Pekerja saya yang tak kahwin lagi, ketuk pintu bilik cek mata.
Ketika itu saya tengah memberi latihan kepada Hanun, Optometris yang baru 6 hari diambil bekerja.
“Tuan, ada customer nak cek mata ya.”
- “Ok. Fendy panggilkan ya.” Balas saya. Saya cepat-cepat pesan dekat Hanun, ‘take note’ bila saya cek mata.
“Tuan Yusoff, kita cek mata sekali lagi dalam bilik ya.” Panggil Fendy umpama nurse klinik di hospital swasta. Hehehe..
Tuan Yusoff diekori oleh seorang wanita muda lewat 20 an, kelihatan sarat mengandung, berusaha mempercepatkan langkah. Pastinya isteri Tuan Yusoff.
- “Tuan Yusoff jemput duduk ya.” Kata saya sambil melapangkan tangan menunjuk ke arah kerusi yang dikhaskan.
Selepas Tuan Yusoff mengambil tempat di kerusi sebelah kanta berpower yang banyak tersusun tu, Fendy beritahu saya Tuan Yusoff kerap sangat sakit kepala. Minggu ini sakit kepala beliau boleh dikatakan setiap hari.
Tuan Yusoff bekerja sebagai Juruaudit dan banyak menghadap komputer dan laptop.
Saya faham sungguh kerana AUDIT sesuatu yang tidak sama dengan kereta AUDI. Hehehehe..
Saya mengambil tempat, dan bertanya beberapa soalan yang akan menentukan ujian apa yang patut saya pilih untuk Tuan Yusoff.
.
.
.
.
Selepas 20 minit dengan 4 jenis ‘test’ yang telah selesai saya lakukan, saya beritahu pada Tuan Yusoff,
- “Mata Tuan tidak seperti orang lain. Mata tak sepatutnya bekerja 3 kali ganda lebih kuat dari biasa.”
Bermulalah soalan-soalan yang keluar dari mulut Tuan Yusoff dan isteri beliau, kerana ia sesuatu info yang sangat baru untuk mereka.
Ini part yang buatkan pasangan suami-isteri yang bahagia ini mengerutkan muka,
- “Mata Tuan kadang-kadang PAKAI SEBELAH MATA sahaja ketika membaca.” kata saya.
Sekali lagi.. Soalan demi soalan. Bertubi-tubi ditanya oleh Tuan Yusoff dan isterinya.
Lagak seperti saya tetamu jemputan dalam rancangan Nasi Lemak Kopi-O. 😆
.
.
.
.
Tuan Yusoff mempunyai daya sifat ingin tahu yang kuat. Hanun yang duduk di sebelah saya, tak berhenti-henti mencatat setiap poin penerangan mudah saya pada Tuan Yusoff.
Akhir sekali, sebelum Tuan Yusoff keluar….. (Dengan info yang banyak kaitan antara penglihatan dengan sakit kepalanya),
Saya berikan solusi dengan mengatakan,
“Cara yang terbaik adalah dengan merawat sistem penglihatan yang paling bermasalah dahulu. Ini dapat membantu sistem fokus Tuan Yusoff bekerja dengan cara yang sepatutnya.”
Tuan Yusoff mempunyai masalah ACCOMODATIVE EXCESS.
.
.
.
.
.
.
Jika kita sakit kepala yang agak kerap, seperti yang dialami oleh Tuan Yusoff, keseluruhan 4 sistem penglihatan perlu dinilaikan.
Penilaian ini akan dibuat setiap kali saya temui kes SAKIT KEPALA - menggunakan KOMPUTER, atau BELAJAR, iaitu :
+ Power rabun yang serasi (supaya tidak memburukkan lagi keadaan).
+ Sistem Fokus (Daya tahan, kepantasan, flexibiliti dan tindakan yang efisen).
+ Interaksi yang baik antara dua mata.
+ Kemahiran penting yang dihasilkan setelah imej diterima oleh otak. Contohnya kemahiran ‘menganggar jarak’.
.
.
.
.
Habis sesi Tuan Yusoff, Hanun kata dia puas, dapat belajar banyak perkara baru.
Hanun seorang Optometris graduan dari Universiti Bradford, United Kingdom. (Seorang yang sangat minat bermain dengan SALJI!)
Shahrizal Redwan
Rizal Optometris
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: