Memaparkan catatan dengan label Kanta Cermin Mata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kanta Cermin Mata. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Julai 2016

Paparan skrin digital, bukan awet muda untuk si mata.



Bila kita bekerja perlu menghadap komputer seharian, ia bukanlah sesuatu yang baik kepada mata (melebihi tahap yang mampu mata bekerja).

Ada tiga perkara yang menyokong pernyataan di atas :

++++ Kita melihat skrin yang bercahaya. 
Sebenarnya berbeza bila kita melihat sesuatu yang bercahaya terang dengan yang kurang. Otot mata perlu bekerja lebih sedikit untuk mengawal cahaya yang masuk (sebarang paparan skrin).

++++ Kita banyak skroll bahan bacaan di skrin.
Bila selalu kita buat 'skrolling' di paparan komputer (banyak kali sebenarnya), mata akan lebih terbeban kerana 2 jenis otot (diluar dan dalam bola mata) akan digunakan. Lagipun mata lebih terlatih melihat perkataan dari sisi ke sisi. Jika skroll, mata perlu fokus banyak kali.

Cuba skroll ke bawah, akan perasaan ketika baris demi baris perkataan naik ke atas, ianya sebenarnya kabur. Bila tiada lagi pergerakan, mata kembali fokus. 

++++ Kita fokus terlalu lama. Kurang rehat.
Banyak kajian yang telah dibuat, bahawa orang yang banyak menghadap sesuatu yang dekat, pada tempoh masa yang lebih lama, akan berlaku kekejangan pada komponen mata yang bertanggungjawab terhadap sistem fokus.

Orang yang buat kerja komputer pula, jarang kelipkan mata. Maknanya, akan lebih beban mata untuk fokus. Kelipan membantu mengurangkan stress otot mata yang terlibat dengan sistem fokus.

Jika seseorang itu memegang suatu bebanan dengan tangan, katalah beratnya 10 kilo, berapa lama beliau boleh bertahan? Beliau perlu masa untuk rehat, jika tidak kejanglah tangan tu kan? Sama jugalah dengan mata. Selangkan adanya masa untuk mata berehat.
.
.
Pelanggan kami sentiasa bertanya, manalah sempat untuk rehatkan mata. 

"Ada tak cara lain nak bagi mata tak rasa penat?"

Kita boleh ikhtiar dengan 3 cara :

+ Terapi supaya otot mata lagi 'fit' dan kuat staminanya.

+ Cermin tempahan khas, menggunakan sains cara mata kita menghasilkan imej yang jelas.

+ Visual Hygiene : Cara kita 'adjust' persekitaran bila melakukan kerja-kerja dekat.
.
.
Mata mempunyai otot-otot yang bekerja antara satu sama lain. Kuatkan dan bantu otot ini, insha Allah, ia akan dapat berfungsi dengan lebih baik.


Rizal Optometris.
Kuala Kangsar - Klebang Ipoh - Taiping

'Cahaya teknologi' yang membahayakan.


Kalau kita berjalan di bawah cahaya matahari, secara kasarnya akan ada 2 jenis cahaya yang akan masuk ke dalam mata.

Cahaya dari jenis 'merah' adalah yang paling banyak masuk ke dalam mata dan diserap oleh kanta kristalin. Jika pendedahan yang banyak kepada cahaya ini, akhirnya selaput (katarak) akan terbina.

Berlainan pula dari gelombang cahaya biru. Jumlahnya sedikit dari sumber matahari dan tidak memberi kesan yang serius kepada mata.

Tetapi...

Hidup kita dipenuhi dengan paparan skrin digital yang mengeluarkan gelombang cahaya biru. Televisyen, lampu pendaflour, tab mahupun smartphone.

Amaunnya bukanlah banyak, tetapi bila jumlah masa pendedahannya adalah lama, ia boleh membahayakan.

Kanta Kristalin di dalam mata tidak dapat menyerap cahaya ini dan ia terus diterima oleh saraf fotoreseptor di belakang mata. Akhirnya, seperti 'daun yang layu', ia mula rosak dan mati. Pandangan kita sendiri akan terjejas. 

Selaput boleh dibedah untuk mendapatkan semula penglihatan yang jelas, tetapi jika saraf yang telah rosak, tiada apa lagi yang dapat dilakukan untuk memulihkannya.
.
.
Lindungi mata kita dari cahaya biru ini. Dengan adanya teknologi penapisan gelombang cahaya biru, saraf kita akan lebih terlindung dan kekal sihat. Contoh kanta yang boleh dijadikan pilihan adalah seperti Crizal Prevencia dari Essilor. 

Ambil perhatian, terutama pada anak-anak kecil kita. Mereka lebih banyak terdedah akan risiko kerosakan saraf mata kerana cara hidup yang berbeza dari zaman kita. 

"Penuh dengan teknologi, bukannya 'konda kondi' seperti dulu."


Rizal Optometris :
Kuala Kangsar - Klebang Ipoh - Taiping

Kalau dulu ambil cermin yang nipis (dan mahal), boleh tak kali ni ambil cermin biasa yang tebal?



Agak kerap saya diaju soalan ini. Bagi pihak yang menjual, mestilah mahu cermin yang nipis. Bak kata tokey "Baru ada untunnn....!"

Bagi pihak pelanggan pula, pada masa itu mereka mahukan harga yang agak budget.

Jika kita menukar kepada kanta yang lebih tebal :


+++ Ada kesan yang akan meletihkan. 

Kanta yang lebih tebal akan menghasilkan 'serotan imej' ketika memakainya. Mata terpaksa melakukan sedikit perubahan cara bekerja.

Kebanyakan kes, stamina otot mata akan bekerja lebih kuat sehingga keletihan yang cepat.
.
.
+++ Power boleh bertambah. 

Apabila mata terlalu lama dalam keadaan letih dan stress, ia boleh meningkatkan risiko untuk power rabun yang semakin bertambah.
.
.
+++ Sudut pandangan sisi yang lebih sempit. 

Hanya kanta lebih nipis mempunyai pandangan yang lebih luas. Maknanya lebih mudahlah nak 'jeling-jeling' pada sesiapa.

Jika lagi tebal cermin, ia adalah sebaliknya.
.
.
Tidak menjadi salah untuk membeli kanta cermin mata yang tebal.

Jika kita telah memahami risiko yang kita ambil, keputusan tetap ditangan kita.




Shahrizal Redwan
Rizal Optometris
Kuala Kangsar - Klebang Ipoh - Taiping

Isnin, 20 Jun 2016

Topik Hot : Mengawal power Rabun.

Soalan yang paling banyak di ajukan kepada Optometris. Sehinggakan ianya menjadi soalan wajib setiap kali menukar cermin mata baru.
.
.
Macam mana orang rabun ni ada power?

Cermin mata ni kalau mengikut FDA, merupakan salah satu alat perubatan. Ya lah, baru mereka boleh 'claim' dekat insurans. 

Hakikatnya, rabun ini bukanlah suatu penyakit. Ia hanyalah satu ralat akibat saraf mata yang tidak menerima sepenuhnya imej yang terfokus.

Cermin mata berpower dapat membetulkan semula keadaan ini.
.
.
Bagaimana untuk mengawal power rabun?

Daripada pengalaman 12 tahun di dalam memberi khidmat nasihat untuk individu yang rabun, 4 perkara ini akan dinilaikan dahulu :

+ Tahap sensitif mata.
+ Darjah keselarian mata kanan dan kiri.
+ Kekuatan dan ketahanan sistem fokus.
+ Stamina melihat untuk 16 jam sehari.

Setelah mendapat data ini daripada individu rabun, baru satu bentuk program akan di design khas. Ia meliputi menggunakan cermin mata tempahan khas dan sesi terapi penglihatan berkala.


Siapa yang paling layak untuk program ini?

Individu yang selalu rasa keletihan pada mata, sakit kepala sehingga lebih suka memejamkan mata. 

Ini tanda-tanda mata dalam keadaan yang sangat 'stress'. Boleh menyebabkan pertambahan power rabun dari tahun ke tahun.

Pelajar, pekerja yang banyak menggunakan jarak dekat seperti penggunaaan komputer, menjahit dan sebagainya adalah golongan yang berisiko untuk power rabun semakin bertambah.


Power rabun memang 'confirm tak naik?

Mengawal rabun bermakna jumlah kenaikannya tidaklah ketara sehingga naik seperti sekali ganda. Bukan langsung tidak naik dah.

Lebih baik lagi, ia memberi kesan supaya lebih pantas untuk membaca, menulis dan menyalin nota selepas suatu tahap program ini.

Daripada pengalaman kami juga, perubahan yang paling positif adalah kepada pelajar seawal 5 hingga 12 tahun.

Ada ibubapa (bercermin mata) mengambil program ini setelah dikenalpasti anaknya berpotensi untuk mempunyai keadaan mata yang penat. 
Bila dibiarkan berlanjutan, ia akan memberi satu keadaan 'ralat' kepada mata.
Semasa inilah perkembangan power rabun akan berlaku.
.
.
Tuan/Puan yang berminat untuk ketahui program ini, boleh merujuk pada cawangan Rizal Optometris Kuala Kangsar, Klebang Ipoh, dan Taiping (Kamunting).
Hubungi 019-4477963 (Puan Aida).

Gambar : Puan Yusnita bersama anaknya, Ain. Mengambil program ini dengan cermin mata tempahan khas. Matanya 'stress' sehingga kepenatan setiap kali pulang dari sekolah.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris Kuala Kangsar, Klebang Ipoh, Kamunting.

Ahad, 1 Mei 2016

Tips elak rimas pakai cermin mata.

Rimas!

Masa saya tingkatan-tingkatan dulu, usah cerita spek di baling ke katil, ke bantal, ke ‘toto’. Perasan tak? Semua kat tempat lembut-lembut je. ðŸ˜†

Tu tandanya rimas tetapi sayang. Punca? Geram!!! ðŸ˜¤

Masa dulu 2 tahun sekali je boleh buat cermin mata baru. Bab patah, pandai-pandailah baiki sendiri.

Memanglah tak dapat nak atasi secara 'direct' rimas ni.

Tapi mestilah ada tipnya kan?

Jom kita tengok 4 isu yang selalu diluahkan pelanggan dan cara untuk atasinya ;

+ Spek ‘melorot’ ke hujung hidung macam orang berusia pakai - Lap sedikit permukaan spek dekat yang kena hidung dan kakinya. Lap sekali permukaan hidung dan belakang telinga kita juga. Peluh hasilkan minyak. Minyak itu pula bagi licin. Senang cerita pakai EAR HOOK aksesori untuk atasi masalah ni.

+ Cermin cepat kotor. - Basuh sedikit dengan air dan syampu baby. Minyak yang terkumpul di sekeliling kanta, boleh sebabkan kotor bila kita lap, ia makin kotor.

+ Sakit pada hidung. - Pelapik hidung perlu ditukar 6 bulan sekali. Ambil material dari silikon-ia memang akan mengeras, seterusnya tidak lagi melekat.

+ Senget - tak dapat nak tolong. Kena pi bawa kedai untuk adjust.




Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Kenapa selalu mengantuk bila membaca???

Soalan menarik! - Rugi tak baca. ðŸ˜†

1- Bila buat kerja dekat, asyik rasa mengantuk dan mata rasa sakit. Adakah sebab power rabun dah tak cukup? 

2- Apa puncanya?

-Soalan dari Puan EA.
.
.
Jawapan soalan 1 ;
Mengantuk suatu tindakan fungsi tubuh untuk merehatkan sebahagian tubuh kita.

Otot mata juga tidak terkecuali.

Sesetengah kes, ia bukan disebabkan oleh power yang kurang.
.
.

Jawapan soalan 2 ;
Ok, saya terangkan dulu bagaimana cara mata kita melihat.

Katalah kita baru bangun dari tidur. Celik sahaja mata, kita nak tengok jam di dinding. Inilah yang akan berlaku :

1- Bola mata akan diselarikan dengan tepat pada jam itu.

2- Tindakan sistem fokus (adjustment ketebalan kanta dalam mata, 'kanta kristalin', mengikut jarak jam tersebut) - Nombor pada jam akan nampak jelas.

3- Imej dari mata kanan dan kiri 'digabungkan' menjadi satu imej 3D, suatu tindakan dari pusat kawalan otak.

4- Imej terhasil dengan terang, penuh berinformasi, warna, keterangan, jarak kedudukannya, dan kita tahu, "Oh! Sudah pukul 6!"
.
.
Bila kita mula melihat pada jarak yang lebih dekat, 4 step ini akan berganda-ganda perlu bekerja.

Tidak semua orang dapat berdaya tahan bagi sentiasa menjalankan step-step ini.

Sehinggalah imej yang dihasilkan, menjadi kurang berkualiti (contohnya jika membaca), seperti tulisan menjadi kabur, bergerak-gerak, berbayang, berganda dan kita kerap 'memaksa' mata untuk melihat.

Proses ini menyebabkan otak 'menjadi letih' untuk asyik mengawal berkali-kali 4 step ini dan mula menunjukkan ciri-ciri TIADA TUMPUAN untuk memahami apa yang dibaca.

Inilah yang akan mengaktifkan 'MODE MENGANTUK', kerana otak rasa amat terbeban. Mata mula terasa 'sakit' seperti senak dikeliling bola mata, pedih, berair dan sakit di bahagian kening.

Ia tindakan automatik.

Terdapat cara bagaimana untuk mengurangkan bebanan yang dialami oleh sistem penglihatan ini.😊

-Shahrizal Redwan, Optometris.

Sabtu, 30 April 2016

Kanta paling nipis di dunia : Pilihan Doktor Perubatan & Doktor Gigi.

"Saya nak orang konfiden tengok saya."

Inilah apa yang dapat saya simpulkan LUAHAN HATI, bila seseorang ada power yang sangat tinggi. Power tahap RIBU-RIBU!
.
.

Masa mula-mula datang buat kali pertama ke praktis saya, Suhana datang dengan ibunya.

Bertudung labuh, mahukan ganti spek yang dah dua tahun pakai.

"Anak saya ni nak 'posting' dekat Hospital Taiping, tu nak buat spek baru ni."

Dalam bilik cek mata,

"Tengok dekat sini, (rekod yang tertulis sejarah penglihatan Suhana), setiap tahun power naik. Saya test tadi pun, rabun jauh Suhana ini dari jenis 'Functional Myopia'."

Dah kena cerita dekat 10-15 minit tentang jenis rabun ni.

(Cakap dengan doktor perubatan, kenalah ikut gaya kes demi kes. Punca demi punca. Fuhhh!😅)
.
.
Dalam bicara itu juga saya perasan, berulangkali perasaan rendah diri yang wujud pada Doktor muda ini.

Ia berkait rapat dengan penampilan akan cermin matanya.

"NAMPAK TEBAL."

Saya pun berikan 3 tip pada beliau apa yang kita boleh buat tentang isu ini ;

+ Pilihan bingkai (jenis, 'cutting', warna dan saiznya).

+ Jenis ketumpatan kanta.

+ Pilihan aksesori yang ditawarkan pada kanta tersebut (rawatan permukaan, teknik 'gloss').
.
.
.
Keluar dari bilik cek mata, saya panggil Shafika, staff senior saya,

"Cik Shafika bantu Dr Suhana ni, pilih frame yang sesuai, tak bagi nampak tebal sangat ya."

Pesan saya.
.
.
Kelmarin Doktor Muda ini mengambil tempahan cermin matanya.

Saya buat sedikit adjustment, dan senyuman beliau hari inilah yang paling lebar saya nampak.

Bila saya letak spek lama dan spek baru sebelah menyebelah atas meja, beza-memang berbeza!

Terus nak pakai yang baru sahaja! Tunjuk dekat ibunya,

"Ini baru orang konfiden kalau nak cucuk-cucuk orang!" Kata ibunya berseloroh..

Hehehe..😆
.
.
"Anak saya sorang lagi pun nak buat. Power pun kuat juga."

Anak Puan ini, Syahirah, pula seorang Doktor Gigi.

Hebat-hebat anak Puan ni!!!
.
.
Ketumpatan paling tinggi yang dapat diberikan oleh kanta plastik adalah pada unit 1.74 (diiktiraf paling padat di dunia).

Manakala kalau kanta kaca boleh mencecah sehingga 1.90.

Ketumpatan kanta juga dikenali dengan nama 'High Index'.




Shahrizal Redwan
Optometris
Rizal Optometris

Jumaat, 18 Mac 2016

Sel mata (reseptor) rosak, kerana pancaran cahaya UV biru dari SMARTPHONE & Komputer.



Orang yang paling berisiko untuk mendapat kerosakan pada kawasan penglihatan 'central' ini ialah :

+ Semua orang yang mempunyai sejarah penyakit AMD (sel reseptor untuk melihat rosak dan mati) dari kalangan ahli keluarganya.

+ Seseorang yang menghabiskan berjam-jam dihadapan komputer atau alat digital seharian.

+ Pesakit yang telah menjalani pembedahan katarak. Pembedahan ini membuang kanta semulajadi dan digantikan dengan yang palsu. Kanta yang palsu ini tidak dapat menyerap UV Biru sepertimana kanta yang asli.

Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Jumaat, 11 Mac 2016

Pakai spek kejap-kejap, boleh kontrol power rabun jauh tak?


Secara asasnya cara ini TIDAK BOLEH di amalkan tanpa sebarang penilaian cara mata bekerja. Tapi, ada sesetengah kes ianya BAGUS untuk mata.
.
.

Ahh sudah… Kejap tak boleh, kejap bagus.. Mana satu ni? 
Sebenarnya ia ikut kepada keadaan.
.
.
Keadaan yang TIDAK BOLEH pakai sekejap-sekejap (kena pakai sekerap yang mungkin) :

+ Apabila power rabun jauh yang dipakai membantu mengawal sistem penglihatan yang lain dengan lebih baik.

+ Sistem kawalan untuk mata bekerja sebagai satu unit adalah normal dan lebih berdaya tahan ketika spek dipakai.

+ Sistem Fokus dalam keadaan yang lebih efisen dan berdaya tahan ketika spek dipakai.
.
.

Keadaan yang BAGUS spek sedia ada ditanggalkan (kebanyakan kes ketika buat kerja-kerja dekat) :

+ Bila cermin mata yang dipakai adalah power yang terlebih. (individu itu sendiri tidak sedar power beliau terlebih)

+ Sistem fokus menjadi lebih cekap dengan menanggalkan spek yang dipakai.

+ Kedua-dua mata bekerja lebih baik sebagai satu pasukan.
.
.
Sebenarnya sehingga hari ini, saintis masih berusaha mencari cara atau teknik untuk mengawal power rabun dengan lebih berkesan.

Malangnya, masih tiada cara yang betul-berul berkesan untuk semua orang.

Tetapi dalam proses mencari cara/teknik tersebut, saintis menemui salah satu punca yang menyebabkan rabun jauh semakin naik powernya. 

"Jika mata sentiasa dalam keadaan 'stress' (penat/terbeban), ia akan mengganggu sistem-sistem penglihatan kita. Bila berterusan, power rabun perlu ditambah kerana sistem penglihatan tidak lagi cekap menghasilkan imej yang terang."

Bila spek dipakai sekejap-sekejap, sebenarnya ia telahpun mengganggu sistem penglihatan kita. Bukan kontrol power dah, tapi bagi naik lagi power rabun adalah!
Jadi hati-hati ya..😊
.
.
Bagus tidak semesti ianya normal atau kebanyakan orang lain buat seperti apa yang kita buat.

"Membaca (buat aktiviti dekat) dengan menanggalkan cermin mata, bukanlah sesuatu tanda yang baik. Ia antara kesan pemakaian power rabun jauh yang berlebihan dari sepatutnya."

Saya yakin, adanya antara kita, memakai power yang terang, tapi tidak sedar, powernya terlebih dan merosakkan sistem penglihatan yang lain.

Lakukan penilaian cara mata kita melihat, dan kita 'set' cukup 6 bulan sekali kita buat.
Ada berani? Hehehehe..😊


-Shahrizal Redwan, Optometris.

Tip Elak Spek Cepat Rosak (Episod 8): Elak guna SUPER GLUE


Keadaan pada spek yang selalu cuba dibaiki oleh pelanggan dengan gam ialah :

+ Getah hujung kaki pada kaki spek.

+ Skru pemegang kanta tertanggal dan hilang, keliling cermin di 'sapukan' gam.

+ Kaki spek tertanggal, bahagian 'joint' yang rosak akan 'dilumurkan' gam.

+ Pelapik hidung tertanggal.
.
.

Super glue memang KUAT, tapi ia juga bahan yang mudah 'tercomot'.

Tambah lagi kalau terkena pada bahagian kanta. Dah tak boleh buat apa-apa dah. (tapi ada cara dengan guna Acetone).

Apa-apa pun boleh rujuk dahulu pada kedai yang anda beli. Mana tahu kot ada warranty lagi, atau sebenarnya boleh dibaiki lagi.



Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

KABUR kerana pakai spek lama, akan ada 10 jenis kemungkinan :

+ Power rabun kita tidak berubah tetapi mungkin cermin yang banyak calar menyebabkan pandangan menjadi kabur.

+ Rabun memang ada penambahan power. Terutamanya pada pelajar sekolah dan dan individu yang matanya dalam keadaan bekerja dalam stress (contohnya komputer)

+ Power dah memang berkurang! Ini memang best! Tapi kalau terlalu banyak sangat kurangnya, kena cek mata betul-betul. Takut disebabkan oleh penyakit dalam tubuh kita. Terutamanya penyakit kencing manis.

+ Spek mata kita telah senget menyebabkan sudut power 'lari'. Kadang-kadang hantar dekat kedai cermin mata pun mereka rasa 'berat' nak tolong adjustkan. Boleh patah kalau gaya spek senget gini.

+ Kabur tu berlaku kadang-kadang. Ada masa tertentu dan selepas buat sesuatu kerja/aktiviti. terutamanya pada jarak yang dekat pada tempoh yang agak lama. Sistem fokus mungkin terjejas dan perlu di 'upgrade'.

+ Lapisan 'antireflective coatings' dah rosak. Nak tahu kalau ini yang rosak, bila kita sentuh permukaan cermin, ia tak rasa kasar seperti calar.

+ Lapisan 'hardcoat' cermin jadi 'beralun-alun' halus. Ia seperti calar tapi bukan ya. Kesannya lebih terasa ketika digunakan diwaktu malam terutamanya ketika memandu.

+ Kita pakai pakai power yang terlebih. Ia akan mengganggu bagaimana mata untuk fokus sesuatu.

+ Dah ada power rabun dekat. Patutnya kita dah kena pakai ketika membaca. Bila mata asyik dipaksa melihat, ia akan beri kesan pada spek jauh kita. Nampak macam power jauh dah kurang. Sebenarnya mata dah penat nak fokus.

+ "Nak elak power rabun lebih bertambah, kekalkan pakai power lama." Tindakan ini akan mengganggu sensitiviti sistem penglihatan sedikit demi sedikit.
.
.

Gambar : Calar halus kerana kerosakan pada lapisan 'Hardcoat' kanta



Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

23 perkara kita rasa "Tak ada apa-apalah!" tapi sebenarnya SERIUS, ia akan merosakkan satu demi satu kemahiran SISTEM PENGLIHATAN!


+ Nak elak power rabun lebih bertambah, pakai sahaja power lama. Tindakan ini akan merosakkan sensitiviti sistem penglihatan sedikit demi sedikit.

+ Pakai spek kejap-kejap, boleh 'control' power. Ini bukan caranya.

+ Kita larang anak kita pakai spek setiap masa, dengan anggapan tindakan tersebut bagus untuk elak power rabun lebih naik.

+ Selagi mana spek sekarang ni masih nampak terang, tak perlu tukar atau cek mata. 

+ Nampak objek jadi dua, pejam mata - geleng kepala sikit-sikit, jadi ok balik. Makin lama, makin kerap.

+ Kita lihat mata anak kita, atau seseorang, kadang-kadang lari 'keluar'.

+ Tulisan nampak semakin kabur dari minggu ke minggu ketika membaca atau melihat skrin komputer/smartphone.

+ Sakit kepala bila buat kerja dekat. Makin lama makin kerap.

+ Mata rasa berpinar/penat dan rasa nak muntah yang boleh ditahan/dikawal bila buat kerja-kerja dekat.

+ Tidak boleh membaca dalam kenderaan yang bergerak. Walaupun sekejap.

+ Kemahiran sukan yang sangat lemah. Nak menangkap bola yang dibaling ke atas pun sukar.

+ Silau yang agak keterlaluan. Sehinggakan melihat lampu panjang putih (lampu Flourescent) di rumah, dah seperti melihat di bawah matahari yang terik.

+ Bawa kenderaan selalu nak terlanggar sesuatu halangan di hadapan. 

+ Ada masanya, suka tutup sebelah mata bila membaca atau mengadap komputer.

+ Tak boleh 'scroll' Whatsapp/FB lama-lama kerana mata terasa 'berat'.

+ Dah lama mata sebelah nampak kabur dan tak pakai pun spek yang sepatutnya. Bila pakai spek nanti, confirm mata terang semula macam biasa. (Tidak semestinya. Bila dah terlalu lama mata dalam keadaan kabur, mata agak susah untuk kembali jelas.)

+ Kita kerap rasa mengantuk dan keletihan. Balik sekolah atau balik dari ofis, keletihan itu semakin dirasai. Kita ingat orang lain pun macam itu. Sebenarnya tidak!

+ Bila memandu malam, rasa silau yang agak keterlaluan, walaupun dah tukar cermin mata baru.

+ Kadang-kadang pandangan nampak kabur, (jauh atau dekat atau keduanya sekali).

+ Ada masa kena betul-betul 'tenung' (fokus) benda yang kita nak lihat. Lewat petang semakin terasa sehingga kita percaya, "Ahh! Aku dah rabun!". Sebenarnya tidak.

+ Anak kata susah nak nampak bila cikgu ajar. Bila cek mata dekat kedai (yang tak amalkan khidmat nasihat Optometris), hasilnya tiada power rabun. Lulus ujian baca huruf kecil-kecil tu. Kita pun terus percaya dan menidakkan penglihatan anak kita bermasalah. Kalau cek power sahaja, power sahaja lah dapat. Perlu cek paling kurang 4 jenis 'test' khas.

+ Jika kita kali pertama pakai spek 'Pinhole glassess', mungkin kita akan nampak imej menjadi dua. Lama kelamaan imej menjadi satu semula! Awas! Ada kes saya temui, dulu beliau boleh guna dan kawal kedua matanya dengan baik. Kini pada kebanyakan masa, beliau hanya guna sebelah mata.

+ Tidur dengan spek membantu anda melihat dengan lebih terang dalam MIMPI.. Hehehehe (Gurau je..😆😆😆)
.
.
.

Semua kes di atas saya temui dengan agak kerap di praktis saya..

-Shahrizal Redwan, Optometris.

Selasa, 8 Mac 2016

Rabun aku jenis apa ya? RAMLAL, tolong sikit.


Saya cuba terangkan secara ringkas jenis-jenis rabun yang biasa ditemui di praktis Rizal Optometris.

Kita lihat 3 cerita kat bawah :

Cerita PERTAMA :
Member duduk jauh melambai kat kita, kita tak kenal dia (Siapa lah yang duk melambai tu..?). 
Tapi bila kawan tepuk bahu kita dan kita pandang dia, 
“Heyyy… RAMLAL …”. 
Mahu dicakapnya kita ni sombong.. Hehehe.. 
(Peminat SRK tahu siapa watak Ramlal kan?)
.
.

Cerita KEDUA :
Ada pula antara kita, dia boleh nampak Puan Pogo dari jarak 2-3 batu! Power mata dia nih. ðŸ˜†
Nampak dan kenal, tapi tidak begitu jelas. Rasa macam agak berbayang-bayang. Hehehe..
.
.
Cerita KETIGA :
Apabila RAMLAL minta bantuan kita untuk tekan butang ‘washing machine’ kita tak berapa nak nampak butang tu tulis apa! 
Kena jauhkan sikit pandangan (kepala ke belakang), baru boleh nampak.
.
.
Nama-nama sains untuk Rabun :
Cerita pertama = Rabun Jauh. (Myopia atau Hiperopia)
Cerita kedua = Rabun Silau / Astigmatism


Shahrizal Redwan 
Rizal Optometris

Ahad, 28 Februari 2016

Jika kita GADGET GUY, kita perlu memilih kanta khas untuk aktiviti ini!



Ladies pun boleh..😆

Kita lihat apa kesan baik produk ini yang banyak saya prescribe di praktis saya.

+ Sistem fokus tidak terbeban.

+ Kontras yang lebih baik pada paparan skrin digital.

+ Kawalan cahaya yang masuk kedalam mata lebih cekap.

+ Tumpuan lebih baik semasa membaca.

+ Boleh melakukan lebih lama aktiviti gadget ini.

+ Stamina otot mata akan lebih berdaya tahan untuk aktiviti harian. 

+ Mengurangkan risiko juling dan masalah kemahiran sistem penglihatan seperti Accomodative Dysfuntions dan Vergence Dysfuntions.

+ Pelajar sekolah tidak begitu penat semasa menyalin nota atau membaca (setelah malam sebelumnya bermain gadget dengan lama).
.
.
.

Cermin ini mempunyai  4 teknologi terhebat yang DIGABUNGKAN sekali pada satu cermin iaitu :

1- Kanta UV blue Protection iaitu Crizal Prevencia. (Tulisan hitam pada skrin nampak lebih hitam. Seperti skrin HD).

2- Kanta dengan design 'antifatigue lens'

3- Teknologi W.A.V.E (biasanya ada pada kanta Essilor yang harganya ribu-ribu)

4- Lapisan E-SPF sebanyak 25 kali ganda (Pertama kali diletakkan pada kanta cermin mata)
.
.
Layaklah Essilor di nobatkan oleh majalah berprestij 'FORBES', sebagai antara syarikat yag paling Inovatif dalam industri optikal.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris Kuala Kangsar

Soalan Puan F;


1- Adakah bacaan mesin cek mata di kedai adalah tepat?
2- Waktu operasi Rizal Optometris Ipoh Klebang?
3- Perlukah anak pakai spek dengan bacaan power rabun seperti gambar.
4- Kenapa bacaan setiap kedai tidak sama?
5- Apa masalah anak saya ya?
6- Adakah ianya boleh di rawat?
.
.
.
Puan F, terima kasih kerana sudi bertanya.

Saya cuba menjawab soalan Puan.

1- Pendapat tentang power anak Puan.
Jika cek mata hanya menggunakan mesin, ianya adalah secara kasar dan tidak boleh dijadikan sumber utama untuk penentuan power yang tepat. Jika yang baru ketepatan bacaan power adalah berketepatan sebanyak 70-80% sahaja. Cek mata manual diperlukan. 

2- Waktu Operasi kedai klebang :
Isnin-Sabtu (Ahad tutup)
Buka jam 11 pagi hingga 930 malam.

3- Adakah perlu untuk anak pakai spek?
Bagi saya ianya adalah wajib jika powernya seperti yang di cek dengan komputer tersebut.

4- Bacaan tidak sama.
Setiap mesin mempunyai tahap sensitiviti yang berlainan. Ia juga boleh di pengaruhi oleh kepenatan mata pada waktu bacaan di ambil.

5. Diagnosis Awal.
Anak Puan, kebarangkalian besar mempunyai :
+ Lazy Eye (Amblyopia)
+ Rabun jenis Hiperopia
+ Astigmatisma (silau) yang sangat tinggi.

6. Kejayaan rawatan.
Pemakaian cermin mata dan pengawasan sensitiviti mata berkala perlu dilakukan. Jika dengan cermin mata ia tidak membantu, latihan (Visual Theraphy) akan di syorkan untuk mengaktifkan semula sensitiviti mata. Teknik secara 'BINOKULAR' jauh lebih berkesan dari teknik 'MONOKULAR'. Perkhidmatan ini ada disediakan oleh pihak Rizal Optometris. 

Kebanyakan kes, ia boleh dipulihkan. ðŸ˜Š

Semoga Puan mendapat sedikit info dan saya menjawab segala soalan-soalan Puan.

Sekali lagi, terima kasih kerana bertanya ya Puan. ðŸ˜Š


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris.

Bagaimana nak pastikan POWER yang diberi oleh 'TUKANG CEK MATA', adalahBENAR-BENAR SESUAI untuk kita (pelanggan).



Biasanya kita akan serah percaya 100% pada orang yang cek mata kita kan?

Ada yang mempunyai pengalaman 'sakit kepala' kerana power yang diberi tidak sesuai dengan cara mata kita bekerja. 

Okey. Jom kita tengok apa 5 tip mudah yang boleh kita lakukan untuk pastikan power itu ok. Masa tengah cek mata tu juga kena buat : 

+ Cuba membaca tulisan kecil. Kalau macam susah nak bagi terang, tandanya power macam terlebih sikit.

+ Alihkan imej yang dilihat dari dekat-jauh-dekat semula, berkali-kali. Jika rasa macam penat, nak pejam-pejamkan mata, tandanya power tu mungkin mengganggu kepantasan sistem fokus.

+ Minta nak tengok di luar. Pencahayaan semulajadi dari matahari (kalau yang kedainya boleh nampak matahari la), yang di lihat boleh dijadikan panduan adakah mata kita juga bekerja secara sihat dan semulajadi.

+ Minta nak cuba bangun dan berjalan. Ini ada kaitan dengan imbangan badan. Cermin mata mempunyai kesan 'prismatik'. Jika terlebih dari yang boleh diterima oleh mata, akan terasa seperti 'terhuyung hayang'.

+ Gerakkan kepala seolah-olah mengeleng-geleng (dengan gerakan yang perlahan). Tip ni agak penting kalau kita diberitahu power silau ada penambahan. Tidak semua orang serasi dengan penambahan power jenis ini. Jika perasaan seperti lantai 'bergelombang', minta kurangkan sedikit.
.
.
.
Kalau yang cek mata kita tu memang 'Otai', beliau akan pastikan power itu adalah yang terbaik untuk kita.

Sebab itu antara faktor utama kita kerap pergi ke kedai yang sama, adalah kerana kita percaya akan kredibiliti orang yang cek mata kita itu.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris Kuala Kangsar

Tahun ni dah 3 kali tukar power! Kenapa malam SILAU lagi?!



AWAS! Mata mungkin telah KEJANG!!
.
.
Jika anda bekerja atau hobi anda banyak menggunakan jarak dekat pada tempoh yang lama-lama.. 

Bertahun-tahun...

Keupayaan mata untuk kekal flexible boleh fokus pada jarak jauh dan dekat bertukar ganti, telah terjejas.

Saya banyak temui kes pada yang banyak bekerja komputer dan pekerja kilang, yang menghabiskan lebih dari 5 jam sehari.

Bila dah lama-lama bekerja (pada jarak dekat), sistem fokus pada jarak dekat seakan dah TERKUNCI.

"Bila kita nak tengok jauh, contohnya bila hendak pulang dari ofis, mata kita masih lagi nak fokus atau bekerja pada jarak dekat. Sepatutnya ia telah berada pada fasa rehat untuk mula fokus pada jarak jauh. Jika ini berlaku, sistem yang mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam mata tidak akan cekap. Sebab itu antara ciri orang yang mempunyai masalah ini, adalah sangat sensitif dengan cahaya. Terutama ketika memandu pada waktu malam."

.
.
.

Optometris memanggilnya, 'Accomodative Spasm' atau, 'Accomodative Inertia'.

Shahrizal Redwan
Rizal Optometris Kuala Kangsar

Khamis, 25 Februari 2016

Tip Elak Spek cepat rosak (episod 3) : Elak tinggal Spek dalam kereta yang PANAS.

Pergh... Berpeluh nyebutnya..
Terasa bahang kereta yang di parkingkan bawah matahari yang terik.

Apa jadi pada spek kita kalau tinggalkan dia dalam kereta yang 'panas'?
.
.

Kantanya akan :
+ 'Mengembang' yang akan sebabkan rekahan halus pada satu lapisan yang dinamakan HARDCOAT.

+ Nampak seperti ada calar halus yang panjang.

+ Silau dan rasa letih memandang dengan spek yang dah rosak akibat suhu keterlaluan ini.

+ Kanta seperti 'kembung' dan mula terkeluar dari badan spek.
.
.

Frame pula :
+ Salutan bahan plastik pada badan asal spek (besi) akan mula tunjukkan seperti nak tertanggal. Terutama pada bahagian sendi kaki spek. Sebab bila kena panas, plastik dan besi tidak mengembang pada darjah yang sama.

+ Tulisan, logo atau hiasan pada spek (terutama frame plastik) akan mula tertanggal.

+ Jika spek dari plastik, jika kerap di 'panaskan', warnanya akan mula berubah kepudaran akibat dari proses 'oksidasi'.

+ Bahan spek semakin keras, susah nak di adjust di masa akan datang (terutama frame plastik).

.
.

Gambar : Calar halus akibat suhu panas dari kereta.



Shahrizal Redwan
Rizal Optometris.

9 tips PENAMPILAN KONFIDEN dengan berkaca mata.


Kalau kita nak nampak hebat dan berketrampilan menawan dan konfiden, jom buat tip di bawah :

+ Pastikan ada Antireflactive coatings pada permukaan kanta. Satu lapisan yang menjernihkan kanta spek kita.

+ Elak warnakan kanta spek (tinted), kecualilah ianya bertujuan untuk melindungi mata hitam (juling).

+ Pastikan jurujual memberikan kanta stok baru. Kalau cermin nampak kekuningan, tandanya ia cermin stok yang lama.

+ Pertimbangkan material polikarbonat berkualiti tinggi (contoh Crizal Airwear). Kantanya lebih jernih.

+ Gunakan frame 'rimless'. Ia sejenis frame yang hanya mempunyai kaki sahaja dan 'disambung' kepada kanta dengan teknik skru atau teknik 'washer'.

+ Ambil warna frame yang lebih kepada warna silver. Kalau tidak mahu menonjol sangat, ambil warna GUN, ia seperti warna silver yang kurang sedikit kilat dan cerahnya.

+ Pastikan saiz cermin mata ideal. Jika tidak, nampak seperti orang yang memakai baju dengan saiz yang tidak sesuai. Kalau besar sangat nampak 'gedoboh'. 😅

+ Hujung kaki spek (bahagian 'temple tip') di adjust dengan rapi agar tidak mudah jatuh melorot ke hujung hidung. Nampak tua nanti!

+ Elak memakai cermin yang telah/calar, atau gantikannya dengan yang baru. Kualiti fizikal cermin mata boleh menggambarkan peribadi kita. 
.
.

Dengan 9 tips ini kita akan mudah didekati oleh orang yang kita 'minati' ...😆😆😆


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris Kuala Kangsar

Rabu, 24 Februari 2016

Kalau tak nak menyesal, jangan beli Kanta BLUE COAT.





Dah lama saya nak review pasal cermin yang agak TOP sekarang ni. 

Kanta Blue Coat Protection..
Kanta UV Blue protection..
Blue Lens....

Semuanya merujuk kepada kanta blue.. Ia boleh protect dari gelombang cahaya biru (UV Blue) yang banyak terpancar dari paparan digital berskrin.

Memang bagus teknologinya, banyak juga poin-poin yang boleh yakinkan pelanggan untuk beli kanta jenis ini.

Saya mencubanya dan dapatkan review dari pelanggan-pelanggan saya sendiri. 

Kena dedahkan juga.. Saya nak semua orang yang pakai cermin mata tahu tentang kekurangan pakai kanta biru ini.

Kalau kita pergi ke kedai cermin mata untuk menempah, kemungkinan besar mereka akan 'suggest' cermin ini dekat kita.

Ya lah! Nampak canggih!

Jom kita tengok 7 kekurangan pada kanta blue coat yang saya dapat simpulkan :

+ Pandangan nampak sedikit 'brown'  atau keperangan sedikit. Bagi yang ingin menghayati warna asli sesuatu imej, kanta biru ini akan mencacatkan sedikit kemahuan anda.

+ Penggunaannya semasa memandu malam agak sedikit silau terutamanya ketika memandu di atas highway pada waktu malam. Saya dapati kanta EyeZen yang digabungkan dengan lapisan Crizal Prevencia (dari Essilor) kurang mempunyai isu ini. Mungkin kerana teknologi 'WAVE' yang disertakan sekali membantu mengatasi pandangan rasa silau. 

+ Kalau selfie, gambar kita nampak macam tak natural sangat sebab permukaan kanta spek kita nampak biru sangat. Mata pun macam terlindung sikit dengan warna biru tu. Bagi saya,  agak kecewa sikit tengok gambar tu nanti.

+ Kanta spek kita cepat kotor. Terpegang sikit dah bercap jari kat permukaan kanta biru ni. Kadar 'Hidrofobik' kanta jauh lebih rendah.

+ Orang yang tidak tahu menahu kewujudan kanta ini, akan membuat andaian, anda seorang pelik kerana pakai kanta yang diwarnakan kebiruan. ("Hek ele.... Tak ada warna lain dah ke?" kata-kata orang yang memandang anda).

+ Kalau anda bekerja dalam bidang profesional, atau pekerjaan yang  banyak berjumpa orang, jangan beli kanta ini. Warna birunya seakan mengganggu tumpuan orang yang sedang berurusan dengan kita.

+ Kalau tangkap gambar IC, photographer banyak kali suruh kita adjustkan kepala. Photographer nak kurangkan nampak biru pada permukaan kanta spek kita. 
.
.
Bagi saya, ia bukan isu yang sangat besar. Tetapi menjadi isu besar pada sesetengah orang yang amat mementingkan penampilan dan keselesaan.

Ada juga pelanggan saya menempah kanta UV blue untuk kerja-kerja menghadap paparan skrin sahaja.

Di waktu lain, beliau memakai cermin mata yang lebih jernih untuk nampak lebih berpenampilan menarik dan konfiden. Contohnya siri kanta Crizal Airwear.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris Kuala Kangsar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...