Memaparkan catatan dengan label Rabun Silau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rabun Silau. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Mac 2016

Juruaudit TIDAK dapat buat AUDIT kerana SAKIT KEPALAnya!

Pekerja saya yang tak kahwin lagi, ketuk pintu bilik cek mata.

Ketika itu saya tengah memberi latihan kepada Hanun, Optometris yang baru 6 hari diambil bekerja.

“Tuan, ada customer nak cek mata ya.”

- “Ok. Fendy panggilkan ya.” Balas saya. Saya cepat-cepat pesan dekat Hanun, ‘take note’ bila saya cek mata.

“Tuan Yusoff, kita cek mata sekali lagi dalam bilik ya.” Panggil Fendy umpama nurse klinik di hospital swasta. Hehehe..

Tuan Yusoff diekori oleh seorang wanita muda lewat 20 an, kelihatan sarat mengandung, berusaha mempercepatkan langkah. Pastinya isteri Tuan Yusoff.

- “Tuan Yusoff jemput duduk ya.” Kata saya sambil melapangkan tangan menunjuk ke arah kerusi yang dikhaskan.

Selepas Tuan Yusoff mengambil tempat di kerusi sebelah kanta berpower yang banyak tersusun tu, Fendy beritahu saya Tuan Yusoff kerap sangat sakit kepala. Minggu ini sakit kepala beliau boleh dikatakan setiap hari.

Tuan Yusoff bekerja sebagai Juruaudit dan banyak menghadap komputer dan laptop. 

Saya faham sungguh kerana AUDIT sesuatu yang tidak sama dengan kereta AUDI. Hehehehe..

Saya mengambil tempat, dan bertanya beberapa soalan yang akan menentukan ujian apa yang patut saya pilih untuk Tuan Yusoff.
.
.

Selepas 20 minit dengan 4 jenis ‘test’ yang telah selesai saya lakukan, saya beritahu pada Tuan Yusoff,

- “Mata Tuan tidak seperti orang lain. Mata tak sepatutnya bekerja 3 kali ganda lebih kuat dari biasa.”

Bermulalah soalan-soalan yang keluar dari mulut Tuan Yusoff dan isteri beliau, kerana ia sesuatu info yang sangat baru untuk mereka.

Ini part yang buatkan pasangan suami-isteri yang bahagia ini mengerutkan muka,

- “Mata Tuan kadang-kadang PAKAI SEBELAH MATA sahaja ketika membaca.” kata saya.
Sekali lagi.. Soalan demi soalan. Bertubi-tubi ditanya oleh Tuan Yusoff dan isterinya.

Lagak seperti saya tetamu jemputan dalam rancangan Nasi Lemak Kopi-O. ðŸ˜†
.
.
Tuan Yusoff mempunyai daya sifat ingin tahu yang kuat. Hanun yang duduk di sebelah saya, tak berhenti-henti mencatat setiap poin penerangan mudah saya pada Tuan Yusoff.

Akhir sekali, sebelum Tuan Yusoff keluar….. (Dengan info yang banyak kaitan antara penglihatan dengan sakit kepalanya),

Saya berikan solusi dengan mengatakan, 

“Cara yang terbaik adalah dengan merawat sistem penglihatan yang paling bermasalah dahulu. Ini dapat membantu sistem fokus Tuan Yusoff bekerja dengan cara yang sepatutnya.”

Tuan Yusoff mempunyai masalah ACCOMODATIVE EXCESS.
.
.
.

Jika kita sakit kepala yang agak kerap, seperti yang dialami oleh Tuan Yusoff, keseluruhan 4 sistem penglihatan perlu dinilaikan.

Penilaian ini akan dibuat setiap kali saya temui kes SAKIT KEPALA - menggunakan KOMPUTER, atau BELAJAR, iaitu :

+ Power rabun yang serasi (supaya tidak memburukkan lagi keadaan).

+ Sistem Fokus (Daya tahan, kepantasan, flexibiliti dan tindakan yang efisen).

+ Interaksi yang baik antara dua mata.

+ Kemahiran penting yang dihasilkan setelah imej diterima oleh otak. Contohnya kemahiran ‘menganggar jarak’.
.
.

Habis sesi Tuan Yusoff, Hanun kata dia puas, dapat belajar banyak perkara baru.


Gambar :
Hanun seorang Optometris graduan dari Universiti Bradford, United Kingdom. (Seorang yang sangat minat bermain dengan SALJI!)


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Selasa, 8 Mac 2016

Rabun aku jenis apa ya? RAMLAL, tolong sikit.


Saya cuba terangkan secara ringkas jenis-jenis rabun yang biasa ditemui di praktis Rizal Optometris.

Kita lihat 3 cerita kat bawah :

Cerita PERTAMA :
Member duduk jauh melambai kat kita, kita tak kenal dia (Siapa lah yang duk melambai tu..?). 
Tapi bila kawan tepuk bahu kita dan kita pandang dia, 
“Heyyy… RAMLAL …”. 
Mahu dicakapnya kita ni sombong.. Hehehe.. 
(Peminat SRK tahu siapa watak Ramlal kan?)
.
.

Cerita KEDUA :
Ada pula antara kita, dia boleh nampak Puan Pogo dari jarak 2-3 batu! Power mata dia nih. ðŸ˜†
Nampak dan kenal, tapi tidak begitu jelas. Rasa macam agak berbayang-bayang. Hehehe..
.
.
Cerita KETIGA :
Apabila RAMLAL minta bantuan kita untuk tekan butang ‘washing machine’ kita tak berapa nak nampak butang tu tulis apa! 
Kena jauhkan sikit pandangan (kepala ke belakang), baru boleh nampak.
.
.
Nama-nama sains untuk Rabun :
Cerita pertama = Rabun Jauh. (Myopia atau Hiperopia)
Cerita kedua = Rabun Silau / Astigmatism


Shahrizal Redwan 
Rizal Optometris

Ahad, 28 Februari 2016

Tahun ni dah 3 kali tukar power! Kenapa malam SILAU lagi?!



AWAS! Mata mungkin telah KEJANG!!
.
.
Jika anda bekerja atau hobi anda banyak menggunakan jarak dekat pada tempoh yang lama-lama.. 

Bertahun-tahun...

Keupayaan mata untuk kekal flexible boleh fokus pada jarak jauh dan dekat bertukar ganti, telah terjejas.

Saya banyak temui kes pada yang banyak bekerja komputer dan pekerja kilang, yang menghabiskan lebih dari 5 jam sehari.

Bila dah lama-lama bekerja (pada jarak dekat), sistem fokus pada jarak dekat seakan dah TERKUNCI.

"Bila kita nak tengok jauh, contohnya bila hendak pulang dari ofis, mata kita masih lagi nak fokus atau bekerja pada jarak dekat. Sepatutnya ia telah berada pada fasa rehat untuk mula fokus pada jarak jauh. Jika ini berlaku, sistem yang mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam mata tidak akan cekap. Sebab itu antara ciri orang yang mempunyai masalah ini, adalah sangat sensitif dengan cahaya. Terutama ketika memandu pada waktu malam."

.
.
.

Optometris memanggilnya, 'Accomodative Spasm' atau, 'Accomodative Inertia'.

Shahrizal Redwan
Rizal Optometris Kuala Kangsar

Khamis, 18 Februari 2016

Awas!! 3 fahaman BAHAYA untuk anak yang masih belajar di sekolah.


Fahaman BAHAYA :

"Pakai power rabun yang lebih rendah (dari yang sebenar) boleh control power rabun supaya tak naik banyak."

"Jangan tukar spek cepat sangat, nanti power cepat naik."

"Jangan buat spek lagi, power rendah lagi tu. Bila dah start pakai nanti, lagi bertambah power!"
.
.

Jika fahaman ini diguna pakai oleh seseorang yang telah dewasa untuk dirinya sendiri, mungkin tidak mengapa (walaupun saya kurang bersetuju).

Kerana..

Orang yang telah dewasa mempunyai hak untuk buat keputusan sendiri.

Tapi....

Elaklah gunakan fahaman ini pada anak-anak yang kita kasihi. Fahaman seperti ini, memberikan kesan negatif untuk dalam tempoh jangkamasa yang panjang pada mereka.
.
.

Sebagai kanak-kanak, mereka banyak belajar dengan menggunakan penglihatan mereka seharian. Imej yang dihasilkan oleh mata perlulah jelas untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian.

Jika bertahun-tahun power atau rabun mereka tidak dibetulkan, keadaan yang digelar mata malas atau 'Lazy Eye' boleh berlaku. Mata tidak lagi berupaya untuk menghasilkan imej yang jelas, walaupun telah diberi power yang sebenar. 
.
.

Power yang sentiasa 'up to date' perlu dilakukan sekurang-kurangnya 6-12 bulan sekali. 

Ibubapa yang komited dan telah faham cara tingkatkan kualiti penglihatan anak mereka, saya dapati anaknya mempunyai kesan yang sangat positif :

+ Membaca lebih pantas.

+ Sistem fokus untuk bagi terang imej yang jauh ke imej yang lebih dekat (atau sebaliknya), lebih cekap dan berdaya tahan untuk sepanjang hari. Skill ini penting untuk pelajar semasa menyalin nota di dalam kelas.

+ Jarang punyai masalah juling (nyata atau tersembunyi).

+ Result akademik yang lebih baik dan konsisten.

.
.
Dalam satu kajian yang dilakukan di Malaysia pada tahun 2002, seramai 94 orang yang berumur antara 9 hingga 14 tahun dibahagikan kepada 2 kumpulan : Satu kumpulan gunakan power yang sepatutnya, satu kumpulan lagi gunakan power yang lebih rendah dari yang sepatutnya.

Selepas 2 tahun, pengkaji mendapati, kumpulan yang diberi power rendah, mempunyai penambahan power rabun yang jauh lebih tinggi.

Bahasa mudahnya, power yang tak cukup, akan bagi rabun menjadi lebih tinggi powernya.
.
.

Saya juga temui ramai pelajar yang dah lama tak tukar spek baru, rata-ratanya 3 tahun ke atas, akan punyai salah satu masalah di bawah (atau kedua-duanya sekali) :

+ Accomodation Dysfunction. Kanak-kanak itu punyai masalah untuk fokus dengan baik pada sesuatu imej.

+ Vergence Dysfunction. Tindakan skill ketepatan kedua-dua mata melakukan pergerakan untuk melihat objek, disertai sekali dengan sistem fokus.

.
.
Kita akan mudah berikan rumusan seperti :

+ Anak kita memang pemalas nak baca buku.

+ Anak kita ni semulajadinya memang tak bijak.

+ Dia tak minat nak belajar. 

+ Tak suka membaca.

+ Suka ponteng kelas.

.
.
Banyak kes saya jumpa, anak-anak ini sebenarnya bijak.

Cuma 'persekitaran' untuk belajar bagi anak-anak kita, tidak berada pada landasan yang betul.

Sebagai ibubapa, bila kita telah buang 3 fahaman di atas, dituruti dengan tindakan untuk perbetulkan keadaan penglihatan anak kita, barulah mereka dapat belajar dalam keadaan yang cukup mudah, selesa, lebih lama dengan daya tumpuan yang tinggi.

Siapa tak nak anak kita cemerlang dalam akademik kan?

Semuanya terletak pada tangan kita sendiri (untuk buat keputusan) kerana tugas kita kepada anak-anak yang sedang belajar, bukanlah untuk memaksa mereka belajar rajin-rajin, tetapi wujudkan persekitaran yang selesa untuk mereka belajar.

Dengan harapan, minat belajar akan lebih terkesan. 

Salah satunya, ialah dengan wujudkan penglihatan yang baik dengan satu niat yang suci, demi kejayaan masa depan anak-anak kita.

"Kejayaan dengan Penglihatan"


-Shahrizal Redwan.
Rizal Optometris, Kuala Kangsar, Perak.

Rabu, 20 Januari 2016

Rabun Silau Kanak-kanak



Rabun dengan bahasa mudahnya 'tak nampak terang' bila nak lihat sesuatu. Kita tak dapat nak bezakan dengan nyata antara RABUN jauh atau dekat dengan RABUN SILAU. Tambahan lagi pada kanak-kanak.

Silau tu apa?

Secara ringkasnya, saya boleh simpulkan kepada 3 keadaan :

+ Silau adalah keadaan apabila saraf mata kita di dedahkan pada satu sumber cahaya yang berlebihan.

+ Silau juga boleh disebabkan oleh adanya rabun jauh dan rabun silau yang tidak dibetulkan (contohnya dengan cermin mata)

+ Mata yang terlalu penat juga boleh menjadi faktor rasa silau. Kerana kompenan mata tidak dapat lagi bekerja dengan efisen untuk kawal cahaya yang masuk.
.
.
Jadi...

Rabun silau itu apa pula?

Nama lebih canggih (saintifik) adalah 'ASTIGMATISM' @ versi Bahasa Melayunya ASTIGMATISMA.

Ia di berpunca oleh permukaan mata hitam (kornea) yang tidak sekata. Pemberian power silau pada satu sudut darjah (ditentukan oleh Optometris) amat membantu imej yang dihasilkan nanti. 

Pada sudut darjah ini, bentuk kornea adalah yang paling melengkung!

Bila ada 2 kelengkungan pada satu permukaan, cahaya yang melaluinya, tidak akan terfokus pada saraf yang memproses penglihatan.

Wujudlah imej yang kabur dan imej yang berbayang.
.
.

Rabun silau pada kanak-kanak bukanlah satu perkara luarbiasa, tapi ia perlu lebih perhatian.

Kanak-kanak tidak dapat memberitahu kita yang mereka rasa silau, kabur pandangannya dan rasa susah nak membaca lama-lama.

Tetapi perlakuan mereka seperti di bawah boleh memberi signal pada kita:
+ Selalu kecilkan mata.
+ Tulisan ada yang huruf terbalik.
+ Tumpuan membaca perlu masa yang lebih.
+ Sakit kepala.
+ Rasa letih selepas pulang dari sekolah.
+ Tidak mahir bersukan.

Jika lambat rawatan diberi kepada mereka, ia akan memberi kesan terhadap keputusan exam mereka nanti.

CARA RAWATAN?

Antara rawatan yang boleh diberi

+ Cermin mata dengan power silinder pada sudut darjah yang telah dikenalpasti.

+ Kanta sentuh.

+ Kanta sentuh RGP. Bagi kes yang punyai rabun silau (astigmatisma) yang melebihi 400.

APA BAHAYANYA rabun silau kanak-kanak ini?

Paling serius adalah pada rangsangan saraf untuk melihat. Jika ia tidak dibetulkan, rangsangan imej yang terang tidak diperoleh oleh otak.

Maksudnya, otak tak tahupun dan tak pernah belajar imej yang terang tu bagaimana dari mata yang punya rabun silau ini. Jika dibiarkan sehingga mata telah matang, saraf susah untuk kembali berfungsi walaupun setelah pakai cermin mata. 

Jika power melebihi dari kebiasaan (biasanya  power rabun silau kurang dari 200), ia boleh beri kesan terhadap cara efektif untuk betulkannya. 

Power cermin mata hanya boleh menampung sehingga power rabun silau 500. Tapi mata tidak lagi beri respon yang baik bila power ini dah melebihi 400. 

Mata tak berapa sensitif dan kanak-kanak itu sendiri masih susah nak lihat dengan jelas (walaupun dengan spek yang baru).

Kebanyakan pakar menggelarnya sebagai 'Lazy Eye'.
.
.
Biasanya DUA-DUA MATA atau SATU MATA sahaja yang kena rabun silau ini?

Ia boleh berlaku pada sebelah mata sahaja atau kedua-dua mata.

Dalam kebanyakan kes yang saya jumpa di praktis saya, paling kerap hadir pada dua-dua mata.

APA MAKSUDNYA RABUN SILAU YANG TINGGI?

Terdapat 2 kategori :

+ Power Rabun Silau melebihi dari power Rabun Jauh. Kalau di praktis saya di Rizal Optometris, kalau 10 orang yang tempah cermin mata, 2 daripadanya ada ciri ini.

+ Power Rabun Silau melebihi 200. Agak jarang sikit yang punyai Rabun Silau lebih dari 200. Pembekal sendiri hanya hasilkan cermin yang boleh dibeli secara banyak (borong) dengan 'range' power silau bawah dari 200. Sebulan hanya 5-6 orang saya preskripsikan power ini.

Kalau umur 3 tahun, TIDAK BOLEH MEMBACA lagi, boleh ke cek power RABUN SILAU ni?

Tiada masalah untuk dibuat penilaian jika tidak boleh membaca. Optometris telah terlatih untuk 'handle' situasi ini.

Satu teknik khas yang gunakan alat 'Retinoskopi' boleh membantu dalam menentukan power Rabun Silau ini.

-Shahrizal Redwan, Optometris.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...