Kalau kita dah ada cara hebat nak majukan bisnes, kita pun cerita dalam FB untuk tawarkan khidmat nasihat kita. Kira nak jadi konsultan hebat suatu hari nanti.😊
Tapi kita keluarkan artikel atau post yang kualitinya berstatus 'second hand'. Kita rasa idea begini adalah cara yang betul.
Sebenarnya, audien rasa tidak puas akan maklumat yang cuba kita sampaikan, sehingga mereka malas dah nak tengok post-post kita.
Post kita yang dapat membantu orang lain, seperti memberi satu sudut pandangan baru yang lebih positif, kesannya lebih berpengaruh. Mungkin ini tip yang boleh kita jadikan panduan :
+ Belajar menulis secara profesional, bukan dengan emosi.
+ Ceritakan langkah yang kita buat, bukan 'larangan' demi 'larangan'.
+ Kongsikan bagaimana kita selesaikan satu masalah. Bukan 10 masalah nak diselesaikan dalam satu post ya.😅
+ Perkara yang rahsia itulah yang audien nak tahu!
+ Guna ayat dorongan, bukan ayat suruhan.
+ Kenali siapa audien sasaran kita. Tulis post khas untuk mereka.
.
.
Paling penting sekali kita bina identiti dan imej kita dahulu. Kita pastikan ianya sama dalam dunia sebenar mahupun di alam maya.
😉
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: