Khamis, 24 Mac 2016

Abang Zul, pelanggan yang 'menjual' RayBan



"Usah cerita RayBan dekat saya!"

Pelanggan ni ambil frame RayBan dari tangan staff saya, Cik Afiqah.

Saya lihat dari jauh, beliau belek-belek frame tersebut macam nak mencari sesuatu..

"Ok, saya nak tengok yang lain."

Dan sekali lagi beliau melakukan perkara yang sama. 

"Kalau frame ni campur dengan cermin Crizal Transitions berapa?"

Pergh! Sebiji-sebiji Abang Zul ni sebut  'Crizal Transitions'!

Mesti dah lama beliau survey ni.

Dah selesai saya cek mata Abang Zul, saya tanya-tanyalah juga, 

- "Abang Zul buat apa tengok-tengok frame tadi?"

"Owh! Tadi tengok ori ke tak ori frame RayBan tu. Dah lama saya survey nak model tu. Pergi survey jauh-jauh, rupanya ada kat sini je.." Kata Abang Zul tersengih sambil membetulkan topi merah logo Arsenal.

Yup! Confirm bukan MU. Hehehehehe...

Rupanya Abang Zul ni pernah bekerja dalam industri optikal sebagai jurujul di kedai cermin mata 10 tahun yang lalu.

"Abang dulu ada kerja dekat Klang dulu. Tapi sekarang dah buat bisnes sendiri."

Klang? Tempat saya kerja dulu nih. Maka berlangsung lagilah puluhan minit kami berkongsi cerita dulu-dulu.

Cepat sungguh masa berlalu..

-Shahrizal Redwan, Optometris.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...