yang tidak wujud semata-mata, tetapi pembaharuan skrip menjual, teknik cek mata gaya empati, marketing dan sales menggunakan gaya kredibiliti.

Ia pula sentiasa di-upgrade dari masa ke semasa, supaya ia terus kekal relevan dengan keadaan pasaran dan psikologi membeli pelanggan kedai Optometri.
.
.
Konsep servis Optometri yang digunakan, ianya mestilah mematuhi syarat-syarat dibawah :

+ Mudah untuk dilaksanakan, 

+ Mudah untuk difahami oleh pelanggan, dan yang paling penting,

+ Meningkatkan kredibiliti Optometris pada masyarakat berhampiran dengan praktis kita.
.
.
Perkara yang paling pelanggan suka adalah apabila kita memudahkan sesuatu urusan mereka.

Mengambil kira akan fakta tersebut, usahawan Optometri yang tahu akan konsep 'mudah dalam Optometri' akan lebih berpeluang, untuk memiliki praktis berkredibiliti dengan pendapatan yang lebih kukuh.

Insha Allah.


Shahrizal Redwan.
CEO Abs Optometri.

'Puppet' bernyawa apabila berbisnes.

Kita dah cukup gembira dengan bisnes kita sekarang. Ya, lah. Semuanya cukup sehingga setiap tahun boleh tukar kereta baru seperti jenama Velfire.

Sampailah satu masa, sale jatuh tiba-tiba. Menggelabah kita sehingga mula mencari-cari pihak yang boleh membantu.

Rakan paling rapat masa tu siapa lagi kalau tak bukan pihak yang bernama BANK.

Sehingga suatu masa juga, rakan 'baik' kita ni tak mahu bantu lagi dah.

Semakin suram bisnes kita......
.
.
Cuba kenangkan balik perkara di bawah. Kalau kebanyakan jawapan kita adalah Ya, sebenarnya kita telah menjadi 'puppet' dalam satu sistem.

1- Adakah kita menjual menggunakan apa yang di ajar oleh pembekal?

2- Adakah kita tidak mempunyai perancangan mengembangkan bisnes?

3- Adakah kita pentingkan cakap 'orang lama' dalam industri yang kita ceburi?

4- Ada tak bila kita nak cuba idea baru, tapi takut nak laksana sebab takut ahli-ahli industri menegur dan bercakap-cakap tentang kita?

5- Adakah kita masih lagi bekerja berseorangan (90% kerja di syarikat kita yang buat).

6- Kita buat promosi lebih kurang sama dengan pesaing. Dia buat 50%, kita balas dengan 
tawaran 70%. Betul?

7- Kita tidak percayakan staff yang bekerja untuk buat keputusan?
.
.
'Puppet' yang saya maksudkan, adalah seseorang yang hanya mengikut apa yang orang kata dan cara lama sesuatu bisnes itu dijalankan.

Tiada kreativiti dan tiada pandangan diri sendiri yang kuat.

Usahawan perlu memiliki kebolehan mengubah sesuatu masalah, kepada suatu peluang yang menguntungkan. 

Konsep inilah yang cuba diterapkan oleh Abs Optometri dalam sesi coaching kepada usahawan Optometri.

"Elak jadi 'Puppet'!

Whatsapp di talian 019-5052194 (Tuan Rizal) jika ada sebarang pertanyaan.

Isnin, 20 Jun 2016

Penglihatan Punca Tiada Pendapatan: Stori Tukang Cat



7 tahun yang lepas saya masih ingat seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 30an. Asyik memejamkan kedua matanya bila bercakap!
Wajah penuh harapan ketika mula berkunjung ke praktis saya. Datang bersama isteri dan anak kecil beliau.
"Dah 3 hari saya tak bekerja. Pening ni Encik Rizal!" Kata beliau dalam bilik cek mata.
Lebih kurang 40 minit saya menilai cara beliau melihat, saya pun bertanya,
"Time bila Tuan mula sakit kepala?"
- "Masa saya mengecat dinding yang tinggi-tinggi tu!" 
Satu program pemulihan disusunatur kepada beliau.
.
.
.
Selepas 3 bulan...
Masa saya makan di sebuah gerai bersama isteri, meluru seorang wanita ke meja makan kami.
"Encik! Abang dah ok! Abang dah ok! Dah tak sakit kepala dah! Terima-Kasih! Terima kasih!"
Saya yang pada mulanya tidak memahami, baru teringat akan suami beliau yang bekerja sebagai seorang tukang cat.
"Seronok saya mendengarnya, Puan." balas saya.
.
.
Duit boleh membahagiakan. 
Tetapi ada 'part' dalam hidup kita, ia lebih berharga dari nilai duit itu sendiri.
Part 'terima-kasih' yang lahir dari hati pelanggan kita, sesuatu yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Kita hanya mampu tersenyum, dan berkata,
"Alhamdulillah..."
.
.
.
-Stori yang dikongsikan semasa taklimat pelesenan ABS Optometri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...