Jumaat, 18 Mac 2016
Mata 'terpeleot' keluar atau ke dalam, kebanyakan kes ianya boleh dirawat dari awal. - JULING.
Pelanggan/pesakit yang datang ke praktis saya kerana masalah juling, mempunyai ciri persamaan yang agak ketara :
DULU MEREKA TIDAK JULING.
.
.
4 punca paling banyak saya temui sehingga mereka menjadi juling :
+ Power rabun yang tidak dibetulkan. jSelalu pada seseorang yang mempunyai perbezaan besar antara power rabun mata kanan dan kirinya. Power hiperopia yang tinggi, memberi kesan pada kedua-dua mata sehingga ia nampak masuk ke dalam (menghampiri hidung).
+ Kebolehan sistem penglihatan untuk mengarahkan kedua-dua mata bergerak pada objek yang ingin dilihat, berada pada tahap stamina yang kurang dari 70%.
+ Mempunyai juling sembunyi yang agak besar. Contohnya dalam kes Convergence Insufficiency, degree yang lari mengarah keluar selalunya melebihi dari 10 prism Diopter.
+ Suppression scotoma. Suatu keadaan cara melihat, telah diubah oleh mata dan pusat kawalan otak. Tindakan ini bagi menghalang imej yang dilihat menjadi dua (double vision).
.
.
.
Kita melihat menggunakan 2 mata.
Tetapi apa yang kita lihat, adalah satu imej sahaja. Hebatnya lagi, ia sebenarnya dalam bentuk 3D.
Sehinggakan kita boleh anggar berapa jauh imej tersebut.
Semua sistem penglihatan harus berada pada tahap kemahiran yang baik, agar gabungan (Fusion) imej ini berlaku dengan mudah.
Jika tidak, mata dan otak akan mencari jalan lain untuk tidak 'menyeksa' sistem penglihatan yang lain.
Salah satu caranya, adalah dengan menjadikan mata itu JULING.
Di peringkat awal, ianya boleh dihalang dari keadaan ini berlaku. Pemeriksaan dengan Optometris berpengalaman, amat disyorkan.
-Shahrizal Redwan, Optometris.
Rizal Optometris
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: