Khamis, 14 Januari 2016

Pening, sakit kepala, hari pertama pakai SPEK baru.


Saya percaya, kalau pening tu agak keterlaluan bila pakai spek baru, kita pun tak nak pakai.

Rasa nyesal beli pun ada kan? Rasa macam nak hempuk aje spek tu ke dinding!
Tapi, kalau tak keterlaluan sangat, perlu beri peluang pada mata nak serasikan dengannya.

Bagi yang mencuba memakainya paling kurang 4 jam sehari, mata lebih mudah untuk belajar dan set semula bagaimana otot mata bekerja.

Saya pecahkan kepada 5 pening/sakit kepala disebabkan oleh spek, mengikut keadaan dan situasi.

PERTAMA.

Perubahan design cermin yang ada power jauh sahaja kepada cermin yang ada power jauh dan dekat sekali (Multifokal).

Minggu terawal kita mencuba spek multifokal ini, kita rasa payah sikit. Bila berdiri, mata tak tahu nak fokus dengan baik lantai yang kita pijak. Rasa 'tinggi rendah'.

Bila alihkan pandangan dari sisi ke sisi, dah rasa macam bergelombang lantai. Bila mata tak biasa, sistem fokusnya akan 'celaru'. Biasanya 2 minggu masa diambil untuk mata 100% serasi dengan design tersebut.


KEDUA.

Perubahan indeks (ketumpatan kanta).

Katalah kita dah 2 tahun tak tukar spek baru, bila rasa power dah kurang, kena tambah power lagi. Alamatnya tebal lagilah.

Nak bagi kurang tebal, 'upgrade' pada 'high index' (Variasi 1.59, 1.6, 1.67 dan 1.74).
Memang nipis dan lebih ringan cermin tu (berbanding kalau pilih cermin biasa), mata kena biasakan dengan pandangan yang lebih LUAS di bahagian keliling cermin!
Mata perlukan masa untuk belajar. Sebab itu mula-mula pakai rasa pening sedikit.


KETIGA.

Kesan imej yang terpesong.

Kalau yang cermin dekat tepinya lebih tebal, akan ada satu titik ditengah-tengah cermin yang perlu diselarikan dengan anak mata hitam.

Jika tidak selari, otot mata terpaksa bekerja lebih untuk melihat bila melakukan sebarang aktiviti. Ia bekerja untuk membetulkan pesongan imej yang berlaku.

Bagi yang memiliki spek lebih dari satu, semua koleksi speknya perlu diselarikan titik tengah kantanya. Jika tak, sakit kepala dan pening akan menjelma.


KEEMPAT.

Pertama kali pakai spek dalam hidup.

Kalau apa-apa perkara yang kita buat dalam hidup, dan ia adalah kali pertama, pasti kita tidaklah secekap dan sepandai mana. Mungkin juga akan ada berlakunya kesilapan.

Sama juga seperti mata, bila melihat dengan power spek buat kali pertama, cara mata memandang sesuatu arah, cara ia nak bagi terang, cara nak gabungkan imej dari dua mata menjadi satu imej, cara nak anggar jarak, dan perubahan melihat jarak jauh ke dekat dan sebaliknya akan 'terganggu'.

Tapi ia bersifat sementara. Mata akan mula belajar untuk beradaptasi.
Biasanya dalam 5-7 hari sistem penglihatan akan semakin baik 'menerima' kehadiran power spek yang baru.


KELIMA.

Tukar-tukar pakai dengan spek lama.

Oh! Tidak. Elak buat begini ya.

Bila kita melihat, ada sistem fokus yang bekerja untuk memproses imej menjadi jelas dan stabil. Ia dilakukan oleh otot mata.

Bila kita sebut otot, ia salah satu bahagian dari tubuh kita yang penting. Tetapi ia perlukan masa untuk serasi untuk buat sesuatu keadaan yang baru.

Contohnya, kalau orang yang dah biasa lari 5 km tanpa henti, manakan sama dengan orang yang tak pernah lari jauh-jauh. Terkejut semua otot-otot nanti. Adeh! Adeh!

Bila kita amalkan bertukar spek yang berbeza powernya, kawalan sistem mata melihat akan sentiasa di 'reboot'. Tiada memori untuk mudah menetapkan standard cara mudah nak lihat. 'Last-last' mata akan terima spek yang paling lama kita pakai. Spek lama lah! Spek tu kan dah lama?
.
.

Cukuplah 5 dahulu. Ada lagi penyebab sakit kepala jika pakai spek baru ni. Ia lebih bersifat 'taktikal' level yang lebih tinggi.. Ho Ho!!

Sebab itu setiap kali penambahan power spek pada pelanggan saya, perlu buat 'justifikasi',

Adakah ia membantu keseluruhan sistem mata bekerja sebagai satu pasukan?

Adakah ia akan membantu dari satu sistem ke sistem yang lain?

Adakah pelanggan perlukan penambahan power?

Adakah ia boleh merisikokan kualiti sistem penglihatan yang lain.
.
.

Sebab itu kalau cek mata dengan saya, agak lama sedikit. Tapi saya akan buat cara yang 'fun'.

-Shahrizal Redwan, Optometris.
Kuala Kangsar & Klebang Ipoh.

3 ulasan:

  1. bagus info ni.. saya baru je buat cermin mata yang baru... n belah kiri ada penambahan power 25 lebih dari kanan. tapi bila saya pakai. saya rasa pening dan nak muntah. lantai rasa bergoyang. adakah masalah no 3 yang dinyatakan di atas?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selain daripada penambahan power, antara aspek lain yang perlu dilihat ialah:

      + Jenis kepadatan cermin (high index). Jika telah diupgrade, permulaan agak sukar. Biasanya 2 - 3 hari sahaja.

      + Saiz frame. Lebih besar saiznya, lebih besar gangguan 'distortion' di bahagian sisi.

      + Kedudukan mata hitam pada titik tengah power cermin. Kena lihat ukuran lama cermin mata lama.

      + Tindakan skill 'fusion' mata walaupun ada perubahan power -025.

      + Perubahan kedudukan sudut power silau (astigmatism).


      Sakit kepala dan rasa nak muntah, boleh dikawal pada tahap yang boleh diterima oleh mata.

      Tuan boleh jalani semula pemeriksaan mata dan cek semula parameter cermin mata tersebut.

      Padam
  2. Tuan,
    Saya baru sahaja menukar cermin mata dalam 5 hari... pada hari pertama & kedua saya mengalami masalah pening kepala dan rasa nak muntah...

    pada hari ketiga, saya dapati penglihatan saya ketika memakai cermin mata melengkung... lengkungan penglihatan saya seperti melihat melalui lensa fish eye...

    ketika memakai cermin mata ini juga, saya mengalami masalah imej menjadi double pada pandangan dekat... untuk makluman tuan, saya cuma mengalami masalah rabun jauh dan cermin mata saya juga dibuat untuk rabun jauh...

    apakah pandangan tuan terhadap permasalahan saya?
    terima kasih....

    BalasPadam

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...