Memaparkan catatan dengan label Team Rizal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Team Rizal. Papar semua catatan

Isnin, 4 Julai 2016

Tindakan sinergi bila staff asyik main SEMAKPHONE.

Isu ni nampak kecil sahaja. Tapi dari segi efisen dan produktiviti kerja, ia mempunyai masalah yang agak serius.

Bulan lepas saya jalan-jalan dekat sebuah pusat membeli belah di Ipoh bersama isteri.

Jurujual sebuah kedai ni sentiasa berada di depan pintu untuk menyambut bakal pelanggan yang akan datang. Hebat customer service dia kan?

Terpacak berdiri.

Tapi...

Beliau berdiri sambil main smartphone. Adeh!!😅
.
.
Kalau kita larang langsung tak boleh pegang time kerja, rasa macam tak patut pula. Atau patut? Tengok kerja la juga kan?

Saya buat 3 tip ini pada staff Rizal Optometris :

+ Kerja atau tugas yang perlu dilakukan untuk satu hari di-list. Dah buat semua baru boleh main smartphone.

+ Ada kawasan tertentu untuk guna smartphone.

+ Elak berjemaah main smartphone. Ikutlah giliran. Semua orang pun nak balas Whatsapp kan? 😆
.
.

Sinergi ni maksudnya dua-dua pihak akan menang. Majikan dapat produktiviti, dan staf tidak stress kerana halangan penggunaan teknologi.

Lihat pada perkara positif dahulu, baru sinergi dapat berlaku. Ia sesekali tidak akan menjadi sinergi, jika kita sentiasa tumpu pada perkara-perkara yang negatif sahaja.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Melangkah kerana kita sendiri yang mahukannya.



"Budaya sentiasa belajar ni, bukan semasa berada di Universiti sahaja."

Pesan saya kepada Optometris muda. semasa kelas 'Vision' mingguan Rizal Optometris.
.
.

Bila kita bekerja, belajar sebanyak mungkin ilmu yang diajar.

Mengapa?

Kalau tidak mulakan hari ini, kita adalah orang yang sama 5 tahun akan datang.

Tiada apa-apa peningkatan. Kosong.
.
.
Tetapkan impian besar dahulu. Lakarkan jalannya dan senaraikan apa yang kita perlu ada.

Ironinya, perkara paling yang penting adalah, diri kita sendiri.

Sama ada kita mahu melangkah, atau terus menunggu... dan menunggu...


-Shahrizal Redwan-
Rizal Optometris

Ada 5 ciri DNA ini, anda adalah seorang Leader yang kreatif. Sungguh!

Ada 5 ciri DNA ini, anda adalah seorang Leader yang kreatif. Sungguh!

++++ Sentiasa ada fikiran "Mesti ada jalan baru."
Walaupun telah berjaya didalam bisnes, mereka sentiasa akan mencari jalan, bagaimana untuk memudahkan lagi apa yang sedang mereka lakukan.
.
.
++++ Mereka mendengar kata hati.
Ada pepatah Inggeris berkata, "Seseorang itu dianggap tidak mempunyai arah, apabila apa yang dilakukannya itu tidak berpandukan kata hati sendiri."
.
.
++++ Mereka bergerak laju, tetapi senyap.
Sifat ini susah kita nak kesan awal-awal. Biasanya setelah beliau dah betul-betul berjaya, baru kita sedar. Apa yang dia buat sebenarnya ya sampai berjaya macamni?
Mereka tidak membuang masa melakukan kerja yang sia-sia, efisen adalah style mereka.
.
.
++++ Bila pengakuan dibuat, amat susah untuk di ubah semula.
Mereka ni walaupun duduk berseorangan, sebenarnya sedang 'bermesyuarat' dengan diri sendiri. Fikir dari pelbagai aspek untung atau tidak. Bila keputusannya telah dibuat, menangis air mata darah sekalipun, tidak akan diberinya peluang untuk mengubah akuan yang telah dibuat,
"Dengan cara ini, aku mesti akan lebih berjaya!"
.
.
++++ Buat sesuatu lebih dari apa yang diharapkan.
Kebolehan mengeluarkan idea-idea baru adalah sesuatu yang amat diharapkan oleh anak buahnya. Dengan inilah jalan yang telah dicipta mudah diikuti. 

Jika telah berjaya berada dihujung jalan untuk berjaya, leader yang kreatif tidak akan berhenti disitu. Beliau akan pastikan akhiran perjalanannya itu lebih baik dari yang ditetapkan.
.
.

Leader yang kreatif dalam bisnes, tidak akan wujud dalam diri kita, bila usaha kita ke arah itu tidak bermula pada hari ini.

Kelilingkan diri kita dengan pasukan bisnes yang mahu mencapai sebarang kejayaan. Kita lebih mudah terdorong dengan pasukan sentiasa positif dan mempunyai matlamat yang amat jelas.

"Jadi Leader yang kreatif!"


-Shahrizal Redwan- 
Rizal Optometris

Sabtu, 2 Julai 2016

Emotional Reaction Chain

Jika hormat pada pelanggan menjadi keutamaan bisnes, pastikan kita mengutamakan rasa hormat profesional kepada semua staff.
Rantaian emosi hormat pada pelanggan akan lebih dirasai.
"Emotional Reaction Chain."

Menempah 'tiket' untuk Bisnes yang berjaya!

Bila dapat 'hidu' apa yang orang perlukan,
mereka cepat-cepat penuhi permintaan , "Saya nak jadi nombor satu!!!!!"

Inilah apa yang dilakukan oleh sebuah syarikat rangkaian makanan dari British, Pret A Manger.

Pada waktu makan tengah hari di New York, semua kedai yang menyediakan makanan masih guna konsep 'makan di atas meja sambil menunggu order'.

Golongan profesional yang sibuk, merasakan konsep ini membuang masa.

Mereka membawa bekal makanan dari rumah atau terus meninggalkan sahaja nikmat makan tengah hari.

Kaitan jimat masa itu sungguh kuat!
.
.
Pret A Manger menyediakan sandwich segar setiap hari. Dengan konsep yang dipermudahkan, hanya beberapa minit diperlukan untuk membeli.

Pelanggan profesional telah lama menanti 'keajaiban' ini berlaku!

Ia kekal relevan hingga ke hari ini.
.
.
Bisnes yang berjaya, sentiasa mahu memandang dari sudut pandangan pelanggan.

Walaupun segmen pelanggan itu sendiri belum wujud lagi secara sah.

Mencari akan masalah 'kumpulan baru' ini amat penting, kerana keuntungannya adalah berlipat kali ganda.


-Shahrizal Redwan-

Budaya Rizal Optometris

Budaya yang baik amat payah untuk dibentuk, tetapi ia cukup indah untuk hidup bersamanya.

Budaya yang buruk pula, amat mudah untuk hidup bersamanya.

Tetapi percayalah, hidup tidak akan menjadi indah seperti yang kita harapkan.

Isnin, 20 Jun 2016

Pekasam Kampung Kuak Kuala Kangsar.


Kalau lalu di Kampung ini, jangan lupa beli pekasam ikan sungai yang terkenal. Tanyalah peminat pekasam, disini rasa ikan dan berasnya lebih rangup!

Dulu-dululah, kawasan ini adalah sebahagian dari negara selatan Thailand. Diserahkan kepada British untuk menjadi kawasan jajahannya.

Asal dahulu kebanyakan penduduk disini adalah dari orang pattani. Setiap kali ingin pergi menangkap ikan, mereka menggelar aktiviti ini dengan loghat pattani, iaitu 'Kuak'.
Mungkin sebab itulah tempat ini dinamakan Kampung Kuak. 😊
.
.
Hari ini Team Rizal berada di Kampung Kuak. Melakukan servis dan jualan kepada penduduk sekitar. Free gift turut di sediakan pada yang berkunjung.
Terima kasih pada semua pihak yang menjayakan.
.
.








Rizal Optometris Kuala Kangsar, Ipoh Klebang, Kamunting.

Ahad, 1 Mei 2016

Latihan demi latihan, demi mencari bakat baru..

AJAR sehingga mereka boleh mengajar..
NILAI agar ia berada pada 'tahap standard' yang kita mahukan..
"Belajar sesuatu bakat yang baru, agar tindakan bermakna 'bergerak laju' "
-Shahrizal Redwan.
Leader pula ada Exam.. Ini peringkat tinggi dah ni.. Tahniah! Tahniah! "Masa ada lagi 5 minit! Pastikan tulis nama, dan dari kelas mana."😆

CikPuan Shafika memulakan kelas Edging.. Ada 5 SOP yang wajib dipatuhi. 😊



Bakat boleh DILATIH!



Dalam kelas saya, banyak saya tekankan,

"BAKAT BOLEH DILATIH"

Saya timbulkan persoalan ;

+ Saya bercerita bagaimana setiap kali meeting department, saya boleh tahu setiap isu dan cara nak atasinya.

+ Kenapa saya banyak 'reject' cara perlaksanaan sesuatu projek.

+Bagaimana saya tahu cara menegur setiap ahli team tanpa mereka perlu rasa hina (tapi cukup tegas!), malah lebih bersemangat dan terdorong!

+ Bagaimana setiap masa, saya buatkan setiap ahli team suka berjumpa dengan saya.(walaupun ada yang cakap dekat isteri saya "Perlu ke nak jumpa nih.." sambil kertas laporan dikipas-kipaskan.😆)

+ Bagaimana saya beri rangsangan kepada ahli team untuk menerima dan bertindak atas satu kepercayaan yang kuat (Passion!).

+ Kenapa saya perlu jujur bila bercakap. Sehinggakan saya pernah berkata "Anda gagal memimpin! Impian kamu nak bantu mak ayah tak akan jadi kenyataan!".

+ Kenapa saya sentiasa kerap menyusun semula organisasi walaupun Visi dan Misi tetap tidak berubah.
.
.
Saya wujudkan persoalan di atas pada staff, untuk menunjukkan bahawa Leader bukan hanya pandai memberi arahan.

Kalau memberi arahan sahaja, layak lagi digelar sebagai BOS. Bukan LEADER.

"Sekecil-kecil Leader pula, mereka memimpin diri sendiri ke arah satu bakat yang lebih baik."
.
.

Gambar :
Kelas saya pagi tadi berkenaan tajuk di bawah,

"7 ciri jika anda mempunyai sifat ini, anda sudah layak memimpin team anda dengan CEMERLANG. Andalah LEADER yang dicari-cari!"

-Shahrizal Redwan.
"Make a true Leader from ground zero!"

Sabtu, 30 April 2016

6 Team, bergabung hasilkan SINERGI!

Mudah! Dahulu kita melakukannya seorang, kini bebanan kerja dibahagi-bahagikan kepada 'anak-anak Paus' yang layak! 192 jam mereka habiskan masa di dalam kelas training, masa untuk aplikasikannya.

Masing-masing mempunyai kepakaran sendiri setelah mereka melengkapkan sebahagian training yang dinamakan 'TRAINING 192' !

+ Team Optometrist : Lebih cekap melakukan kawalan cahaya yang masuk ke dalam mata pelanggan/pesakit (Refraction),

+ Team Marketing : Dapat mencuba teknik marketing yang telah di UPGRADE,

+ Team Customer Service : Dapat menilai layanan yang di sukai pelanggan,

+ Team R&D : Dapat buat penilaian idea-idea yang telah disenaraikan. Adakah sesuai untuk dilancarkan atau perlu lebih masa untuk memperbaikinya.

+ Team Sales : Dapat nilai lebih dekat apa sebenarnya yang diperlukan oleh pelanggan dari sudut pandangan mereka. Servis yang bagaimana, produk yang bagaimana..

+ Team Management Rizal Optometris Holdings : Menguji keberkesanan latihan yang diberikan, termasuk SOP yang telah disediakan.
.
.
.
Team Rizal kini berada di Kampung Tanah Merah, Kuala Kangsar. Jom kita tengok stori mereka melalui gambar dibawah.

-Shahrizal Redwan, 
CEO Rizal Optometris Holdings.

"Nombor giliran nak ambil mana?"
Persediaan untuk penglihatan dinilaikan.


Adik comel juga teruja!

CikPuan Afiqah yang memang pandai mewujudkan suasana yang disukai pelanggan.

CikPuan Fadhilah, Optometris, menunjukkan cara memakai 'trial lens' sebelum penglihatan adik ini di nilaikan.

"Mana satu la nak pilih ni..."


CikPuan Dila, (terkenal dengan kelembutan tutur bahasa) memberi penerangan hasil pemeriksaan mata tadi.

CikPuan Hanun, Optometris, melakukan 'Oftalmoskopi' untuk menilaikan kesihatan salur darah dan saraf di dalam mata. - Steadylah pakcik!


Penerangan dari Ketua Program, Tuan Zamani. Di apit oleh Tuan Ijal (spek atas kepala), CikPuan Hanun dan pelanggan (berbaju kuning) yang bersiap sedia untuk dinilaikan penglihatannya.


Tuan Saleh bertanya beberapa soalan tentang keadaan penglihatan, sebelum penglihatan pakcik ini dinilaikan.

Khusyuk adik ini mendengar penerangan Tuan Ijal. Apalah tajuk yang menarik minat adik ini.


"Kalau dia datang mengarah, pergh... Dia punya suara boleh dengar satu PERAK nih!!"-BOS.


Saya panggil Hanun datang jumpa saya. Dekat tangan ada kertas dengan tulisan tangan setebal buku sejarah tingkatan 1.
- "Banyak kerja Hanun ya. Ok ke?"
Mengangguk sambil senyum seolah berkata,
"Ok. Tapi...."
- "Macam mana Hanun organize?"
Diam sambil tersenyum.
Saya pun berikan beberapa sedikit pandangan saya.
+ Senaraikan 'to do list'. Buat sebelum sampai dekat tempat kerja.
+ Imbangan untuk 1 hari itu terhadap kerja, projek yang diamanahkan, pembacaan motivasi diri dan membaca 'buku Optometri'.
+ Mesti dapat belajar sesuatu yang baru.
+ Diskus dengan saya tentang kes pelanggan.
.
Saya keluarkan pula carta alir yang saya buat, berikan pada Hanun ;
"Kalau nak yakin dengan power yang kita bagi pada pelanggan, Hanun ikut carta ini."
Sebenarnya saya dah ajar. Cuma Hanun mungkin perlu cara mudah nak ingat. Saya tunjukkan teknik yang lain pula.
Harap lepas ni lebih konfiden!
Kalau tak boleh juga, saya akan ajar teknik yang lain pula. 
Mendorong, mengajar dan percaya akan bakat seseorang sebenarnya boleh digilap, telah menjadi budaya Rizal Optometris.
Budaya dan nilai menjadi nadi kekuatan sesebuah syarikat. Ia bergantung kepada pemimpin untuk mencorakkannya.
Tajuk dekat atas : Ini bukan budaya Rizal Optometris. 


Shahrizal Redwan
CEO, Rizal Optometris
😊

Jumaat, 11 Mac 2016

7 jenis orang cek mata yang akan anda jumpa! Serius ke ni?!



Dekat bawah, saya senaraikan apa yang saya rasa orang yang cek mata ni, boleh jadi. Ada yang ok, ada yang kurang ok.. Hehehehe..

Sebelum tu, ilham artikel ini ditulis adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri sebelum saya bergelar Optometris lagi.

+ Bekerja di makmal.
Suka ambil masa yang lama untuk buat keputusan power kita yang sesuai. Kalau lama dalam keadaan fun ok jugakkan?

+ Jentolak 'man'.
Masa kita pakai spek yang boleh tukar-tukar power tu, cara dia masukkan kanta tu dah rupa jentolak! Main tolak masuk kanta power tu sampai sakit-sakit hidung nih!

+ Jeneral Askar Wataniah.
Kalau dapat type ni, pengalaman 'garang' adalah sesuatu yang akan anda tempuhi. Ikut je arahan beliau! Kalau tidak, 'pam ping' 100 kali! 😁

+ Mak Bedah sebelah rumah.
Alahai! Kenapa lah cakap tak berhenti-henti ni. Nak cek mata je kot.

+ Lawak King
Ada yang kita jumpa dia pandai cuit hati kita. Inilah yang kita panggil terapi emosi. Bagaimana jenaka beliau buat kita tersenyum lepas keluar dari bilik cek mata.

+ Chef kali pertama masuk rancangan TV.
Prosedur cek mata tu dah macam resepi yang perlu ditunjukkan cara memasaknya. Satu demi satu langkah cek mata dilakukan. 😁

+ "Stress control" consultant.
Kalau kita kenal dengan perwatakan orang yang cek mata tu pendengar yang baik, luahkan je lah masa cek mata tu. Hilang sikit stress. Tapi pada yang kita percaya je lah ya. 😊
.
.

Itu serba sedikit pengalaman saya. Saya percaya, pasti ada yang mengalami pengalaman yang lebih berbeza.

Paling penting, kita suka orang layan kita dengan baik.

Best lagi, beli cermin mata harga RM 100 sahaja, tapi layanannya macam kita beli harga RM 1,000!

Kalau saya pun akan jadi pelanggan kedai tersebut.



Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Tengok TV, Dia jadi DUA!


Keluar dari bilik cek mata, saya disapa oleh seorang lelaki sado, berkemahiran berjalan tanpa sebarang bunyi, Tuan Saleh. 

"Tuan Rizal, ada customer mengadu sakit kepala dan tak boleh tengok jauh." kata Saleh sambil hulurkan rekod.

Saya pun belek-belek rekod, "Baru lagi customer ni ambil spek..."

Saya tanya-tanya pakcik ni, beliau cakap dia tak boleh tengok jauh. Dah 2 minggu macam ni, kena tutup sebelah mata pula tu.

Bila siasatan dibuat, penglihatan pakcik ini semuanya ok kecuali satu perkara : 

'MATA SENTIASA NAMPAK ADA 2 IMEJ.'
.
.

"Kalau pakcik berdiri, tengok sebelah kaki pakcik ni pun nampak jadi dua. Nak jalan pun susah." Kata pelanggan ini

Semasa test yang kena 'tutup-tutup mata', saya dah dapat sikit 'clue' apa puncanya.
Dan saya test beberapa ujian lagi untuk melengkapkan hasil siasatan saya.

Akhirnya... kata-kata yang memberi motivasi pada seseorang yang bergelar Optometris untuk terus berkhidmat :

"Alhamdulillah .. Kalau macam ni, barulah pakcik boleh bawa kereta. Dah 2 minggu tak niaga ni nak." Kata pelanggan ini lagi.


Shahrizal Redwan 
Rizal Optometris Kuala Kangsar

23 perkara kita rasa "Tak ada apa-apalah!" tapi sebenarnya SERIUS, ia akan merosakkan satu demi satu kemahiran SISTEM PENGLIHATAN!


+ Nak elak power rabun lebih bertambah, pakai sahaja power lama. Tindakan ini akan merosakkan sensitiviti sistem penglihatan sedikit demi sedikit.

+ Pakai spek kejap-kejap, boleh 'control' power. Ini bukan caranya.

+ Kita larang anak kita pakai spek setiap masa, dengan anggapan tindakan tersebut bagus untuk elak power rabun lebih naik.

+ Selagi mana spek sekarang ni masih nampak terang, tak perlu tukar atau cek mata. 

+ Nampak objek jadi dua, pejam mata - geleng kepala sikit-sikit, jadi ok balik. Makin lama, makin kerap.

+ Kita lihat mata anak kita, atau seseorang, kadang-kadang lari 'keluar'.

+ Tulisan nampak semakin kabur dari minggu ke minggu ketika membaca atau melihat skrin komputer/smartphone.

+ Sakit kepala bila buat kerja dekat. Makin lama makin kerap.

+ Mata rasa berpinar/penat dan rasa nak muntah yang boleh ditahan/dikawal bila buat kerja-kerja dekat.

+ Tidak boleh membaca dalam kenderaan yang bergerak. Walaupun sekejap.

+ Kemahiran sukan yang sangat lemah. Nak menangkap bola yang dibaling ke atas pun sukar.

+ Silau yang agak keterlaluan. Sehinggakan melihat lampu panjang putih (lampu Flourescent) di rumah, dah seperti melihat di bawah matahari yang terik.

+ Bawa kenderaan selalu nak terlanggar sesuatu halangan di hadapan. 

+ Ada masanya, suka tutup sebelah mata bila membaca atau mengadap komputer.

+ Tak boleh 'scroll' Whatsapp/FB lama-lama kerana mata terasa 'berat'.

+ Dah lama mata sebelah nampak kabur dan tak pakai pun spek yang sepatutnya. Bila pakai spek nanti, confirm mata terang semula macam biasa. (Tidak semestinya. Bila dah terlalu lama mata dalam keadaan kabur, mata agak susah untuk kembali jelas.)

+ Kita kerap rasa mengantuk dan keletihan. Balik sekolah atau balik dari ofis, keletihan itu semakin dirasai. Kita ingat orang lain pun macam itu. Sebenarnya tidak!

+ Bila memandu malam, rasa silau yang agak keterlaluan, walaupun dah tukar cermin mata baru.

+ Kadang-kadang pandangan nampak kabur, (jauh atau dekat atau keduanya sekali).

+ Ada masa kena betul-betul 'tenung' (fokus) benda yang kita nak lihat. Lewat petang semakin terasa sehingga kita percaya, "Ahh! Aku dah rabun!". Sebenarnya tidak.

+ Anak kata susah nak nampak bila cikgu ajar. Bila cek mata dekat kedai (yang tak amalkan khidmat nasihat Optometris), hasilnya tiada power rabun. Lulus ujian baca huruf kecil-kecil tu. Kita pun terus percaya dan menidakkan penglihatan anak kita bermasalah. Kalau cek power sahaja, power sahaja lah dapat. Perlu cek paling kurang 4 jenis 'test' khas.

+ Jika kita kali pertama pakai spek 'Pinhole glassess', mungkin kita akan nampak imej menjadi dua. Lama kelamaan imej menjadi satu semula! Awas! Ada kes saya temui, dulu beliau boleh guna dan kawal kedua matanya dengan baik. Kini pada kebanyakan masa, beliau hanya guna sebelah mata.

+ Tidur dengan spek membantu anda melihat dengan lebih terang dalam MIMPI.. Hehehehe (Gurau je..😆😆😆)
.
.
.

Semua kes di atas saya temui dengan agak kerap di praktis saya..

-Shahrizal Redwan, Optometris.

Juruaudit TIDAK dapat buat AUDIT kerana SAKIT KEPALAnya!

Pekerja saya yang tak kahwin lagi, ketuk pintu bilik cek mata.

Ketika itu saya tengah memberi latihan kepada Hanun, Optometris yang baru 6 hari diambil bekerja.

“Tuan, ada customer nak cek mata ya.”

- “Ok. Fendy panggilkan ya.” Balas saya. Saya cepat-cepat pesan dekat Hanun, ‘take note’ bila saya cek mata.

“Tuan Yusoff, kita cek mata sekali lagi dalam bilik ya.” Panggil Fendy umpama nurse klinik di hospital swasta. Hehehe..

Tuan Yusoff diekori oleh seorang wanita muda lewat 20 an, kelihatan sarat mengandung, berusaha mempercepatkan langkah. Pastinya isteri Tuan Yusoff.

- “Tuan Yusoff jemput duduk ya.” Kata saya sambil melapangkan tangan menunjuk ke arah kerusi yang dikhaskan.

Selepas Tuan Yusoff mengambil tempat di kerusi sebelah kanta berpower yang banyak tersusun tu, Fendy beritahu saya Tuan Yusoff kerap sangat sakit kepala. Minggu ini sakit kepala beliau boleh dikatakan setiap hari.

Tuan Yusoff bekerja sebagai Juruaudit dan banyak menghadap komputer dan laptop. 

Saya faham sungguh kerana AUDIT sesuatu yang tidak sama dengan kereta AUDI. Hehehehe..

Saya mengambil tempat, dan bertanya beberapa soalan yang akan menentukan ujian apa yang patut saya pilih untuk Tuan Yusoff.
.
.

Selepas 20 minit dengan 4 jenis ‘test’ yang telah selesai saya lakukan, saya beritahu pada Tuan Yusoff,

- “Mata Tuan tidak seperti orang lain. Mata tak sepatutnya bekerja 3 kali ganda lebih kuat dari biasa.”

Bermulalah soalan-soalan yang keluar dari mulut Tuan Yusoff dan isteri beliau, kerana ia sesuatu info yang sangat baru untuk mereka.

Ini part yang buatkan pasangan suami-isteri yang bahagia ini mengerutkan muka,

- “Mata Tuan kadang-kadang PAKAI SEBELAH MATA sahaja ketika membaca.” kata saya.
Sekali lagi.. Soalan demi soalan. Bertubi-tubi ditanya oleh Tuan Yusoff dan isterinya.

Lagak seperti saya tetamu jemputan dalam rancangan Nasi Lemak Kopi-O. 😆
.
.
Tuan Yusoff mempunyai daya sifat ingin tahu yang kuat. Hanun yang duduk di sebelah saya, tak berhenti-henti mencatat setiap poin penerangan mudah saya pada Tuan Yusoff.

Akhir sekali, sebelum Tuan Yusoff keluar….. (Dengan info yang banyak kaitan antara penglihatan dengan sakit kepalanya),

Saya berikan solusi dengan mengatakan, 

“Cara yang terbaik adalah dengan merawat sistem penglihatan yang paling bermasalah dahulu. Ini dapat membantu sistem fokus Tuan Yusoff bekerja dengan cara yang sepatutnya.”

Tuan Yusoff mempunyai masalah ACCOMODATIVE EXCESS.
.
.
.

Jika kita sakit kepala yang agak kerap, seperti yang dialami oleh Tuan Yusoff, keseluruhan 4 sistem penglihatan perlu dinilaikan.

Penilaian ini akan dibuat setiap kali saya temui kes SAKIT KEPALA - menggunakan KOMPUTER, atau BELAJAR, iaitu :

+ Power rabun yang serasi (supaya tidak memburukkan lagi keadaan).

+ Sistem Fokus (Daya tahan, kepantasan, flexibiliti dan tindakan yang efisen).

+ Interaksi yang baik antara dua mata.

+ Kemahiran penting yang dihasilkan setelah imej diterima oleh otak. Contohnya kemahiran ‘menganggar jarak’.
.
.

Habis sesi Tuan Yusoff, Hanun kata dia puas, dapat belajar banyak perkara baru.


Gambar :
Hanun seorang Optometris graduan dari Universiti Bradford, United Kingdom. (Seorang yang sangat minat bermain dengan SALJI!)


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Selasa, 8 Mac 2016

Kenapa anda harus memilih SUAMI yang bercermin mata!

Supaya SIGNAL CINTA kita mudah diberikan!
==================================

Ini santai sahaja ya. Jangan di ikut pula 100% ya..

Tapi kalau ada poin yang sesuai dan serasi, apa salahnya kan? 😊

Jom lihat 7 kelebihan pada suami bercermin mata nih.

+ Nampak matured. Kalau bawa jumpa dengan member-member kita, mestilah nak mereka puji-puji kan? Tapi awas! Jangan lebih-lebih la pulak! Laki kita kot!

+ Kalau kita yang rabun, Ya Allah..... anda akan percaya cakap saya. Suami kita amat memahami bila tiba time kita nak tukar spek. Nak pilih frame pun dekat 1 jam kan?.... Betul-betul beruntung... Hehehe..

+ Kita boleh bergurau dengan dia. Apa lagi... kalau suami kita asyik kenakan kita (berjenaka), kenakan dia balik. Sorokkan spek dia.. Hahahaha... Padan Muka!! Kih Kih Kih..

+ Hadiah paling bernilai pada suami antaranya ialah cermin mata... Ya lah, harganya pun bernilai kan? Cuba try sekali, "Jom kita ke kedai spek tu, kita buat spek mata untuk 'B'.. 'Baby' hadiahkan." Masa ni mau dipeluknya kita... 😍

+ Suami dah penat kerja cari rezeki untuk keluarga kita. Tertidur dengan spek dia sekali. Kita bukakan spek tu dari wajah dia, simpankan baik-baik. Percaya atau tak, suami tu sebenarnya sedar tau! Kita dah wujudkan suasana romantik,
yang boleh bagi suami bertambah sayang pada kita.

+ Kalau dua-dua pakai spek, amalkan spek letak sebelah-sebelah dengan spek kita dan suami, time nak tidur. Ia umpama 'signal', kita amat menyayangi suami kita, dunia akhirat.. 

+ Bukti kita orang paling penting dalam hidupnya, bila suami selalu meminta kita untuk lap spek matanya. Para isteri kena belajar skill mengelap nih.. Bila spek suami kotor dan jauh dari kita, si suami akan berkata dalam hati, "Alahai... manalah isteri aku nih.. Kalau dia ada selalu dia tolong cucikan.. windu pulak hati ni!" 😍😍😍
(windu bukan salah ejaan, ia ekspresi betapa manjanya suami kita.. hehehehe..)
.
.
.
Dalam apa jua kejayaan dalam hidup kita, ia akan menjadi lebih bermakna, jika kejayaan yang dikecapi, dikongsi bersama dengan orang yang kita cintai..

Sentiasa memahami dan berdiri di belakang kita..

Mempercayai kebolehan kita tatkala orang lain menidakkannya..

Terima-kasih kerana sentiasa ada bila kita memerlukan..
.
.
Kalau suami tu tak rabun, apa kata hadiahkan sunglass ke... Jadi la...


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Ahad, 28 Februari 2016

FRAME PASAR MALAM bukan langkah bijak.

15 Kelemahan pada frame pasar malam.
==============================



+ Mudah patah.

+ Spring senang rosak.

+ Spare part tidak standard (terutamanya skru).

+ Material petroleum yang bahaya untuk kulit.

+ Bingkai penuh : Cermin mudah tertanggal.

+ Mudah berkarat sehingga merebak pada kanta berpower.

+ Bingkai separuh (half Frame) : Kanta berpower mudah ‘serompeh’ dan retak.

+ Tidak boleh di adjust jika bengkok.

+ Tidak boleh dicuci dengan mesin Ultrasonik untuk pembersihan spek yang lebih baik.

+ Tidak semua kedai menerima lagi bingkai pasar malam, kerana risikonya terlalu besar dari sudut pemberian servis yang terbaik untuk pelanggan.

+ Saiz ruang untuk letak kanta berpower, kadang-kasang tidak sama antara satu sama lain.

+ 'Dummy' lens pada bingkai pasar malam, tidak mengikut saiz yang sepatutnya. Ada yang terlalu 'longgar' dan ada pula yang terlalu ketat. Mengambil masa yang lebih lama untuk adjust parameter pada mesin pemotong.

+ Lekatan berlainan bahan, antara plastik dan besi tidak kuat dan kemas. Semasa kanta berpower cuba dimasukkan, kawasan pertemuan lekatan ini akan mudah tertanggal/pecah. Kebiasaannya pekedai akan disalahkan.

+ Washer pada pemegang kanta (frame jenis separuh) tidak menggunakan dari jenis plastik/silikon. Kesannya, kanta mudah 'terserompeh' atau retak.

+ Alur skru mudah haus, menyebabkan skru mudah tertanggal.
.
.
.
Dulu kami ada juga menerima tempahan kanta berpower menggunakan frame pelanggan. (frame pasar malam). Atas niat ingin membantu pelanggan yang kekurangan budget.

Tetapi kini tidak lagi, kerana frame jenis ini lebih membawa banyak keburukan pada pelanggan dan juga kepada syarikat.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris Kuala Kangsar

Apa perlu buat masa cek mata dengan optometris?

Masa cek mata, Optometris akan banyak gunakan perkataan atau dialog ini : 

"Mana nampak lagi terang, satu ke dua.... Sekali lagi ya, satu ke dua lagi terang?"

Kadang-kadang satu step cek mata berkali-kali asyik cakap satu-dua-satu-dua.... 😅

Apa kita nak buat time Optometris asyik tanya kita satu-dua nih. Kalau ikut petua ni, tak perlu lama-lama duduk dalam bilik cek mata tu.. Hehehe...

Ini petuanya kalau ditanya soalan tu :

+ Pilih secara jujur mana yang kita rasa nampak lebih jelas penglihatan kita.

+ Kalau konfius, jelasnya nampak macam sama, pilih yang mata kita nampak SUKA tengok. 

+ Masih konfius lagi, bandingkan warna tulisan pula. Kalau perasan nampak lebih hitam sedikit, itulah yang jelas sikit.

+ Ambil kira imej yang berbayang.. Kurang berbayang adalah yang ok juga.

+ Kalau ditanya kita suka letak kanta (tambah) atau tidak, ambil kira sakit atau senak bola mata kita. Ambil pilihan yang kurang senak.

+ Terangkan apa kerja anda selalu buat. Kadangkala power yang sedikit tak perlu jika diambil faktor 'VERGENCE'.

+ Nampak kabur disebabkan apa? Power bertambah atau ceemin yang rosak.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...