Memaparkan catatan dengan label Contact Lens (CL). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Contact Lens (CL). Papar semua catatan

Selasa, 23 Februari 2016

10 sebab cermin mata lebih baik dari kanta sentuh untuk sesetengah orang.



Kena faham ya, saya betul-betul maksudkan untuk 'sesetengah' orang. Kalau  kita tanya mana lagi ok, kawan kita yang pakai kanta sentuh, akan cakap kanta sentuh lah lagi baik. Tanya yang pakai spek, spek pula yang direkomennya adalah yang lebih baik.

Bagi saya, keduanya mempunyai kelebihan masing-masing. Dalam post kali ini saya nak ceritakan kenapa seseorang itu lebih sesuai memakai cermin mata berbanding kanta sentuh.

1- Rabun yang tinggi tetapi penggunaan 'Pupil Diameter' (PD) yang tidak tepat.
Bila penetapan ukuran PD tidak selari dengan titik fokus kanta pada spek lama, cara mata bergerak telah terbiasa dengan keadaan yang dinamakan 'kesan prismatik'. Kanta sentuh tidak memberikan keadaan ini. Mata akan cepat hilang tumpuan dan letih.

2- Mempunyai masalah Konvergen. 

Konvergen adalah kemahiran yang perlu ada untuk melihat sesuatu dengan kedua-dua mata (terutamanya pada jarak dekat). Kekurangan kemahiran ini akan memberi masalah untuk mata bertahan lebih lama ketika melakukan kerja-kerja dekat. Cermin mata dapat membantu mengurangkan masalah ini dengan tempahan khas.

3- Mempunyai mata yang juling nyata atau tersembunyi.

Kanta cermin mata boleh diwarnakan sedikit gelap (boleh digunakan waktu siang dan malam). Tujuannya untuk 'melindungi' sedikit mata yang juling, agar orang yang melhat tidak begitu perasan.

4- Mata sepek atau nampak sembam.

Masa belajar dahulu, cubalah juga pakai satu hari. Ramai yang menegur, wajah saya seperti orang yang baru bangun tidur. Mata pula nampak lagi sepet. Tapi yang peliknya, kenapa perempuan pakai nampak cute je? Haish! 

5- Mata rasa kering / kesat terutamanya yang bekerja dalam keadaan beraircond.

Kanta sentuh akan 'mengusik' sedikit cara air mata mengalir dan menyerap oksigen dari udara. Udara aircond yang kering akan memburukkan lagi keadaan kepada individu yang mempunyai kekurangan air mata. Cermin mata adalah pilihan yang lebih tepat.

6- Bukan seorang yang mementingkan kebersihan.

Kebanyakan kes jangkitan mata akibat kanta sentuh, berpunca dari segi kebersihan cara mengendalikannya. Kalau kita rasa kita tak cukup 'kental' jaga kebersihan, cermin mata pilihan yang lebih baik.

7- Bukan seorang yang berdisiplin.

Tidak berdisiplin dari segi syarat-syarat ketat yang tidak boleh dilakukan ketika memakai kanta sentuh. Contohnya tidak boleh dibawa tidur walaupun sekejap sahaja.

8- Bila tengok je wajah kita, respon member yang tak kenal kalau pakai kanta sentuh.

Kadang-betul-betul terasa dihati bila ada beberapa orang ingat saya ni 'orang asing' bila pakai kanta sentuh. Hahahaha..Tambah lagi kalau kita diam tak bercakap, lagilah mereka tak kenal kita dari jauh. 

9- Melakukan aktiviti pada persekitaran yang tidak terjamin akan faktor kebersihannya.

Contohnya, kerja-kerja pembinaan terowong bawah tanah.

10- Mempunyai masalah Akomodasi.

Akomodasi adalah satu sistem pada mata kita yang bekerja untuk bagi terang imej yang kita lihat. ia juga dikenali dengan nama Sistem Fokus. Masalah ini boleh dibantu dengan cermin mata khas.
.
.

Di praktis saya sendiri kanta sentuh lebih popular dari kalangan wanita. 


Cermin mata pula lebih banyak dipilih oleh golongan lelaki yang handsome ataupun yang sedang meningkat hansomenya.


Tidak salah juga kalau kita nak gunakan kedua-duanya dalam tempoh satu hari.


Shahrizal Redwan

Rizal Optometris Kuala Kangsar

Khamis, 26 November 2015

3 PERSONALITI seseorang, jika dia memilih SPEK atau KANTA SENTUH.

Orang yang pakai cermin mata kadang-kadang teringin juga nak pakai kanta sentuh. Tetapi hanya yang berjiwa KENTAL sahaja akan meneruskan niat itu. Ini kerana, rasa sakit dan pedih kali pertama pakai, tak semua orang sanggup! Jom tengok personaliti mereka.

Kalau pakai kanta sentuh, ini membuktikan anda seorang :

+ Spy yang hebat! Ala-ala macam agen perisik. Anda berjaya mengaburi orang lain yang anda sebenarnya rabun.

+ Penggemar Fesyen. Kanta sentuh pun boleh 'matching' dengan baju, tudung malah dengan kasut dan 'handbag'! Kan macam-macam warna ada untuk kanta sentuh.

+ Penyabar. Tak semua orang boleh sabar nak pakai, tanggal dan cuci kanta sentuh. Sebab itu lelaki paling kurang pakai. Adakah mereka tidak penyabar orangnya? Hehehehe...
.
.
.

Kalau seseorang itu pakai cermin mata pula, ini membuktikan dia seorang yang :

+ Berterus-terang. Dia tonjolkan pada dunia, "Aku memang RABUN yang sejati! Aku bangga!"

+ 'Sleek' dan simple. Mudah dengan mereka ni. Nak bersiap pun tup tap tup tap SIAP! Sebab itu suka cermin mata. Senang tanggal, senang PAKAI!

+ Orang yang bijak. Banyak kajian telah dibuat, orang yang pakai cermin mata akan nampak lebih pandai. Malah orang yang 'deal' dengannya juga lebih konfiden.
.
.
.
Tak kesahlah siapa diri anda yang sebenarnya, yang penting anda suka dengan cara yang anda pilih.

Kalau anda memilih style pakai spek dan kanta sentuh sekali?
Semua ciri personaliti di atas, anda yang punya!
😆😆😆

Gambar: Leonardo Da Vincci orang pertama yang mengilhamkan penciptaan KANTA SENTUH melalui idea lukisannya.
.
.

Rabu, 9 September 2015

PENGANTIN : PEREMPUAN pilih KANTA SENTUH, LELAKI ?


Minggu depan dah nak kahwin dengan pilihan hati. Baju dah tempah, kenduri da settle, semua kenalan dah bagi kad jemputan, emmm apa lagi ya?

“Oh! Cermin mata tak tukaq lagi. Camna boleh lupa ni? Nanti nak bergambaq tak nampak ummph la!”

Biasanya memang dah last minit baru nak tempah cermin mata. Tapi mana lagi ok ya? Cermin mata ke atau contact lens (CL) ? Kalau yang dah biasa pakai CL pasti tiada masalah, tapi yang jarang pakai atau tak pernah pakai?

Pergolakan berlaku dalam hati sebab tak tahu nak pilih yang mana. Bila dah sampai ke kedai, pergilah try cermin mata baru. Tapi spek untuk kahwin mana sama dengan yang pakai hari-hari. Ini hari penuh bahagia 'SAYA dan DIA’ . 

Aduh sekali lagi, spek ke CL, mana boleh pakai dua-dua skali.

Bila saya cerita dekat orang beza pengantin lelaki dan perempuan JURANGNYA SANGAT BESAR bila time memilih, tak semua percaya. Tak Percaya? Jom tengok alasan di bawah :

PENGANTIN PEREMPUAN - Lebih Suka Contact Lens kerana :
+ Mata boleh ‘bertukar warna’ - dengan CL warna yang terdapat di pasaran mungkin boleh disesuaikan dengan warna baju pengantin. Pilihan paling top : Brown, Green dan Grey. Terdapat juga jenis yang memberikan efek mata hitam menjadi lebih besar. 

+ Serlahkan makeup - Dah cantik-cantik ‘touch up’ wajah, takkan nak pakai cermin mata pula kan? Habislah ‘outline’ wajah nanti.

+ Masalah Bulu Mata - Kalau dah pakai maskara bagi panjang bulu mata, habislah kanta cermin mata cepat kotor. Kacau mood nanti nak berkepit dengan ‘Husband’. Asyik nak lap cermin mata sahaja. 

+ Nak tangkap gambar waktu menjeling kat ‘abang’ - Part menjeling ni best masa atas pelamin atau masa makan beradab. Fotografer nak shoot time ni.

PENGANTIN LELAKI - Lebih suka cermin mata kerana :

+ Mudah, Senang dan masih lagi Bergaya. 

Senang jadi LELAKI kan? 

Kalau pakai cermin mata pula, apa tips nak bagi gambar kahwin nampak lebih BERSERI sehingga menjadi GAMBAR WEDDING of THE YEAR ?

Jangan lupa LIKE page RIZAL OPTOMETRIS untuk tahu tips2 tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...