Rabu, 20 Januari 2016

Rabun Silau Kanak-kanak



Rabun dengan bahasa mudahnya 'tak nampak terang' bila nak lihat sesuatu. Kita tak dapat nak bezakan dengan nyata antara RABUN jauh atau dekat dengan RABUN SILAU. Tambahan lagi pada kanak-kanak.

Silau tu apa?

Secara ringkasnya, saya boleh simpulkan kepada 3 keadaan :

+ Silau adalah keadaan apabila saraf mata kita di dedahkan pada satu sumber cahaya yang berlebihan.

+ Silau juga boleh disebabkan oleh adanya rabun jauh dan rabun silau yang tidak dibetulkan (contohnya dengan cermin mata)

+ Mata yang terlalu penat juga boleh menjadi faktor rasa silau. Kerana kompenan mata tidak dapat lagi bekerja dengan efisen untuk kawal cahaya yang masuk.
.
.
Jadi...

Rabun silau itu apa pula?

Nama lebih canggih (saintifik) adalah 'ASTIGMATISM' @ versi Bahasa Melayunya ASTIGMATISMA.

Ia di berpunca oleh permukaan mata hitam (kornea) yang tidak sekata. Pemberian power silau pada satu sudut darjah (ditentukan oleh Optometris) amat membantu imej yang dihasilkan nanti. 

Pada sudut darjah ini, bentuk kornea adalah yang paling melengkung!

Bila ada 2 kelengkungan pada satu permukaan, cahaya yang melaluinya, tidak akan terfokus pada saraf yang memproses penglihatan.

Wujudlah imej yang kabur dan imej yang berbayang.
.
.

Rabun silau pada kanak-kanak bukanlah satu perkara luarbiasa, tapi ia perlu lebih perhatian.

Kanak-kanak tidak dapat memberitahu kita yang mereka rasa silau, kabur pandangannya dan rasa susah nak membaca lama-lama.

Tetapi perlakuan mereka seperti di bawah boleh memberi signal pada kita:
+ Selalu kecilkan mata.
+ Tulisan ada yang huruf terbalik.
+ Tumpuan membaca perlu masa yang lebih.
+ Sakit kepala.
+ Rasa letih selepas pulang dari sekolah.
+ Tidak mahir bersukan.

Jika lambat rawatan diberi kepada mereka, ia akan memberi kesan terhadap keputusan exam mereka nanti.

CARA RAWATAN?

Antara rawatan yang boleh diberi

+ Cermin mata dengan power silinder pada sudut darjah yang telah dikenalpasti.

+ Kanta sentuh.

+ Kanta sentuh RGP. Bagi kes yang punyai rabun silau (astigmatisma) yang melebihi 400.

APA BAHAYANYA rabun silau kanak-kanak ini?

Paling serius adalah pada rangsangan saraf untuk melihat. Jika ia tidak dibetulkan, rangsangan imej yang terang tidak diperoleh oleh otak.

Maksudnya, otak tak tahupun dan tak pernah belajar imej yang terang tu bagaimana dari mata yang punya rabun silau ini. Jika dibiarkan sehingga mata telah matang, saraf susah untuk kembali berfungsi walaupun setelah pakai cermin mata. 

Jika power melebihi dari kebiasaan (biasanya  power rabun silau kurang dari 200), ia boleh beri kesan terhadap cara efektif untuk betulkannya. 

Power cermin mata hanya boleh menampung sehingga power rabun silau 500. Tapi mata tidak lagi beri respon yang baik bila power ini dah melebihi 400. 

Mata tak berapa sensitif dan kanak-kanak itu sendiri masih susah nak lihat dengan jelas (walaupun dengan spek yang baru).

Kebanyakan pakar menggelarnya sebagai 'Lazy Eye'.
.
.
Biasanya DUA-DUA MATA atau SATU MATA sahaja yang kena rabun silau ini?

Ia boleh berlaku pada sebelah mata sahaja atau kedua-dua mata.

Dalam kebanyakan kes yang saya jumpa di praktis saya, paling kerap hadir pada dua-dua mata.

APA MAKSUDNYA RABUN SILAU YANG TINGGI?

Terdapat 2 kategori :

+ Power Rabun Silau melebihi dari power Rabun Jauh. Kalau di praktis saya di Rizal Optometris, kalau 10 orang yang tempah cermin mata, 2 daripadanya ada ciri ini.

+ Power Rabun Silau melebihi 200. Agak jarang sikit yang punyai Rabun Silau lebih dari 200. Pembekal sendiri hanya hasilkan cermin yang boleh dibeli secara banyak (borong) dengan 'range' power silau bawah dari 200. Sebulan hanya 5-6 orang saya preskripsikan power ini.

Kalau umur 3 tahun, TIDAK BOLEH MEMBACA lagi, boleh ke cek power RABUN SILAU ni?

Tiada masalah untuk dibuat penilaian jika tidak boleh membaca. Optometris telah terlatih untuk 'handle' situasi ini.

Satu teknik khas yang gunakan alat 'Retinoskopi' boleh membantu dalam menentukan power Rabun Silau ini.

-Shahrizal Redwan, Optometris.

7 ulasan:

  1. Penerangan yg amat membantu..terima kasih encik shahril..

    BalasPadam
  2. Sama-sama CikPuan Lisa Ebno..😊

    BalasPadam
  3. Kalau -0.75 silau kiri kanan perlu pakai spek mata ke?

    BalasPadam
  4. Kalau -0.75 silau kiri kanan perlu pakai spek mata ke?

    BalasPadam
  5. Banyak kes seperti ini, tiada kesan ketara pada waktu siang. Sebaliknya berlaku pada waktu malam.
    Walau bagaimanapun, ia boleh menyebabkan kekuatan otot mata menjadi cepat letih, kerana perlu bekerja lebih kuat atas imej yang sedikit 'celaru' ini.
    Jika alami tanda-tanda mata yang sangat penat, satu kebaikan bila dapat memakai sepasang cermin mata dengan lapisan antiglare.

    BalasPadam
  6. Saya mempunyai seorg ank lelaki berusia 10thn...memakai cermin mata..power melebihi 350 dua2 belah...terlalu obses ngan gadget...apakah rawatan yang sesuai untuknye.

    BalasPadam
  7. Saya mempunyai seorg ank lelaki berusia 10thn...memakai cermin mata..power melebihi 350 dua2 belah...terlalu obses ngan gadget...apakah rawatan yang sesuai untuknye.

    BalasPadam

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...