Jumaat, 18 Mac 2016

Billberry- Membantu memulihkan penglihatan?



Dalam persiapan untuk mengendalikan kelas Optometris esok, saya mendapat mesej dari Puan Z.

Adakah benar kesan pengambilan Billberry ini membawa kebaikan kepada penglihatan? (Ada gambar iklan yang beliau 'send' pada saya.)
.
.

Menurut Dr Evangeline Lausier, Pengarah Klinikal untuk Duke Integerative Medicine, Duke University,

"Pihak kami mendapat stori yang begitu 'seksi', Billberry ini dikatakan sangat bagus untuk penglihatan di waktu malam. Tapi ia tiada bukti yang kukuh."
.
.
Ada cerita lagenda bagaimana Billberry ini menjadi begitu popular sehingga ia dikaitkan dengan mata.

Semasa Perang Dunia ke-2, Juruterbang British Royal Airforce, telah mengebom kawasan musuh di waktu malam dengan ketepatan yang menakjubkan! Sebelum itu mereka telah makan roti yang telah disapu jem Billberry.

Cerita di atas tidak pernah diiktiraf akan kebenarannya. Penyelidik pula tidak dapat memberi bukti yang kukuh, kaitan Billberry dengan penglihatan yang lebih baik di waktu malam.
.
.
Dalam iklan tersebut ada di sebut 'anthocyanosides'. Ianya merupakan sejenis bahan kimia yang mempunyai tahap antioksida yang kuat dan bertindak sebagai agen anti-inflammatory (menghalang platlet darah dari bergabung antara satu sama lain).

Proses Oksidasi dalam tubuh, menghasilkan bahan 'radikal' yang boleh merosakkan sel-sel kita. Sebab itu Billberry mempunyai peranan yang penting untuk membuang radikal berbahaya ini.

Terdapat bukti juga ia boleh mengurangkan inflamasi yang berlaku pada retina (Lapisan dalam mata yang mempunyai saraf untuk melihat).

Dr David Kiefer dari University of Winconsin, berkata, Billberry mempunyai potensi untuk membantu dalam keadaan retinopathy (kerosakan salur darah pada retina), cirit-birit dan penyakit pada berkaitan dengan jantung.

"Tetapi ekstrak Billberry boleh mengganggu tugas sejenis ubat (dadah) yang digunakan untuk melancar dan mencairkan darah. Ubat ini diberi oleh doktor bertujuan untuk menghalang seseorang individu mendapat strok. Berhati-hati dalam penggunaan Blue berry dalam keadaan sebegini." tambah Dr KIefer.

Sumber : WebMD.
.
.
Apa kena mengena Blueberry dengan power rabun?

Artikel tentangnya akan menyusul dalam masa terdekat.

-Shahrizal Redwan, Optometris.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...