Memaparkan catatan dengan label Terapi Penglihatan Mata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Terapi Penglihatan Mata. Papar semua catatan

Isnin, 20 Jun 2016

Menulis bukan kerana 'Like', tetapi kerana tangisan seorang ibu di bilik cek mata.

Menangis kerana telah memarahi anaknya bertahun-tahun kerana menyangkakan anaknya malas. Tetapi bukan itu puncanya!

Bila saya ceritakan satu persatu apa yang di alami kepada ibunya, tertunduk wajah anaknya sambil menahan dari menangis.

Sebak. Saya tak boleh lupakan saat itu dan ia berlaku 5 tahun yang lepas.

Bergenang air mata ibunya, sambil berkata,
"Maafkan Ummi!"

Anaknya mempunyai masalah Vergence Dysfunction. Dalam kes ini beliau tiada rabun, tetapi skill penglihatannya tidak seperti rakan yang lain.
Rawatan selama setahun dua bulan.
.
.
MOMEN INDAH SEBAGAI OPTOMETRIST.
Tidak silap saya, anaknya dah masuk ke sebuah Universiti dalam bidang perubatan.
Bila dengar berita ini dari famili pelajar ini, tuhan sahaja yang tahu, hati ini begitu sebak.

"Well done 'Adik'!" Kata saya dalam hati.

Sebab itu saya tetap akan terus menulis.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris
Kuala Kangsar, Klebang, Ipoh, Kamunting.

Ahad, 29 Mei 2016

Optometrist VS Speech Therapy.

Bertahun saya perhati seorang speech therapy melakukan sesi terapinya. 

Dalam satu terapi,
"Permainan bola yang digunakan dalam terapi, kerap dirapatkan ke wajah pesakit."

Bila saya tanya mengapa dilakukan, ia bertujuan untuk menarik perhatian supaya mata memandang mainan tersebut.
"Supaya tumpuan dapat diberikan oleh pesakit." Balas beliau.

Sehingga ke hari ini, saya bekerjasama dengan beliau untuk mengaitkannya dengan penglihatan.
Agar mendapat gambaran yang lebih jelas kaitannya dengan penglihatan.
.
.
Dalam beberapa tahun memerhatikan 'watak' pesakit ini, saya boleh membuat kesimpulan secara kasar, masalah penglihatan adalah satu keadaan 'samaran' sehingga mereka digelar ADHD atau Dyslexia.

Kebanyakannya mempunyai tahap konvergen yang agak lemah dan mudah penat apabila melihat objek berjarak dekat.

Sebab itu 'tumpuan' mereka tidak seperti orang lain.

4 faktor kemahiran penglihatan ini akan dinilaikan oleh Optometris :

+ Kecekapan otot luaran bola mata.
+ Kepantasan dan daya tahan otot dalaman bola mata.
+ Penghasilan imej dengan maklumat yang bermakna.
+ Kemahiran bertindak atas maklumat visual yang diterima.
.
.

"Rizal Vision & Speech Therapy."

Sangat beruntung pelajar jenis B bila menjadi CEO!





Setiap kali lawatan di sekolah, team Rizal Optometris akan menemui 2 jenis pelajar :
+ Pelajar A
Belajar secara proses, dari A hingga Z. Kemudian diberi kesimpulan selepas tamat setiap subjek. (Digelar Pelajar Sequential)

+ Pelajar B
Pelajar ini hanya faham dan minat apabila diceritakan kesimpulan dahulu, tujuan kenapa perlu belajar dan cara belajar yang betul, mengikut minatnya. Mereka ini jenis yang melihat 'hutan' dahulu, bukan pokok-pokoknya.
.
.

Dengan sistem persekolahan yang biasa, pelajar ini di anggap pemalas dan sering ketinggalan dari segi tahap pemahaman.

Bila telah dewasa, pelajar B akan lebih berjaya dalam seni, teknologi dan bisnes kerana cara mereka berfikir, adalah secara 'Big Picture'. 

Mereka juga mahir membaca gerak bahasa tubuh dan psikologi bila bertemu dengan orang lain.

Dalam bidang Optometris, pelajar ini mempunyai Vision Perceptual Skill yang hebat. Terutamanya skill :

"Visual Spatial"
Ada terapi untuk tingkatkan kemahiran ini.

Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Ahad, 1 Mei 2016

Cermin mata baru-Sakit Kepala & Tidak Selesa.


Dari sudut pandangan saya, 3 pendapat kenapa perkara ini boleh berlaku ;

Pendapat pertama:
Dalam satu part penting dalam profesion Optometrist, ia ada kaitan dengan bagaimana tubuh kita berinteraksi dengan perubahan power ini.

Konsultasi amat penting diberikan kepada pelanggan yang mempunyai masalah adapt.

Ia berkaitan dengan pemahaman kita kenapa terdapat sedikit pengalaman 'kurang selesa' di peringkat awal.

Optometris perlu memberi pemahaman pada 'minda' pelanggan/pesakit, supaya kejayaan pemakaian adalah lebih tinggi.


Pendapat kedua :
Saya banyak temui, selain konsultasi, power yang kita beri, sebenarnya tidak mengambil kira akan keadaan :

+ Sistem Fokus

+ Skill menggunakan dua-dua mata menjadi satu pasukan yang baik.

+ Skill menyatukan imej dari dua mata menjadi satu imej 3D.

+ Skil-skill penglihatan berkaitan dengan aktiviti harian.

Contohnya dengan penambahan power rabun jauh, menyebabkan seseorang itu mempunyai darjah juling yang lebih besar.

Mata akan 'reject' keadaan ini, dan lebih memilih power yang lama.

Parah lagi, ia menyebabkan peningkatan power dari tahun ke tahun.


Pendapat ketiga :

Perubahan design. 

+ Saiz kanta (contoh, dulu frame kecil, sekarang pakai besar-sudah semestinya ada kesan prismatik).

+ Design permukaan (aspheric, double apsheric).

+ Material.

+ Kepadatan cermin.

*Tidak digalakkan untuk tukar-tukar dengan cermin mata lama, ia akan ganggu cara otak menyimpan sesuatu memori. 

Ia boleh menyebabkan otak semakin susah untuk pantas belajar sesuatu yang baru (kurang Neuroplasticity).

Rabu, 3 Februari 2016

ELAK putus harap, jika akademik anak-anak BERMASALAH. Dapatkan Ujian‘MENYALIN NOTA’.


Tuisyen dah, latihan bertubi-tubi dekat rumah pun dah buat. Sekolah yang terbaik, guru juga adalah yang terbaik, tetapi kenapa anak masih lagi tidak fokus atau kata lainya masih TIDAK CEMERLANG dalam akademik?

Teringat saya pada seorang pelajar, Harris,  baru berumur 10 tahun. Datang kerana anak mengadu kabur bila nak lihat jauh. 

Kesan paling UTAMA yang diadu oleh ibunya,

“Cikgu dia kerap telefon, beritahu.. dia selalu tak dapat salin nota pada papan putih. Walaupun dah duduk paling depan dalam kelas.”

Ibunya juga menambah,

“Bila telah cek mata di tempat lain, matanya ok. Tapi dia sering cakap tak nampak.”
.
.
Peringkat pertama penilaian cara melihat, Harris tiada masalah, boleh kata ‘perfect score’. Saya lihat wajah ibunya mengangguk-angguk seakan berpuas hati dengan hasil ujian tersebut.

Tapi anaknya adu tak nampak jauh-jauh kan?

Tiba peringkat kedua, Harris mula menunjukkan hasil yang berbeza-beza setiap kali ujian yang sama dilakukan. ‘Pattern’ dia semakin merosot bacaan sehingga hanya mampu bertahan 3-4 kali sahaja.

Contohnya ketika melakukan ujian peringkat kedua, beliau ambil masa lebih dari 5-6 saat (normal 1-2 saat) untuk bagi imej bacaan jelas (setelah melihat imej bacaan yang jauh). Sehingga terpaksa geleng-gelengkan kepala sambil pejamkan mata secara bersungguh-sungguh.

Kali kedua ujian, ia telah menjadi 7-8 saat.

Jika diteruskan, mata Harris akan menjadi terlalu penat dan ini akan menyebabkan pandangan jauh beliau menjadi kabur.
.
.
Kesimpulannya, mata Harris lulus ujian sensitif mata, tetapi gagal dalam ujian yang melibatkan :

+ Kawalan terhadap pergerakan bola mata (Oculomotor).

+ Berapa pantas mata dapat hasilkan imej yang terang dan stabil (Accomodation Facility).

+ Tumpuan pada imej yang dilihat (Visual Attention)

+ Stamina mata untuk kekal melihat dengan terang an jelas.
.
.
Ujian peringkat ketiga, memberi kepastian yang beliau punyai masalah Convergence Insufficiency.
.
.
Masalah seperti Harris boleh dirawat  secara pasif (cermin mata) atau pun secara Aktif (terapi penglihatan).

Terapi pengihatan lebih bersifat ‘long lasting’ atau kekal lama. Rawatan itu bukan sahaja merawat, tetapi melatih pusat kawalan penglihatan (dan tubuh kita) iaitu otak, bagaimana caranya nak mengawal penglihatan dengan lebih baik dan cergas.

Tujuan rawatan adalah supaya mata :

+ Berdaya tahan untuk ‘bekerja’ sepanjang hari.

+ Tidak menggunakan ‘stamina’ melihat secara keterlaluan.

+ Keseluruhan sistem penglihatan dalam keadaan EFISEN. 
.
.

Ibu Harris telah bersetuju untuk mendapatkan rawatan di Rizal Optometris, setelah faham secara keseluruhan (‘big picture’) masalah dan rawatan yang terbaik untuk penglihatan anaknya.

Harris kini masih dalam rawatan.
.
.

Seperti yang saya tulis dalam artikel terdahulu, 

“Mata yang baik dan jelas (boleh membaca tahap carta VA 6/6), bukanlah jaminan PENGLIHATAN seseorang dalam keadaan yang BAIK. Walaupun setelah memakai cermin mata.”

“Penglihatan perlukan gabungan pergerakan bola mata dan sistem fokus yang tepat dan pantas, dan kawalan ke atas keseluruhan sistem penglihatan oleh otak dengan cekap.”

“Jika lulus semua ujian tersebut, SKILL PENGLIHATAN dalam keadaan yang terbaik. Barulah persekitaran kejayaan dapat diwujudkan.”
.
.

“Kejayaan dengan Penglihatan”

Shahrizal Redwan, Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar.

Ahad, 24 Januari 2016

“Dulu ok sekarang hanya 20 minit boleh baca buku..”



Walaupun tiada kajian yang di lakukan, tapi di kawasan Kuala Kangsar dan Ipoh, peningkatan berganda akan suatu masalah penglihatan yang semakin SERIUS : Pelajar mengadu seperti MASALAH PENGLIHATAN ORANG TUA!

Apa maksudnya?

Orang yang telah berumur akan punyai kemahiran membaca yang sukar pada jarak yang dekat. Kerana otot mata yang telah lemah akibat dari peningkatan usia. Ia adalah proses semulajadi yang normal dan boleh diatasi dengan pembetulan refraksi (cermin mata, kanta sentuh).

Tetapi individu muda yang dah ambil pembetulan refraksi, masalah ini tidak akan selesai atau pulih seperti biasa. Ia melibatkan KEMAHIRAN, yang bermaksud bagaimana otot mata :
+ Dikawal, 
+ Bekerja, 
+ Rehat,
+ Berdaya tahan.

Dan,

Bagaimana OTAK proses dan seterusnya hasilkan 
+ Penglihatan yang berdaya tahan 
+ Imej yang berkualiti.
+ Kemahiran penglihatan yang lebih tinggi (Visual spatial, Visual Analysis, Visual Motor dan Visual Auditory)

Tak fahamlah! Secara mudahnya masalah apa ni?

“Apa-apa yang mata cuba lihat lama-lama jarak yang dekat, seseorang itu tidak akan ada tumpuan yang baik! Boleh lihat sekejap sahaja. Banyak ‘rasai’ keadaan yang tidak selesa.”

Kita ambil contoh jika beliau seorang PELAJAR. Dahulunya pintar, pandai dan rajin, telah berubah jadi pelajar yang tidak lagi pintar, tidak lagi pandai dan nampak seperti pemalas.

“Dia dah berubah!” Kata ibubapa yang pernah berjumpa dengan saya.

Kalau cek mata secara biasa-biasa sahaja (macam nak tempah cermin mata), masalah ini TIDAK AKAN DAPAT DIKENALPASTI!

Pemeriksaannya lebih spesifik dengan teknik khusus khas untuk individu yang punyai masalah ini.

Apa kesan kalau tak di rawat?

“Mahu berjaya perlukan tumpuan yang baik dan dapat dilakukan dengan konsisten. Bila berlaku ‘gangguan’ masalah ini, pintu-pintu kejayaan akan semakin tertutup. Kejayaan memang banyak bergantung kepada berapa kualiti maklumat yang diterima oleh manusia melalui pancainderanya, paling penting ialah penglihatan kita.”

Kita masih lagi ambil contoh jika seseorang itu adalah pelajar…

Pelajar tak tahu nak mengadu dekat mak ayah dan guru (tentang masalah tumpuan masa membaca)..

Mereka pun tak tahu nak mula dari mana..
+ Mereka sakit di kawasan dahi.
+ Sakit kepala, pening
+ Tak boleh salin nota dalam kelas lama-lama.
+ Tak boleh buat kerja sekolah lama-lama dekat rumah.
+ Cukup tidur pun masih rasa mengantuk.
+ Selalu rasa nak termuntah.
+ Ada masa tulisan buku jadi kabur, ada masa yang jauh pun kabur.
+ Tidak sedar otak proses maklumat dengan gaya yang sangat perlahan.

Kalau tidak dirawat pelajar tiada lagi motivasi nak belajar bersungguh-sungguh, kalau dari darjah satu dah ada masalah ini, mungkin anak kita di kategorikan sebagai PELAJAR YANG TIDAK PINTAR!

Sebenarnya mereka adalah BIJAK!

Ada juga yang telah dikenalpasti seperti ada Dyslexia, ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder), ADD (Attention Deficit Disorder) dan Migrain.

Ada beberapa kes, sebenarnya.. Mereka hanya punyai masalah penglihatan. 

Apa perubahan yang akan berlaku kalau ambil rawatan dengan segera?

“Baru satu bulan anak saya dapatkan rawatan, tapi dia dah jadi orang lain. Dulu tak pernah dia baca buku cerita (atas kehendak sendiri). Sekarang 3-4 buah buku seminggu! Saya nampak ada peningkatan akademik dalam Exam tahunan baru-baru ini.”  

Kata Cikgu Johari. Anaknya berumur 9 tahun.

Selepas 3 tahun baru Cikgu Johari tahu punca sebenar kenapa Aisyah tiada tumpuan dalam pembelajarannya. 

Bukan punyai ‘Dyslexia’ (kecelaruan pembelajaran) seperti.

Ini kisah benar, ada saya masukkan video temuramah dengan Cikgu Johari dalam Facebook Rizal Optometris.
.
.
“Sakit kepala saya ni dah dua minggu, terpaksalah MC 2 minggu ni. Dah pergi bermacam klinik, tapi sakit lagi.”

Encik Khalid, 33 tahun dan bekerja sebagai engineer membina terowong di negeri Pahang. Dah dua kali beliau bertukar spek kerana ingat powernya telah naik.

Keadaan Encik Khalid sama seperti adik Aisyah, tetapi mata kiri beliau kadang-kadang nampak mengarah keluar.

“Patutlah time saya nak tengok ‘plan’ projek, kena kuat-kuatkan pejam mata baru boleh nampak selesa sikit. Tambah lagi bila dah rasa letih.” balas Encik Khalid

Beliau ambil rawatan, otot matanya lebih kuat 'memegang' bola matanya, agar tidak 'lari' keluar lagi.

Apa cara rawatannya?

Bergantung kepada penilaian cara mata melihat, rawatan akan diberikan berdasarkan kepada 2 perkara :

+ Komponen mata yang digunakan dalam menghasikan penglihatan.
+ Pusat kawalan penglihatan (otak) yang mengawal bagaimana penglihatan itu di 'proses'.

Semua cara ini akan di awasi oleh Optometris berpengalaman.

Apa nama saintifik keadaan ini dan cara mudah nak dapatkan maklumat lanjut dalam 'Google' ?

Convergence Insufficiency.

.
.
Wujudkan 'persekitaran' yang selesa untuk anak-anak kita belajar..

Beri peluang pada diri kita untuk lebih berjaya dalam kerjaya..

Mulakan dengan penilaian cara mata anak dan kita sendiri (pemeriksaan mata intensif).

Apabila penglihatan semakin selesa dan berdaya tahan, kita akan lebih fokus dan lebih mudah kecapi sebarang kejayaan.

"Kerana Kejayaan bermula dengan Penglihatan yang baik."
.
.
Shahrizal Redwan, Optometris.
Kuala Kangsar, Perak.
Temujanji : Whatsapp 019-4477963

Rabu, 20 Januari 2016

Jika selalu SAKIT KEPALA, stori ini sesuai untuk anda! Kisah Benar BERJAYA ubah HIDUP!



2 tahun yang lepas seorang lelaki, lewat 20an datang berjumpa dengan saya. Datang temani isteri nak buat spek baru. Beliau pun nak cek mata juga. Bila saya test time nak baca pada jarak dekat, kadang-kadang dia pakai SEBELAH MATA SAHAJA!
Terkejut kawan!
Terkejut pula saya bila berkerutnya muka dia!
Seolah ‘tamparan’ hebat padanya!
Mata kirinya telah di ‘OFF’ bila membaca. Saya tunjuk dekat beliau teknik yang saya gunakan, dan barulah beliau faham.
Suasana jadi hening seketika…
Seolah berat beliau nak ceritakan, tapi saya seolah tahu beliau ingin bercerita pada saya..
Beliau tengah cari di mana hendak bermula..
Dekat 11 saat beliau memalingkan muka dan menundukkan sikit kepalanya. Seolah berfikir masalah yang sangat berat.
“Dulu saya tahu ada yang tak kena dengan saya. Paling ketara masa saya dekat Universiti dulu. Dah macam-macam klinik saya pergi, siap scan otak lagi. Masa tu saya tak boleh nak baca lama-lama. Sakit kepala tu yang tak tahan. Pening berpusing sampai rasa nak muntah.”
“Awek pun putus dengan saya…”
Hahahaha… Ingat serius sangat lah brader ni.
Mungkin nak pujuk hatinya yang tengah bersedih.
.
.
Rupanya beliau ambil jurusan perubatan pada masa tu, boleh jadi doktor lah sepatutnya hari ini.
Tapi, masuk tahun ke 2, matanya dah tak boleh terima bebanan ketika membaca. Beliau sendiri tak tahu puncanya mungkin kerana mata. Akhirnya beliau mengalah! Mengalah bukan kerana tidak pandai, tapi tahu dah tak boleh ‘bawa’ jurusan doktor ni.
Al-Maklumlah, belajar nak jadi doktor ni kena banyak study, banyak membaca.
Beliau tukar jurusan lain. Beliau tak cerita pula dekat saya jurusan apa.
Saya lihat dekat rekod yang telah diisi, saya pula rasa terkesima, beliau kerja biasa-biasa sahaja.
“Sekarang semua kerja nak kena guna komputer, saya tak tahan hadap lama-lama.”
“Sakit kepala guna komputer tu sama macam saya belajar dahulu.”
Terjawab persoalan mengapa beliau sendiri memilih kerja yang tiada kaitan dengan komputer.
.
.
Saya berikan ikhtiar yang saya boleh bantu sebagai seorang Optometris. Banyak pula beliau bertanya pada saya profesion ni, katanya saya macam TUKANG TILIK. Macam tahu-tahu je dulu beliau selalu sakit kepala membaca dan pening tengok komputer.
Ia bermula dengan SIASATAN KUALITI PENGLIHATAN dan jawapan dari 5 soalan.
Sebab 5 soalan yang saya tanya, jawapan beliau adalah ‘YA’.. (nanti saya kongsi apa soalan yang saya tanya tu nanti.)
Apa yang saya lakukan?
Saya mudahkan apa yang saya bantu pada penglihatan beliau. Hanya 2 teknik asas iaitu,
+ Baiki komponen mata bekerja supaya EFISEN dan KONSISTEN.
+ Rangsang, rawat dan pulihkan pusat kawalan (otak) yang mengawal cara komponen mata bekerja.
.
.
Cerita ni dah 2 tahun yang lepas. Bulan lepas beliau datang bersama famili, daftarkan sekali 2 orang anaknya untuk masuk ke
“Program Mudahkan BELAJAR dengan Terapi Penglihatan Mata.”
Dianjurkan oleh Rizal Optometris Kuala Kangsar.
Anaknya akan ambil EXAM tahun ini, seorang SPM, seorang lagi akan duduki PT3.
Jika lebih awal diberikan rangsangan, lebih mudah membaca dengan PANTAS, LEBIH LAMA, dan lebih FOKUS.
Pada pengalaman saya, sekurang-kurangnya 3 bulan diperlukan untuk mencapainya.
Kemampuan syarikat setakat ini hanya boleh ambil lagi 80 orang sahaja lagi.
.
.
Bila saya tanya Tuan Azlan (baru nak beritahu nama dia ya, asyik ‘beliau’, ‘beliau’, ‘beliau’ je! Hahahaha..😆), beliau buat apa sekarang,
“Saya dah buka kedai sendiri, buat percetakan grafik.”
Sekali lagi saya terkesima! Kalau grafik, bukankah beliau perlu guna komputer lama-lama?
Sakit kepala guna komputer lama-lama dah jadi lipatan sejarah!

Shahrizal Redwan, Optometris.
Terapi Penglihatan Mata Rizal.
Kuala Kangsar, Perak.
Whatsapp 019-5052194.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...