Jumaat, 27 Mei 2016

10 cara membina pasukan setia untuk bisnes kecil.


Semasa saya berjumpa sebahagian rakan Optometris, ada yang berkata pada saya, marketing itu tidak berapa penting.
Paling penting, produk kena strong, mesin kena hebat, kedai juga kena ada 'feel' hebat.

Anggapan itu tidak salah. Ia bergantung sejauh mana kita mahu bisnes kita itu 'digayakan'.

Ada sahabat saya, seorang yang memegang jawatan tinggi di dalam organisasi SME Corp, bercerita tentang ayahnya.

Berniaga nasi lemak tepi jalan. Dari dahulu hingga ke hari ini, tetap sama. Bila dicadang buka restoran, ayahnya menolak. Jiwanya tetap dengan cara perniagaan sekarang.
.
.
Kita tidak boleh memaksa seseorang. Kalau kita sudah selesa dengan tahap perniagaan sekarang, mungkin tidak perlu lagi meneruskan pembacaan. Tapi kalau mahu teruskan, berbesar hati saya dan hormat tertinggi untuk sahabat sekalian. :)

Bagi sahabat yang mempunyai semangat untuk maju ke hadapan, cita-cita yang sangat besar, ingin mengembangkan lagi perniagaan sehingga ke taraf luarbiasa, andalah pembaca yang saya ingin tujukan penulisan ini.
.
.
Saya mahu kongsi pengalaman saya, bagaimana saya membina pasukan bisnes sendiri. Bagi saya ia bukanlah perkara yang mudah, tetapi ia tidak mustahil.

Ini 10 perkara yang saya lakukan :

+ Tetapkan dahulu department apa yang kita mahu.
Masa sale tidak sampai belas ribu sebulan, saya sudah tetapkan. Ia membantu saya berangan-angan pasukan yang bagaimana saya mahukan. Marketing, Sales, Advertising, Customer service, R&D dan Operations.

+ Senaraikan tugas yang akan dilakukan oleh setiap department.
Boleh tampal sticker note dekat dinding, tambah dan ubah apa yang dirasakan sesuai.

+ Senaraikan apa ciri-ciri staff yang kita mahu untuk memegang jawatan itu.
Contohnya kalau department 'offline' marketing, saya letakkan syarat mesti berumur 30 tahun ke atas, dan wajib seorang lelaki. Sebab beliaulah akan buat 'kerja-kerja berat' diluar, dan percakapan yang matang.

+ Kaji bagaimana untuk menjadi Leader yang di sukai oleh pasukan.
Saya senaraikan kemahiran yang saya ada. Kemahiran yang kurang atau tiada, saya akan mencari cara untuk memahirkannya. Dulu saya tidak pandai bercakap di hadapan orang dengan baik, saya berlatih setiap hari di depan cermin. 

+ Saya tetapkan matlamat yang jelas. 
Belajar menetapkan Visi dan Misi adalah sangat penting. Pada permulaan Visi saya adalah untuk menjadi No 1 di Perak dengan cara berpasukan. Misi (cara nak capai Visi) sentiasa dibincangkan.

+ Saya design sistem mentor-mentee.
Antara caranya, saya mesti jelas apa impian peribadi setiap ahli pasukan saya. Antara persamaan ahli pasukan saya adalah, mahu dihormati oleh orang disekeliling mereka. 

+ Latihan dengan melantik ketua projek.
Ada projek sekolah, projek kampung, projek pameran, projek persatuan dan banyak lagi. Saya mahu kenalpasti bakat yang mereka ada dengan melihat cara mereka menjalankan projek-projek tersebut.

+ Setiap minggu diaturkan kelas motivasi.
Sangat berbeza semangat mereka selepas kelas motivasi mingguan. Banyak diceritakan gambaran angan-angan apa yang akan berlaku pada diri sendiri, keluarga dan cara kerja kita bila telah berjaya. Semuanya bermula dengan satu kepercayaan, "semakin berjaya syarikat, semakin berpeluang mencapai impian diri sendiri."

+ Suasana kerja profesional dan seronok. Seperti sahabat baik dengan rasa hormat yang tinggi.
Panggilan wajib bermula Tuan, Puan atau CikPuan. Sehingga ketua yang mahu menegur, wajib memberitahu dahulu kebaikan orang yang mahu ditegurnya dahulu. Mesti ada positif.

+ Berikan harapan, kotakan janji-janji yang kita telah beri.
Kita kata kepada staff kita, "Kalau Tuan berjaya capai, syarikat akan naikkan gaji Tuan." Setelah berjaya dicapai, kita wajib kotakan janji ini. Kita akan lebih berpeluang mendapat pekerja yang bagus dan akan lebih setia.
.
.
Tanda aras yang kita sebenarnya telah memiliki pasukan yang baik, adalah apabila mereka seronok berjumpa dengan kita (pemilik bisnes). Kita sendiri juga berperasaan demikian!😊


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...