Jumaat, 18 Mac 2016

Tip nampak hebat pakai spek (episod 4) : Frame jenis ada 'temple tip' kurang sesuai untuk wanita bertudung.


Dalam satu hari, kita pasti nak kena tanggalkan spek sekali kala kan? Bila wanita bertudung pakai spek jenis ni, rambut senang keluar ketika menanggalkannya dari wajah.


Apa temple tip tu?
Pada bahagian kaki spek ianya kombinasi antara besi (terdedah) dan plastik di hujung kaki. 

Kalau dah terbeli, macam mana nak kurangkan problem rambut terkeluar ni?
Minta jurujual 'laminate' pertemuan antara besi dan plastik kaki spek kita.

Frame jenis apa yang sesuai untuk wanita bertudung?
Semua jenis spek yang kakinya diperbuat dari plastik dari hujung ke hujung.

Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...