Memaparkan catatan dengan label Cerita Kami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Kami. Papar semua catatan

Isnin, 4 Julai 2016

Mutiara Bisnes



Pasti ada jalan bila kita rasa terhimpit. Bila tidak mampu menempuhnya berseorangan, tempuhinya bersama pasukan.

Ia boleh jadi pihak yang paling kita cintai.

Pihak ini mendengar bukan untuk menilai, tetapi kerana mahu berkongsi emosi. 

Agar perasaan untuk bangkit semula itu, mudah untuk kita dimulakan.


-Shahrizal Redwan-
Rizal Optometris

Sabtu, 2 Julai 2016

Tip mencari buku bisnes yang kemungkinan besar boleh habis dibaca.

Sebelum beli, selak-selak dahulu. 

Kalau ada poin bawah, itulah yang kita wajib beli :

++++ Banyak mengambil cerita-cerita yang telah berlaku, sebagai sumber inspirasi dan contoh bagi menerangkan sesuatu.

++++ Banyak guna perkataan 'saya' dalam gaya penulisan.

++++ Ingat tujuan kita membeli buku. Nak cari tentang apa. Kalau tengah down, cari tentang 'think big', 'future', 'visualized'.

++++ Survey nama-nama penulis yang 'bestseller'. Apa buku yang hit.

++++ Masa memilih juga, selak dekat isi tajuk, awalan, tengah dan di akhir. Dapat gambaran gaya menulis. Kalau best, tangkap terus.

++++ Ada yang boleh dibaca seperti Novel, ada yang dibaca secara buku teks. Kena jelas cara membacanya ya.
.
.
Buku sesuatu alat yang boleh memberi cara kita berfikir dengan lebih baik.

Kadang-kadang stori didalam buku, seakan sama seperti yang kita hadapi sekarang.

Itu suatu bonus! Kerana kita telah bersedia, walau sekadar membaca.

Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Temukan jodoh bukanlah sesuatu yang mudah!!

Ada rakan sekerja kita ni dari dulu sampai la sekarang belum berpunya. Alih-alih pandangan, masih ditahap itu juga. Sendiri-sendiri sahaja...

Part paling susah bila kawan kita ni memilih sangat. Aduh! Tang ni suka, tang ni pula tak suka. Cancel sesaje.

'Maybe' jodoh belum sampai. Apa boleh buat..
.
.
Bila dalam fasa startup, kita perlu banyak berkorban. Dan itu bukan satu pilihan. Tak boleh nak pilih-pilih.

Itulah saja caranya nak lebih berjaya. Itu sahaja jugalah 'jodoh' kita.
.
.
Ada yang sanggup bertahun tinggalkan famili..

Ada yang sanggup habiskan apa sahaja yang beliau ada..

Semata-mata ingin sebuah kejayaan yang sangat bermakna.

Elon Musk pernah bercerita,
"Pendapatan saya dari Paypall adalah $180juta. Saya laburkan $100juta pada syarikat SpaceX, $70juta pada syarikat Tesla, dan $10juta pada Syarikat Solar City."

"Akhirnya, saya terpaksa meminjam duit untuk membayar duit rumah sewa."

Lihatlah kejayaan syarikat beliau sekarang.. Fuhh!!
.
.
Tidak perlu banyak pilihan untuk memilih 'jodoh'. Belajar dan bermentor pada orang yang telah mempunyainya.

Insha Allah, jodoh tu pasti datang dengan sendirinya.

'Jodoh' adalah kejayaan yang kita mahukan.

Start berkorban dengan bijak!

Shahrizal Redwan

Pergi kursus yang kita seronok sahaja, bukan penyelesai terbaik untuk bisnes.

Ada 3 perkara penting perlu fikir sebelum masa banyak dihabiskan dengan berkursus.

++++ Tahu apa maknanya angan-angan impian yang besar.

Orang yang sangat mahukan kejayaan, akan bermimpi hari-hari, apa yang mahu dicapainya. Sehingga ke semua pancainderanya 'berdetik' tanpa henti.
Dapatkan cerita orang-orang yang berjaya ini. Dengar dan belajar.

++++ Tahu membina kepercayaan yang tinggi untuk berjaya pada perkara yang mustahil.

Sebenarnya ia ada kaitan berapa konsisten kita mencuba sesuatu untuk berjaya. 

Barulah minda separa sedar mempercayai akan kesungguhan kita, sehingga 'diarahkan' cara berfikir dan tindakan kepada kejayaan yang diimpikan.

Masa ni kalau orang mengkritik, kita buat tak tahu sahaja. Jalan terus!

++++ Ilmu gaya mengurus dan berfikir.

Urus bisnes melalui gaya bossy atau nak secara 'leadership'. Banyak buku-buku yang bagus ditulis khas untuk menjawab persoalan ini.

Paling popular adalah cara berfikir, dinamakan sebagai 'Lateral thinking' atau 'strategic thinking'. Puan guru, Puan Ainon Mohd, memberi kelas tentang pemikiran lateral thinking dengan gaya yang cukup berkesan.

Banyak contoh diberikan untuk kita mula berfikir dengan lebih baik dalam cara urus bisnes kita.

Terima-kasih Puan Guru.
.
.
Ketiga-tiga perkara di atas adalah tentang diri kita. Sebab itu ramai pakar motivasi berkata,
"Tidak akan menjadi sesuatu kejayaan, jika penghalang utamanya adalah diri kita sendiri."

Mula ubah diri dengan memandang dari 'sudut' yang berbeza.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Jumaat, 1 Julai 2016

Bukan sekadar industri Optometri.

Bila kita banyak berjumpa dengan ramai ahli bisnes yang lain, lebih banyak idea dapat dikongsikan.

Bila berjumpa, satu soalan yang sering kami bertanya sesama kami,

"Bagaimana Tuan majukan bisnes?"

Maklumat berlainan industri, bila ditambah guna teknik Problem Solving by Design, lebih 'licik' kita dapat berbisnes.

Ahli ABS Optometri akan didedahkan akan konsep ini.

Sekitar kursus Problem Solving by Design oleh Puan Ainon.






Shahrizal Redwan
Optometris

Isnin, 20 Jun 2016

Optometris adalah penyiasat peribadi.

Orang yang belajar tentang Optometri - kita namakan Ejen Ali - sentiasa melakukan siasatan pada cara seseorang itu melihat.

Gadjet yang digunakan adalah mudah, jika beliau ingin tahu apa yang berlaku setelah menggunakan dua mata sama ada ketika di dalam kelas, ataupun didalam ofis.

Ali sentiasa mengambil inisiatif yang lebih, jika seseorang itu mengadu mempunyai kesan
+ Sakit kepala,
+ Lihat sesuatu dengan imej menjadi dua
+ Selalu nampak kabur tulisan yang hendak di baca.

Alat beliau yang paling popular adalah seperti Di dalam gambar.
.
.
Ejen Ali akan terus berusaha memberi kesedaran atas kecelaruan penglihatan ini. Kes mesti diselesaikan segera!

Senapang ringan (Ejen Ali guna RAF ruler).


Lightsiber Luke Skywalker (Ejen Ali guna Prism bar).


Cermin mata X-Men Cyclops (Ejen Ali gunakan Trial Frame)


Pekasam Kampung Kuak Kuala Kangsar.


Kalau lalu di Kampung ini, jangan lupa beli pekasam ikan sungai yang terkenal. Tanyalah peminat pekasam, disini rasa ikan dan berasnya lebih rangup!

Dulu-dululah, kawasan ini adalah sebahagian dari negara selatan Thailand. Diserahkan kepada British untuk menjadi kawasan jajahannya.

Asal dahulu kebanyakan penduduk disini adalah dari orang pattani. Setiap kali ingin pergi menangkap ikan, mereka menggelar aktiviti ini dengan loghat pattani, iaitu 'Kuak'.
Mungkin sebab itulah tempat ini dinamakan Kampung Kuak. ðŸ˜Š
.
.
Hari ini Team Rizal berada di Kampung Kuak. Melakukan servis dan jualan kepada penduduk sekitar. Free gift turut di sediakan pada yang berkunjung.
Terima kasih pada semua pihak yang menjayakan.
.
.








Rizal Optometris Kuala Kangsar, Ipoh Klebang, Kamunting.

Misi Kemasyarakatan Rizal Optometris


Bila ada ibubapa mencari sehingga 7-8 tahun, punca masalah yang dialami oleh anaknya. Beliau sihat, seperti anak-anak yang lain.

Tetapi rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. 

"Apa yang tidak kena?" Kata ibubapa bila saya saya terangkan jangkaan aktiviti/perlakuan anaknya, selepas 30 minit melakukan Ujian Cara Melihat.

Sebab hampir kesemuanya adalah betul sepertimana yang saya ucapkan.
.

TANDA-TANDA IA BERKAITAN MATA (PENGLIHATAN) :

Makin kerap sakit kepala, badan yang terlalu penat balik dari sekolah, silau yang keterlaluan, kerap tidur, lebih suka memejamkan mata dan sehingga kerap rasa nak muntah.
.

Siapalah yang dapat menidakkan suara hati seorang ayah, hati seorang ibu.

Bila di beritahu oleh saya, jika 7-8 tahun keadaan ini jika dirawat lebih awal, ia tidaklah 'terkesan' sehingga begini.
.

12 tahun saya dalam bidang OPTOMETRIS, mengajar saya sesuatu, ikhtiar lebih baik dari berdiam diri.

Tetapi gunakan medium yang betul, jika ada tanda-tanda seperti di atas, segera dapatkan rawatan.

Rawatan tidak semestinya hanya dengan ubat.





Gambar : Misi mencari pelajar yang mempunyai kecelaruan dalam sistem penglihatan. Rabun hanyalah perkara yang kedua.


-Shahrizal Bin Redwan, Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar, Ipoh Klebang, Kamunting.

Ahad, 1 Mei 2016

Guru Takraw angguk kepala sahaja!

Masa saya sekolah dulu, ada seorang guru yang ajar pasukan Takraw kami.

Lipat gulung, servis cara tajam, dan taktik-taktik tak terkalah. (Macam Power je kan? Hehehe.. Mainan ayat je tu..😊)

Beliau tak pernah marah-marah, herdik dan beri kata-kata yang melemahkan semangat.
Ya lah. Sekolah kami pun masa tu duduk dekat hulu.. Serba serbi tiada pendedahan.
.
Paling tak boleh lupa, setiap kali kami nak mulakan servis, beliau berdiri tepi gelanggang,
Kami pandang beliau lepas tekong dah siap kekudanya...

Beliau mengangguk seolah-olah berkata,

"Lepaskan SENJATA HEBAT! Taktik hebat kita!"

Lepas tu tekong melepaskan servisnya!
.
.
.
Paling best, kami tetap Kalah.. Hehehehe.
Konfiden kena ada bro! ðŸ˜†ðŸ˜†ðŸ˜†
Gambar ; Team Rizal berada di Institut Perguruan Guru di Ipoh.

Empat orang ahli Team bertugas hari ini! Good Job Team!


"Mata dan Penglihatan sesuatu yang berbeza Tuan.." Mungkin itulah kata-kata dari Tuan Kamil. Nampak pro lah!
Tuan Saleh mendengar 'luahan hati' pengunjung booth. Cayalah Tuan!

Sehingga hari ini, belum mampu lagi buat skill 'lenturan badan' ni.


Yang melaporkan,
-Shahrizal Redwan, Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar, Ipoh Klebang.

Soalan : Dipetik dari Facebook Tuan Azemi Ali.

Jawapan dari pakar optomeris Tuan Shahrizal Redwan berkenaan pertanyaan saya mengenai mengawal power kacamata.
Terima kasih tuan Rizal, saya post di sini untuk rujukan saya di masa depan. Kredit kepada tuan Rizal.
Tuan Azemi Ali, 
Soalan ini yang paling banyak saya terima.
Saya pernah diperkenalkan akan beberapa teknologi yang di khabarkan dapat mengawal power rabun. Terutamanya kepada kanak-kanak.
Ada yang saya mencubanya pada pelanggan saya, dan hasilnya tidak seperti diharapkan.
Malah ia mengganggu salah satu sistem penglihatan kita iaitu :
+ Cara mata anak kita bagi jelas sesuatu perkataan.
+ Cara mata anak kita mengawal dan guna dua-dua mata.
+ Cara mata anak kita 'gabungkan' imej mata kanan dan kiri menjadi satu imej 3D.
+ Skill bagaimana mata dan penglihatan itu sendiri dikawal oleh otak.
.
.
Pengalaman saya, setiap orang yang serius mahu mengawal power rabun jauh, adalah penting menilaikan dahulu ke empat-empat perkara di atas tadi.
Bila dinilaikan, baru tindakan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya, dirancang dan dinilaikan sehingga power telah mula menjadi stabil memgikut suatu tempoh masa.
Stabil maksudnya naik/turun power dalam lingkungan -0.50.
Pengalaman saya juga Tuan Azemi, dalam pecahan rabun jauh jenis dari 'Functional Myopia' paling banyak yang saya 'handle' berbanding dari jenis yang 'diwarisi'.
Jika anak Tuan dari jenis Functional Myopia, ada cara yang kita boleh ikhtiarkan.
Perlukan Optometris yang betul-betul mahir.
Saya kongsikan sedikit, walaupun ada kes kita telah berusaha mengawal power rabun seseorang, namun power beliau tetap juga naik.
Tetapi, kemahiran menggunakan mata (penglihatan) menjadi lebih baik berganda-ganda.
Tetap ada kesan yang positif.
Contohnya dahulu, boleh guna komputer/belajar 1-2 jam, kini dah berganda-ganda lebih lama.
Lebih baik dari segi produktif di masa hadapan.
Harap dapat membantu soalan Tuan. ðŸ˜Š

Adik comel main 'Hi-5' datang dari Pulau Pinang.


Semalam saya singgah kat cawangan saya atas satu urusan 'interview'. Adakah dia calon yang saya cari?
Tiba-tiba handphone bunyi "Keting ting.. ting.."
Bunyi email masuk.
Ada satu report yang di emailkan oleh Team saya di Kuala Kangsar, ada appointment pelanggan dari Pulau Pinang. Nak confirmation available tak esok (hari ini).
"Esok saya tak ke mana. CikPuan Afiqah call balik pelanggan tu ya." Saya terus call untuk maklumkan.
Pelanggan ini mempunyai anak berusia 5 tahun. Agak susah nak bekerjasama bila cuba di bawa di kedai lain.
Part ni isteri saya terus handle. Daripada beliau juga lah saya belajar bagaimana nak beri dorongan pada budak 5 tahun untuk suka dekat kita.
Bila dah suka, barulah kita boleh jalankan tugas sebagai seorang Optometris.
Tengah main 'Hi-5' (cara nak bagi budak seronok), kebetulan anak pelanggan lain juga datang,
"Nak juga!!" Tangan dah siap angkat. 
Sebab siapa 'Hi-5' dia dapat sticker comel.
Riuh satu kedai telatah anak-anak ni.
.
.

Terima kasih pada yang Like dan share page saya. (FB : Rizal Optometris).
Kerana tindakan anda menyebabkan ibubapa adik Aina, 5 tahun, lebih tahu apa yang berlaku dan isu-isu berkenaan penglihatan anak mereka.
"Rawatan awal, adalah jalan yang terbaik."

-Shahrizal Redwan, Optometris.
Rizal Optometris, Kuala Kangsar.

"Perasaan ni, bila ada anak je boleh tahu bro!"

Pagi semalam saya buat 'cover test' dengan tangan saya sahaja. Sebab masa tu tengah tunggu Van sekolah di hadapan rumah.
Saya terus buat test ni sebab masa tengah sembang-sembang, anak saya cakap,
"Papa, Tasneem kadang-kadang susah nak menulis."
Bergetar hati, berdebar perasaan. 
6 bulan sekali, saya akan cek mata permata hati sulung saya ni. 
Memang kuat membaca. Satu lagi suka menulis macam-macam stori.
.
Ujian ini sangat simple, ada juga saya ajarkan pada pelanggan yang datang jauh dari negeri Pahang. Dia bawa hanya seorang anak untuk dinilaikan oleh saya. Saya 'suspect' anaknya yang lain mungkin mengalami masalah yang sama.
Jangkaan saya tepat. 3 daripada 5 anaknya hadapi isu yang sama.
.
Berbalik pada anak saya tadi. 
Saya tutup mata belah kiri Tasneem (5-6 saat), sambil mengarahnya memandang hujung jari telunjuk saya (jarak dalam 40cm).
Bila saya 'buka' supaya Tasneem guna dua-dua matanya, mata kiri tadi masih mengarah keluar.
Masa inilah satu perasaan yang 'lain' dapat saya rasakan. Perasaan yang sama bila saya dapat tahu saya sendiri mempunyai 'Convergence Insufficiency'. Sebab itu masa belajar-belajar dulu, saya tak dapat 'perform' seperti orang lain. 
Tapi itu sejarah.
Bila anak saya pulang dari sekolah, saya siasat dengan lebih 'detail'. Satu persatu test saya buat untuk tahu sistem penglihatan mana yang mencetuskannya.
Ni kira 'ibu' dia. Dapat ibu dia, baru boleh susun cara rawatan untuk latih 'ketuanya' (otak), bagaimana nak 'adapt' dengan satu keadaan yang sangat berbeza ini.
Sebelum saya nilaikan penglihatan anak saya, saya bagi 'task' ni pada Hanun, Optometris muda yang semakin 'matang' mengikut cara Optometri saya.
Sah!
Penilaian sistem penglihatan Tasneem, oleh Hanun dan saya, adalah 90% sama.
Saya 'happy' dengan 'performance' Hanun, tapi perasaan terhadap anak saya ia jauh lebih hebat terasa.
Tanyalah siapa-siapa, kalau tentang anak, kita sanggup lakukan apa sahaja.
Ibu bapa sanggup datang jauh-juah, balik hari, semata-mata nak luangkan masa sejam dua hanya untuk cek mata anaknya dengan saya.
Tapi ikatan ini tidak pernah putus, kerana ada satu kepuasan pada mereka, 
"Mereka telah faham dengan sebenar-benarnya faham, kenapa anak mereka tidak lagi minat membaca seperti dulu. Penyesalan berlaku kerana mereka menggelar sendiri permata hati mereka, sebagai seorang anak yang pemalas."
.
.
Saya peluk anak saya, sambil kata,
"Kita buat cermin mata yang Tasneem suka ya."
"Lepas ni nanti, Tasneem boleh baca dan tulis macam dulu-dulu tanpa ada masalah."
Terus di balasnya, "Tasneem nak warna purple!"
Saya pun dah tetapkan latihan apa yang patut dilakukan. 
Satu persatu, khas untuk Tasneem.
.
Sehingga saat stori ini ditulis, 'perasaan' lain ini sentiasa bermain-main dalam jiwa dan perasaan saya sendiri.
Kalau member lelaki saya tanya, saya akan jawab,
"Perasaan ni, bila ada anak je boleh tahu bro!"
.
Tindakan kita sebagai ibu bapa? Nilaikan kemahiran mata anak kita semasa melakukan aktiviti membaca dan menulis.
Lebih awal kita tahu, lebih mudah untuk kita bantu permata hati kita.
Semoga terbuka pintu hati kita untuk sentiasa mengambil berat kesihatan anak kita. 
Termasuklah bagaimana anak kita melihat.
"Kejayaan dengan Penglihatan"


Shahrizal Redwan, Optometris.
Rizal Optometris, Kuala Kangsar.

Panadol SEPAPAN sehari : Encik Razak, "Buat apa nak pi tebang LALANG, jalan dah ada!"



Saya kenal dengan Encik Razak ni masa beliau meniaga nasi ayam di pasar malam Klebang Restu. Seorang yang ramah, tapi bila wayar dah bersambung untuk bersembang, payah nak 'putuskan' balik! Hehehehe..

Dua kali dah anak beliau buat cermin mata dengan saya. Katanya kali ini nak buat cermin mata fesyen ala-ala Kpop. Besar dan bulat!

"Boleh jadi tak, sebab power tak cukup, anak saya boleh sakit kepala? Sekarang dekat sepapan panadol sehari dia telan."

Sepapan?! Fuhh.. Sakit betul adik ni. Saya cakap, kita akan cek mata dulu untuk ketahui punca sebenar. Mungkin bukan sebab mata.

4 perkara yang saya akan cek kalau pelanggan mengadu sakit kepala ;

+ Berapa sensitif mata setelah dibetulkan power rabun.

+ Berapa kuat mata boleh melihat dekat, dengan jarak serapat yang mungin.

+ Bagaimana mata kanan dan kiri berinteraksi antara satu sama lain.

+ Berapa kuat stamina mata dapat buat kerja yang kita selalu buat.
.
.
Hasil saya cek, ada dua isu daripada 4 perkara di atas. Penerangan mudah diberi dan saya telah mencadangkan beberapa alternatif untuk menanganinya.

Lepas 2 bulan, anak perempuan Encik Razak dah tak bergantung pada sepapan panadol!

Lega lah sikit, sebab dah boleh bantu time Encik Razak meniaga. Dalam interview masa nak 'shoot' video testimoni, Encik Razak kata,

"Dulu saya tak tahu yang mata (penglihatan) ni boleh sebabkan sakit kepala. Bayangkan hari-hari saya kena sediakan sepapan panadol."

"Nasihat saya, cek mata di sini. Saya dulu macam-macam cara ikhtiar nak pulihkan sakit kepala anak saya. Jangan buat macam saya, nak kena TEBAS-TEBAS LALANG nak buat jalan. Sekarang ni ikut je jalan yang dah ada."
.
.
-Shahrizal Redwan, Optometris.
Rizal Optometris, Kuala Kangsar.

Sabtu, 30 April 2016

Sepetang di Rizal Optometris Klebang, Ipoh



Pagi tadi di Kuala Kangsar, petang ini di Klebang Ipoh.

Dalam tengah selak-selak buku karangan David Newman tentang marketing, isteri saya membantu staff menjual.

(Awak hari ini jadi mata-mata gelap! Hehehe).

4 tahun dulu kat kedai ni lah kami berdua sahaja yang jaga dulu.

Masuk seorang pelanggan, dengan mendukung baby comel yang kena 'balut' dengan kain biru, berkata ;

"Semua dah lain ya (staff), hari tu suami isteri je yang jaga dekat sini kan?"

Isteri saya terus menerpa dengan lembut, sambil lemparkan senyuman.

"Hah! Inilah dulu kan yang jaga sini?"

'Bersoreh' lah 'deme'... Rasanya banyak isu anak dan baby bulat tu..

Saya masih lagi dengan David Newman.😆
.
.
Dulu-dulu fikir, selamanyalah akan jaga berdua, rupa-rupanya bertahan 2-3 tahun sahaja.

Perancangan Allah itu lebih baik.



Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

6 Team, bergabung hasilkan SINERGI!

Mudah! Dahulu kita melakukannya seorang, kini bebanan kerja dibahagi-bahagikan kepada 'anak-anak Paus' yang layak! 192 jam mereka habiskan masa di dalam kelas training, masa untuk aplikasikannya.

Masing-masing mempunyai kepakaran sendiri setelah mereka melengkapkan sebahagian training yang dinamakan 'TRAINING 192' !

+ Team Optometrist : Lebih cekap melakukan kawalan cahaya yang masuk ke dalam mata pelanggan/pesakit (Refraction),

+ Team Marketing : Dapat mencuba teknik marketing yang telah di UPGRADE,

+ Team Customer Service : Dapat menilai layanan yang di sukai pelanggan,

+ Team R&D : Dapat buat penilaian idea-idea yang telah disenaraikan. Adakah sesuai untuk dilancarkan atau perlu lebih masa untuk memperbaikinya.

+ Team Sales : Dapat nilai lebih dekat apa sebenarnya yang diperlukan oleh pelanggan dari sudut pandangan mereka. Servis yang bagaimana, produk yang bagaimana..

+ Team Management Rizal Optometris Holdings : Menguji keberkesanan latihan yang diberikan, termasuk SOP yang telah disediakan.
.
.
.
Team Rizal kini berada di Kampung Tanah Merah, Kuala Kangsar. Jom kita tengok stori mereka melalui gambar dibawah.

-Shahrizal Redwan, 
CEO Rizal Optometris Holdings.

"Nombor giliran nak ambil mana?"
Persediaan untuk penglihatan dinilaikan.


Adik comel juga teruja!

CikPuan Afiqah yang memang pandai mewujudkan suasana yang disukai pelanggan.

CikPuan Fadhilah, Optometris, menunjukkan cara memakai 'trial lens' sebelum penglihatan adik ini di nilaikan.

"Mana satu la nak pilih ni..."


CikPuan Dila, (terkenal dengan kelembutan tutur bahasa) memberi penerangan hasil pemeriksaan mata tadi.

CikPuan Hanun, Optometris, melakukan 'Oftalmoskopi' untuk menilaikan kesihatan salur darah dan saraf di dalam mata. - Steadylah pakcik!


Penerangan dari Ketua Program, Tuan Zamani. Di apit oleh Tuan Ijal (spek atas kepala), CikPuan Hanun dan pelanggan (berbaju kuning) yang bersiap sedia untuk dinilaikan penglihatannya.


Tuan Saleh bertanya beberapa soalan tentang keadaan penglihatan, sebelum penglihatan pakcik ini dinilaikan.

Khusyuk adik ini mendengar penerangan Tuan Ijal. Apalah tajuk yang menarik minat adik ini.


Jumaat, 18 Mac 2016

Dato' 'Jerman', menyiasat kebenaran layanan .



"Dekat ofis saya, dah 3-4 kali saya dengar staff saya asyik cakap Rizal... Rizal..." 

Aiseh! Kuat suara pelanggan ni. Pakai baju kotak-kotak, rambutnya yang telah putih dan panjang, diikat di belakang.

Rugged tapi kemas!

Dah berumur hampir 60 an, tapi seorang yang cergas dan petah dalam berkata-kata.

"Staff saya yang 'suggest' supaya datang ke sini kalau nak buat cermin mata."

"Ni saya datang nih. Kalau ok saya buat."
.
.

Selepas cek mata, beliau berbual dengan masih memakai 'trial frame' (spek cek mata) dengan power yang baru tu. 

Paling banyak beliau memberi nasihat adalah bagaimana nak terus 'maintain' dalam berniaga. Nanti saya akan kongsikan nasihat-nasihat beliau.

Syarikat Tuan Shafie ini sentiasa usahasama dengan syarikat dari Jerman dalam bidang teknologi.

"Saya saja je pakai lama-lama spek ni. Saya nak tengok ok atau tak power yang awak bagi dekat saya."

Ini first time pelanggan nak pakai sampai dekat 30 minit spek cek mata tu.

"Ok, it's good!"
.
.
"Cermin apa yang terbaik untuk saya?"

Tuan Fendy mengambil alih dan memulakan langkah 'kekudanya' satu persatu untuk menjual. 

Beliau menggunakan teknik menjual '3-3'.

Tuan Shafie memilih kanta Multifokal yang mempunyai teknologi SynchronEyes dari Essilor.
.
.
Tuan Shafie stori pengalaman beliau bekerja dengan orang Jerman.

"Ada satu hotel tu pekerja dia 2 orang sahaja. Semua urusan hotel mereka buat. Kita patut ikut cara mereka bekerja dengan cekap."

"Style mereka kerja, tak buang masa. Habiskan kerja sepantas mungkin. Perkara lain dah jadi tidak penting."
.
.
"Actually, saya suka cara kamu semua layan saya. Dari mula saya masuk, cek mata dan cara terangkan lens dan frame. Ada selalu buat training ke?"

- "Selalu juga Tuan." jawab Tuan Zamani.

"Macam style orang Jerman! No wonder saya suka cara kamu semua."
.
.
.
Apabila kita mahukan sesuatu tahap kejayaan yang lebih baik, latihan secara konsisten perlu dilakukan.

Namun, yang lebih penting lagi, kita terlebih dahulu harus mempercayai kebolehan yang kita ada. 

Kebolehan itulah yang membezakan kita dari orang yang selalu berkata nak berjaya, tetapi tiada tindakan yang dimulakan.

"Kebolehan itu sebenarnya adalah KESUNGGUHAN."


-Shahrizal Redwan, Optometrist.
Rizal Optometris 

Billberry- Membantu memulihkan penglihatan?



Dalam persiapan untuk mengendalikan kelas Optometris esok, saya mendapat mesej dari Puan Z.

Adakah benar kesan pengambilan Billberry ini membawa kebaikan kepada penglihatan? (Ada gambar iklan yang beliau 'send' pada saya.)
.
.

Menurut Dr Evangeline Lausier, Pengarah Klinikal untuk Duke Integerative Medicine, Duke University,

"Pihak kami mendapat stori yang begitu 'seksi', Billberry ini dikatakan sangat bagus untuk penglihatan di waktu malam. Tapi ia tiada bukti yang kukuh."
.
.
Ada cerita lagenda bagaimana Billberry ini menjadi begitu popular sehingga ia dikaitkan dengan mata.

Semasa Perang Dunia ke-2, Juruterbang British Royal Airforce, telah mengebom kawasan musuh di waktu malam dengan ketepatan yang menakjubkan! Sebelum itu mereka telah makan roti yang telah disapu jem Billberry.

Cerita di atas tidak pernah diiktiraf akan kebenarannya. Penyelidik pula tidak dapat memberi bukti yang kukuh, kaitan Billberry dengan penglihatan yang lebih baik di waktu malam.
.
.
Dalam iklan tersebut ada di sebut 'anthocyanosides'. Ianya merupakan sejenis bahan kimia yang mempunyai tahap antioksida yang kuat dan bertindak sebagai agen anti-inflammatory (menghalang platlet darah dari bergabung antara satu sama lain).

Proses Oksidasi dalam tubuh, menghasilkan bahan 'radikal' yang boleh merosakkan sel-sel kita. Sebab itu Billberry mempunyai peranan yang penting untuk membuang radikal berbahaya ini.

Terdapat bukti juga ia boleh mengurangkan inflamasi yang berlaku pada retina (Lapisan dalam mata yang mempunyai saraf untuk melihat).

Dr David Kiefer dari University of Winconsin, berkata, Billberry mempunyai potensi untuk membantu dalam keadaan retinopathy (kerosakan salur darah pada retina), cirit-birit dan penyakit pada berkaitan dengan jantung.

"Tetapi ekstrak Billberry boleh mengganggu tugas sejenis ubat (dadah) yang digunakan untuk melancar dan mencairkan darah. Ubat ini diberi oleh doktor bertujuan untuk menghalang seseorang individu mendapat strok. Berhati-hati dalam penggunaan Blue berry dalam keadaan sebegini." tambah Dr KIefer.

Sumber : WebMD.
.
.
Apa kena mengena Blueberry dengan power rabun?

Artikel tentangnya akan menyusul dalam masa terdekat.

-Shahrizal Redwan, Optometris.




Wanita ini 'travel' hampir 80 km untuk 'survey' cermin mata.


"Saya nak tengok sahaja dulu ya!"
Seorang wanita lewat 50an masuk ke kedai bersama 2 anak lelakinya.
Isteri saya yang menyambut. Saya duduk di penjuru kedai tengah menyiapkan artikel tentang juling.
.
.
Selang 10 minit, isteri saya panggil,
"Tuan, minta tolong tengokkan pelanggan ni. Beliau hanya mahu gantikan cermin sahaja. Nak guna balik bingkai yang lama."
-Walaupun suami isteri, bila masuk 'mode bisnes', panggilan automatik bertukar dari 'abang sayang' kepada 'Tuan'. Hehehehe..
.
.
Saya duduk di hadapan wanita ini yang dari tadi tersenyum ke arah saya masa nak 'on the way'.
Saya 'belek-belek' spek yang jenis tiada bingkai kepunyaan wanita ini. Bila saya lihat dekat kaki spek bahagian dalam, tertulis jenamanya, iaitu SILLHOUTTE.
Oh! Ini brand femes yang NASA gunakan di angkasa lepas ni.
.
.
Saya tanya nama, dan wanita ini suka lagi dipanggil dengan nama Kak Fauziah. Seorang bekas guru dan baru beberapa tahun pencen dari pekerjaan yang paling mulia ini.
.
.
Banyak soalan yang beliau tanya dekat saya. Tak kurang 20 soalan ada rasanya.
Serius, bila orang banyak bertanya seperti Kak Fauziah ni, biasanya orang yang mungkin dah kenal saya. 
Tapi saya tak kenal akan Kak Fauziah!
.
.
.
Bila saya tengah adjust frame Sillhoutte ini di bilik makmal dispensing, sayup-sayup saya dengar Kak Fauziah bersembang dengan isteri dan staff,

"Kak tengok-tengok internet. Ada terjumpa blog Rizal. Adalah baca-baca sikit."

Oh! Padanlah macam dah kenal saya. Kenal di alam maya..
Tersengih saya sambil masukkan pelapik hidung yang baru pada frame Kak Fauziah.
Tapi part ni yang buat saya rasa terharu,

"Kak datang jauh ni. Tak pernah jejak kaki dekat kawasan ni lagi. Datang sebab betul-betul nak cari kedai Rizal."

Bila staff tanya beliau dari mana, rupanya nun jauh dari Sungkai, Perak. 
Berbesar hati saya menerima Kak Fauziah sebagai pelanggan istimewa kerana beliau menganggap,
"Jarak bukanlah suatu halangan atas apa yang kita mahukan."
.
.
Ia berlaku semalam, di Rizal Optometris cawangan Ipoh Klebang. Kebetulan Kak Fauziah tiba pada masa yang sama, ketika saya melawat sebentar cawangan ini.
"Rezeki Kak lah nih. Dapat cek mata dengan Tuan Kedainya." Kata Kak Fauziah.
.
.

Bagi mengelak cermin pecah dan rosak terlalu cepat, Kak Fauziah menempah kanta dari jenis Airwear, dari ESSILOR.
Cermin ini mempunyai ketahanan 12 kali lebih keras daripada apa yang dipakainya sebelum ini.
.
Kak Fauziah amat cermat bertanya dan bersungguh-sungguh mendengar 'hujahan-hujahan' saya bagi menggambarkan sesuatu keadaan penglihatan!
Saya melambaikan tangan sebagai ucapan selamat tinggal, ketika kereta Kak Fauziah bergerak pulang. Dalam hati saya berkata,
"Terima Kasih Kak Fauziah. Walaupun tinggal jauh, tetap sudi membeli di Rizal Optometris."

-CERITA DAH TAMAT-😆
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...