Ahad, 1 Mei 2016

"Perasaan ni, bila ada anak je boleh tahu bro!"

Pagi semalam saya buat 'cover test' dengan tangan saya sahaja. Sebab masa tu tengah tunggu Van sekolah di hadapan rumah.
Saya terus buat test ni sebab masa tengah sembang-sembang, anak saya cakap,
"Papa, Tasneem kadang-kadang susah nak menulis."
Bergetar hati, berdebar perasaan. 
6 bulan sekali, saya akan cek mata permata hati sulung saya ni. 
Memang kuat membaca. Satu lagi suka menulis macam-macam stori.
.
Ujian ini sangat simple, ada juga saya ajarkan pada pelanggan yang datang jauh dari negeri Pahang. Dia bawa hanya seorang anak untuk dinilaikan oleh saya. Saya 'suspect' anaknya yang lain mungkin mengalami masalah yang sama.
Jangkaan saya tepat. 3 daripada 5 anaknya hadapi isu yang sama.
.
Berbalik pada anak saya tadi. 
Saya tutup mata belah kiri Tasneem (5-6 saat), sambil mengarahnya memandang hujung jari telunjuk saya (jarak dalam 40cm).
Bila saya 'buka' supaya Tasneem guna dua-dua matanya, mata kiri tadi masih mengarah keluar.
Masa inilah satu perasaan yang 'lain' dapat saya rasakan. Perasaan yang sama bila saya dapat tahu saya sendiri mempunyai 'Convergence Insufficiency'. Sebab itu masa belajar-belajar dulu, saya tak dapat 'perform' seperti orang lain. 
Tapi itu sejarah.
Bila anak saya pulang dari sekolah, saya siasat dengan lebih 'detail'. Satu persatu test saya buat untuk tahu sistem penglihatan mana yang mencetuskannya.
Ni kira 'ibu' dia. Dapat ibu dia, baru boleh susun cara rawatan untuk latih 'ketuanya' (otak), bagaimana nak 'adapt' dengan satu keadaan yang sangat berbeza ini.
Sebelum saya nilaikan penglihatan anak saya, saya bagi 'task' ni pada Hanun, Optometris muda yang semakin 'matang' mengikut cara Optometri saya.
Sah!
Penilaian sistem penglihatan Tasneem, oleh Hanun dan saya, adalah 90% sama.
Saya 'happy' dengan 'performance' Hanun, tapi perasaan terhadap anak saya ia jauh lebih hebat terasa.
Tanyalah siapa-siapa, kalau tentang anak, kita sanggup lakukan apa sahaja.
Ibu bapa sanggup datang jauh-juah, balik hari, semata-mata nak luangkan masa sejam dua hanya untuk cek mata anaknya dengan saya.
Tapi ikatan ini tidak pernah putus, kerana ada satu kepuasan pada mereka, 
"Mereka telah faham dengan sebenar-benarnya faham, kenapa anak mereka tidak lagi minat membaca seperti dulu. Penyesalan berlaku kerana mereka menggelar sendiri permata hati mereka, sebagai seorang anak yang pemalas."
.
.
Saya peluk anak saya, sambil kata,
"Kita buat cermin mata yang Tasneem suka ya."
"Lepas ni nanti, Tasneem boleh baca dan tulis macam dulu-dulu tanpa ada masalah."
Terus di balasnya, "Tasneem nak warna purple!"
Saya pun dah tetapkan latihan apa yang patut dilakukan. 
Satu persatu, khas untuk Tasneem.
.
Sehingga saat stori ini ditulis, 'perasaan' lain ini sentiasa bermain-main dalam jiwa dan perasaan saya sendiri.
Kalau member lelaki saya tanya, saya akan jawab,
"Perasaan ni, bila ada anak je boleh tahu bro!"
.
Tindakan kita sebagai ibu bapa? Nilaikan kemahiran mata anak kita semasa melakukan aktiviti membaca dan menulis.
Lebih awal kita tahu, lebih mudah untuk kita bantu permata hati kita.
Semoga terbuka pintu hati kita untuk sentiasa mengambil berat kesihatan anak kita. 
Termasuklah bagaimana anak kita melihat.
"Kejayaan dengan Penglihatan"


Shahrizal Redwan, Optometris.
Rizal Optometris, Kuala Kangsar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...