Jumaat, 11 Mac 2016
7 jenis orang cek mata yang akan anda jumpa! Serius ke ni?!
Dekat bawah, saya senaraikan apa yang saya rasa orang yang cek mata ni, boleh jadi. Ada yang ok, ada yang kurang ok.. Hehehehe..
Sebelum tu, ilham artikel ini ditulis adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri sebelum saya bergelar Optometris lagi.
+ Bekerja di makmal.
Suka ambil masa yang lama untuk buat keputusan power kita yang sesuai. Kalau lama dalam keadaan fun ok jugakkan?
+ Jentolak 'man'.
Masa kita pakai spek yang boleh tukar-tukar power tu, cara dia masukkan kanta tu dah rupa jentolak! Main tolak masuk kanta power tu sampai sakit-sakit hidung nih!
+ Jeneral Askar Wataniah.
Kalau dapat type ni, pengalaman 'garang' adalah sesuatu yang akan anda tempuhi. Ikut je arahan beliau! Kalau tidak, 'pam ping' 100 kali! 😁
+ Mak Bedah sebelah rumah.
Alahai! Kenapa lah cakap tak berhenti-henti ni. Nak cek mata je kot.
+ Lawak King
Ada yang kita jumpa dia pandai cuit hati kita. Inilah yang kita panggil terapi emosi. Bagaimana jenaka beliau buat kita tersenyum lepas keluar dari bilik cek mata.
+ Chef kali pertama masuk rancangan TV.
Prosedur cek mata tu dah macam resepi yang perlu ditunjukkan cara memasaknya. Satu demi satu langkah cek mata dilakukan. 😁
+ "Stress control" consultant.
Kalau kita kenal dengan perwatakan orang yang cek mata tu pendengar yang baik, luahkan je lah masa cek mata tu. Hilang sikit stress. Tapi pada yang kita percaya je lah ya. 😊
.
.
Itu serba sedikit pengalaman saya. Saya percaya, pasti ada yang mengalami pengalaman yang lebih berbeza.
Paling penting, kita suka orang layan kita dengan baik.
Best lagi, beli cermin mata harga RM 100 sahaja, tapi layanannya macam kita beli harga RM 1,000!
Kalau saya pun akan jadi pelanggan kedai tersebut.
Shahrizal Redwan
Rizal Optometris
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: