Jawapan dari pakar optomeris Tuan Shahrizal Redwan berkenaan pertanyaan saya mengenai mengawal power kacamata.
Terima kasih tuan Rizal, saya post di sini untuk rujukan saya di masa depan. Kredit kepada tuan Rizal.
Tuan Azemi Ali,
Soalan ini yang paling banyak saya terima.
Saya pernah diperkenalkan akan beberapa teknologi yang di khabarkan dapat mengawal power rabun. Terutamanya kepada kanak-kanak.
Ada yang saya mencubanya pada pelanggan saya, dan hasilnya tidak seperti diharapkan.
Malah ia mengganggu salah satu sistem penglihatan kita iaitu :
+ Cara mata anak kita bagi jelas sesuatu perkataan.
+ Cara mata anak kita mengawal dan guna dua-dua mata.
+ Cara mata anak kita 'gabungkan' imej mata kanan dan kiri menjadi satu imej 3D.
+ Skill bagaimana mata dan penglihatan itu sendiri dikawal oleh otak.
.
.
Pengalaman saya, setiap orang yang serius mahu mengawal power rabun jauh, adalah penting menilaikan dahulu ke empat-empat perkara di atas tadi.
.
.
Pengalaman saya, setiap orang yang serius mahu mengawal power rabun jauh, adalah penting menilaikan dahulu ke empat-empat perkara di atas tadi.
Bila dinilaikan, baru tindakan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya, dirancang dan dinilaikan sehingga power telah mula menjadi stabil memgikut suatu tempoh masa.
Stabil maksudnya naik/turun power dalam lingkungan -0.50.
Pengalaman saya juga Tuan Azemi, dalam pecahan rabun jauh jenis dari 'Functional Myopia' paling banyak yang saya 'handle' berbanding dari jenis yang 'diwarisi'.
Jika anak Tuan dari jenis Functional Myopia, ada cara yang kita boleh ikhtiarkan.
Perlukan Optometris yang betul-betul mahir.
Saya kongsikan sedikit, walaupun ada kes kita telah berusaha mengawal power rabun seseorang, namun power beliau tetap juga naik.
Tetapi, kemahiran menggunakan mata (penglihatan) menjadi lebih baik berganda-ganda.
Tetap ada kesan yang positif.
Contohnya dahulu, boleh guna komputer/belajar 1-2 jam, kini dah berganda-ganda lebih lama.
Lebih baik dari segi produktif di masa hadapan.
Harap dapat membantu soalan Tuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: