Tentang saya


Assalamualaikum w.b.t,

Penglihatan bukanlah satu perkataan yang asing bagi semua orang yang mendengarnya. Melihat, nampak atau tengok selalu digunakan dalam perbualan seharian kita.

“Bola mata adik ke mana? Tu pun tak nampak?!"

Dialog ini banyak digunakan oleh ibubapa apabila memberi sebarang tugasan kepada anak-anak permata hati kurniaan Allah S.W.T ini.

Jika sedikit elemen emosi bernada keras semasa mengucapkannya, keyakinan anak-anak untuk menggambarkan situasinya akan terjejas. Berilah dorongan dengan kata-kata yang positif, lemah-lembut dan tunjukkan kita prihatin dengan aduannya. 

Pandang wajahnya dengan tenang, tunjukkan emosi kasih sayang kita dan dengarlah dengan penuh perhatian.

“Mula-mula adik nampak, lepas tu adik tak boleh nampak. Lepas adik pejam mata kuat-kuat, baru adik boleh baca buku yang Mama belikan. Bukan adik tak suka buku tu.”

Meruntunlah hati si ibu yang menyangka anaknya tidak suka akan hadiah hari lahirnya yang lalu. Sangkaan negatif adalah lumrah kehidupan, namun jika ia tidak dikawal, boleh memberi seribu satu penyesalan.

Catatkan setiap perkataannya dan jangan berputus asa untuk mendapatkan rawatan yang terbaik. Maklumat ini sangat penting kepada insan yang mendedikasikan seluruh hidupnya untuk menjadi PAKAR DALAM BIDANG PENGLIHATAN.

Golongan profesional ini dikenali sebagai OPTOMETRIS. 

Sesetengah ibubapa berasa yakin masalah anaknya tiada pertalian dengan penglihatan. Kerana secara fizikalnya tiada sebarang kecacatan. Anggapan seperti inilah yang perlu di ubah kerana masa depan mereka terletak pada tangan ibubapa sendiri.

Banyak reaksi ‘terkejut’ yang ditunjukkan oleh ibubapa apabila proses khidmat nasihat diberikan. Permata hati mereka ini bukan sahaja mempunyai mata yang kurang sensitif, malah ia lebih serius dari itu.

Ibubapa yang ada kemusykilan boleh PM saya di FB.



"Saya percaya apabila "skill" penglihatan diuruskan dengan baik, 

ia dapat mengubah erti kehidupan seseorang. 

Tidak kira ukuran kejayaan dalam apa jua kerjaya, mahupun pendidikan, 

penglihatan adalah langkah PERTAMA!


Shahrizal Redwan
Optometrist
Rizal Optometris

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...