Memaparkan catatan dengan label Tips Elak Spek Cepat Rosak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Elak Spek Cepat Rosak. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Mac 2016

Tip Elak spek cepat rosak (episod 5) :Lap hanya guna kain khas sahaja (mikrofiber)

Hari ni pergi makan kenduri, siap berpeluh-peluh pekena kari kawah dengan nasi minyak. Sampai cermin mata pun dah terkena peluh tu.

Masuk je kereta, capai tisu, lap spek yang 'berpeluh' tu. Ada yang guna baju dan tudung isteri sendiri (hehehe).

Tisu memang nampak lembut, tapi ianya agak kasar untuk kanta spek kita.

Ia akan rosakkan beberapa lapisan special yang terdapat pada permukaan kanta iaitu :

+ Lapisan Hidrofobik. Fungsi untuk bagi kanta tak cepat kotor dan mudah dibersihkan.

+ Lapisan keras (HardCoat). Tujuan ia dilapisi untuk beri ketahanan yang lebih supaya tidak mudah sangat calar.

+ Lapisan antisilau. Lapisan paling penting untuk kawal cahaya yang melalui kanta, agar ianya tidak berselerak. Kurangkan rasa silau dan penat ketika memakai cermin mata.

Tip paling berkesan yang pernah dibuat oleh pelanggan saya sendiri, ialah dengan meletakkan kain mikrofiber pada banyak tempat mudah capai.

Satu lagi..

Kain mikrofiber tu seminggu sekali kita basuh sikit. Baru performance dia tip top. 



Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Jumaat, 11 Mac 2016

Tip Elak Spek Cepat Rosak (Episod 8): Elak guna SUPER GLUE


Keadaan pada spek yang selalu cuba dibaiki oleh pelanggan dengan gam ialah :

+ Getah hujung kaki pada kaki spek.

+ Skru pemegang kanta tertanggal dan hilang, keliling cermin di 'sapukan' gam.

+ Kaki spek tertanggal, bahagian 'joint' yang rosak akan 'dilumurkan' gam.

+ Pelapik hidung tertanggal.
.
.

Super glue memang KUAT, tapi ia juga bahan yang mudah 'tercomot'.

Tambah lagi kalau terkena pada bahagian kanta. Dah tak boleh buat apa-apa dah. (tapi ada cara dengan guna Acetone).

Apa-apa pun boleh rujuk dahulu pada kedai yang anda beli. Mana tahu kot ada warranty lagi, atau sebenarnya boleh dibaiki lagi.



Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Rabu, 2 Mac 2016

Tip Elak Spek Cepat Rosak (Episod 7). Elak KARAT lebih MUDARAT.



Tengah-tengah kita duduk rehat-rehat, kita pun tanggalkan spek sebab nak lap. 

Kita terperasan sesuatu pada bahagian skru spek kita.. 

ALAMAK!! Dah berkarat!!
.
.

Elak tunggu lama-lama..

Tindakan bila karat terjadi pada skru spek :

+ Letak minyak mesin jahit. Kita tak nak dia merebak dan merosakkan alur skru.

+ Jika kaki spek telah 'jammed', jangan dipaksa untuk gerakkannya.

+ Pergi ke kedai spek, minta tukarkan skru yang baru. Kalau dibiarkan, ia akan 'melekat' dan tidak boleh dikeluarkan. Risiko kerosakan bahagian alur skru akan lebih tinggi.
.
.
.
Bertindak sebelum karat melarat! 😊


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Khamis, 25 Februari 2016

Tip Elak Spek cepat rosak (episod 3) : Elak tinggal Spek dalam kereta yang PANAS.

Pergh... Berpeluh nyebutnya..
Terasa bahang kereta yang di parkingkan bawah matahari yang terik.

Apa jadi pada spek kita kalau tinggalkan dia dalam kereta yang 'panas'?
.
.

Kantanya akan :
+ 'Mengembang' yang akan sebabkan rekahan halus pada satu lapisan yang dinamakan HARDCOAT.

+ Nampak seperti ada calar halus yang panjang.

+ Silau dan rasa letih memandang dengan spek yang dah rosak akibat suhu keterlaluan ini.

+ Kanta seperti 'kembung' dan mula terkeluar dari badan spek.
.
.

Frame pula :
+ Salutan bahan plastik pada badan asal spek (besi) akan mula tunjukkan seperti nak tertanggal. Terutama pada bahagian sendi kaki spek. Sebab bila kena panas, plastik dan besi tidak mengembang pada darjah yang sama.

+ Tulisan, logo atau hiasan pada spek (terutama frame plastik) akan mula tertanggal.

+ Jika spek dari plastik, jika kerap di 'panaskan', warnanya akan mula berubah kepudaran akibat dari proses 'oksidasi'.

+ Bahan spek semakin keras, susah nak di adjust di masa akan datang (terutama frame plastik).

.
.

Gambar : Calar halus akibat suhu panas dari kereta.



Shahrizal Redwan
Rizal Optometris.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...