Memaparkan catatan dengan label Accomodation Dysfunction. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Accomodation Dysfunction. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Julai 2016

Gagal Akademik : Meningkat umur, anak kecil kita tidak boleh belajar lagi seperti dahulu.



Kecelaruan penglihatan pada pelajar, bukanlah sesuatu yang baru. Namun ia sentiasa dianggap berpunca dari rabun sahaja. Sebenarnya, ia lebih serius dari rabun itu sendiri.

Serius kerana ia melibatkan kejayaan pelajar di masa hadapan. Apabila dari tahun ke tahun telah belajar, bebanan kerja sekolah, masa belajar yang lebih lama, dan tulisan buku yang semakin kecil, mula memberikan bebanan kepada mata.

(Anak kita seperti cuba menjerit kepayahan yang dialami, tetapi sekadar mampu menjerit tanpa adanya suara. Mereka tahu ada yang tidak kena, tapi tidak tahu apa.)

Bila berlanjutan, mata akan lebih 'susah' untuk dikawal sehingga menyebabkan keletihan. Inilah punca kebanyakan pelajar yang mempunyai masalah ini, hilang tumpuan ketika sesi pembelajaran.
.
.

Semasa kali pertama berjumpa dengan Hakim, 13 tahun, beliau ada berkongsi cerita bersama kami,

"Sejak dari darjah 4, bila waktu malam, saya tak boleh baca lama-lama. Kalau buat juga, mula sakit kepala, terutama di bahagian dahi."

Hakim mempunyai kecelaruan yang dinamakan 'Accomodative Dysfunction'. Suatu keadaan yang melibatkan kekuatan sistem pemfokusan sesuatu imej, terutama sekali ketika melakukan kerja-kerja dekat.

"Beliau sendiri tidak mempunyai rabun."

Program menguatkan semula otot yang terlibat (pada mata) diberikan, dengan mengambil kira keseluruhan 'Visual Perception dan Perceptual Skills' beliau.

Skill ini melibatkan komponan yang ada pada mata dan kemahiran otak untuk menafsirkan sesuatu imej yang diterima.
.
.


Hakim agak terlewat mendapatkan rawatan.

Beberapa tahun yang lalu banyak dihabiskan masa berulang-alik ke klinik atas sebab masalah sakit kepala beliau itu.

Akhirnya, Doktor dari sebuah klinik (kami bekerja rapat dengan Doktor perubatan swasta sekitar), telah mengesyorkan Hakim menilai cara mata melihat di Rizal Optometris.

Ibu beliaulah yang sangat risau, kerana tahap belajar Hakim tidak seperti dahulu.
.
.

Kini telah 7 tahun kami melakukan saringan mencari pelajar yang mempunyai masalah penglihatan ini. Kami boleh kategorikan kepada 3 tahap kecelaruan bagi pelajar di sekolah, iaitu :

+++ Sihat dengan stamina mata yang kuat.

+++ Berpotensi mendapat masalah kecelaruan penglihatan, apabila aktiviti dekat bertambah.

+++ Mempunyai masalah kecelaruan yang nyata. Kebanyakan pelajar sendiri pun tidak tahu sebenarnya mata adalah puncanya.
.
.

Penglihatan adalah pancaindera yang paling banyak digunakan untuk memproses sesuatu ilmu agar ia mudah difahami. 

Terutama sekali untuk pelajar.

Inilah yang akan mendorong tumpuan yang lebih baik dalam pembelajaran.

Sebagai orang yang paling hampir dengan mereka, ambil kira juga penilaian prestasi penglihatan. 

Jadikan ia rutin tahunan yang wajib.

Bila dalam keadaan yang baik, mereka lebih berpeluang untuk mencipta masa depan yang lebih cerah.

"Kejayaan dengan Penglihatan."














Rizal Optometris.
Kuala Kangsar - Klebang Ipoh - Taiping.

Visual Teraphy : Menguatkan otot mata pelajar cemerlang untuk membaca buku lebih lama.

Bila seorang pelajar membaca, matanya akan digerakkan dari sisi-ke sisi dan perlu ikut turutan baris ayat. Bila letih dari biasa, pergerakan kedua mata tidak lagi bergerak dengan kepantasan yang sama. Seperti berlari dengan kaki yang terhenjut-henjut.

Semua ini boleh berpunca dari kemahiran 'gabungan imej' kedua mata. Ia memerlukan satu tahap stamina yang kuat (pada otot yang mengawalnya), untuk bertahan satu hari aktiviti.

Dalam kes pelajar, ia kemahiran yang amat penting dimiliki, dijaga dan diperkuatkan dengan Visual Teraphy dan cermin mata tempahan khas.

Setelah 7 tahun menawarkan servis ini kepada pelanggan Rizal Optometris, kami dapati, terapi ini harus di 'design' secara individu agar kesannya lebih positif.

Teknik Convergence, Accomodation dan Fusion digabungkan setiap kali dalam program rawatan yang diberikan.

Seperti kata ibu kepada adik yang berumur 6 tahun yang bersekolah Cina (banyak kerja sekolah dan membaca),

"Sepatutnya semua orang perlu tahu perkara ini. Otot mata juga perlu diperiksa. Bukan rabun sahaja!"

*Gambar Team Rizal melakukan ujian skill penglihatan pelajar di sekolah. 

"Mencari pelajar yang istimewa, agar mereka juga berpeluang untuk lebih berjaya!"


Rizal Optometris
Kuala Kangsar - Klebang Ipoh - Taiping

Sabtu, 30 April 2016

Tahun lepas 3 spek baru buat, tapi Malik masih RASA SILAU.



Siapa tak pernah rasa silau kan? Sikit-sikit tu tak apa lah. Tapi kalau keterlaluan? 

Sampai ingat puncanya sebab power, sebab cermin yang tak bagus, dan ada juga berpendapat kerana frame yang TAK CUKUP BESAR!

Nak buka mata pun tak boleh. Sedangkan orang lain tak anggap ianya silau yang sangat kuat dan mengganggu.

Tidak pada kita yang rasa.

Ini tandanya kita terlalu sensitif terhadap dedahan kepada cahaya, atau nama lainnya Fotofobia!

Selain dari penyakit, terdapat 2 punca utama yang selalu saya jumpa di praktis saya ;

+ Mata mempunyai masalah penglihatan Binokular.

+ Accomodation yang tidak cekap menjalankan fungsinya.

Kadang-kadang ia tiada kena mengena dengan power rabun pun.
.
.
Bagi yang tidak berapa faham makna 'binokular', ianya adalah hasil tindakan antara kedua mata untuk menghasilkan hanya satu imej 3D yang baik.

Accomodation pula berkaitan perubahan power yang terdapat pada kanta mata, apabila berubahnya jarak objek yang kita lihat. Ia memberi kejelasan pada imej (Saya lebih suka namakan ia Sistem Fokus).

Masalah ini boleh dirawat.

Pemakaian cermin mata khas, latihan yang berkala untuk 'mengajar' mata supaya lebih kuat menghasilkan satu imej 3D.

Latihan juga bertujuan menjadikan kanta di dalam mata seseorang menjadi lebih 'flexible'.

Oh terlupa pula, Malik berumur 22 tahun, student dari Universiti Malaya. Telah di diagnos, mempunyai Convergence Excess & Accomodative Excess.

Boleh dikatakan sudah ok, tetapi masih dalam pemantauan dan rawatan agar masalah ini benar-benar berjaya diatasi.

-Shahrizal Redwan, Optometris.
CEO, Rizal Optometris

Jumaat, 18 Mac 2016

Kecelaruan Cara Melihat (Episod 2) :7 ciri Sistem Fokus LEMBAB. (Accomodation Dysfunction)




Sistem fokus paling cekap berlaku ketika umur kita masih muda. Kehebatannya terserlah dengan fokusnya kepada sesuatu objek dengan masa 0.35 saat sahaja.
Tetapi tidak semua orang punyai kemampuan ini. 
Ini apa yang selalu pihak kami dengar aduan dari pelanggan kami :
+ Selalu mengadu mata kadang-kadang nampak kabur (melihat jarak jauh atau dekat) bila waktu petang/malam.
+ Silau pada waktu malam. Walaupun telah guna spek dengan power yang terkini.
+ Bila baca selalu terpaksa geleng-gelengkan kepala sambil mata terpejam (beberapa saat) untuk kembali fokus perkataan.
+ Sakit di kawasan dahi, kening dan di bahagian belakang kepala.
+ Hanya pada waktu cuti, mata tidak rasa silau ketika memandu.
+ Ada masalah menaiki kenderaan yang bergerak atau diri sendiri tidak boleh bergerak secara tiba-tiba. Akan pejamkan mata untuk cuba atasinya. ('motion sickness')
+ Jika pelajar : Dulu pelajar cemerlang, kini lebih sesuai digelar pelajar malas dan tidak cemerlang (kesan dari sistem fokus yang celaru).
.
.
Skill sistem fokus mata kita tidak berada pada tahap yang baik jika kita ada mengalaminya.
Ia boleh menjadi semakin serius jika tidak di beri rawatan dari awal.
Kebanyakan kes, mereka sangkakan ianya disebabkan oleh power rabun.

Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Semasa kita melihat sesuatu, akan ada 2 tindakan yang akan sentiasa kita buat :

+ Memandang tepat pada objek yang dilihat -dua-dua mata terarah pada objek tersebut (Sistem Konvergen).
+ Mata akan bagi jelas objek yang dilihat (Sistem Accomodation)
.
.
.
Pemakaian cermin mata berpower, perlu mengambil kira kesan power tersebut terhadap sistem Konvergen dan sistem Accomodation.
Jika tidak, ada sesetengah dari kita, lebih suka membaca tanpa menggunakan cermin mata.

-Shahrizal Redwan, Optometris.
Rizal Optometris

Jumaat, 11 Mac 2016

Juruaudit TIDAK dapat buat AUDIT kerana SAKIT KEPALAnya!

Pekerja saya yang tak kahwin lagi, ketuk pintu bilik cek mata.

Ketika itu saya tengah memberi latihan kepada Hanun, Optometris yang baru 6 hari diambil bekerja.

“Tuan, ada customer nak cek mata ya.”

- “Ok. Fendy panggilkan ya.” Balas saya. Saya cepat-cepat pesan dekat Hanun, ‘take note’ bila saya cek mata.

“Tuan Yusoff, kita cek mata sekali lagi dalam bilik ya.” Panggil Fendy umpama nurse klinik di hospital swasta. Hehehe..

Tuan Yusoff diekori oleh seorang wanita muda lewat 20 an, kelihatan sarat mengandung, berusaha mempercepatkan langkah. Pastinya isteri Tuan Yusoff.

- “Tuan Yusoff jemput duduk ya.” Kata saya sambil melapangkan tangan menunjuk ke arah kerusi yang dikhaskan.

Selepas Tuan Yusoff mengambil tempat di kerusi sebelah kanta berpower yang banyak tersusun tu, Fendy beritahu saya Tuan Yusoff kerap sangat sakit kepala. Minggu ini sakit kepala beliau boleh dikatakan setiap hari.

Tuan Yusoff bekerja sebagai Juruaudit dan banyak menghadap komputer dan laptop. 

Saya faham sungguh kerana AUDIT sesuatu yang tidak sama dengan kereta AUDI. Hehehehe..

Saya mengambil tempat, dan bertanya beberapa soalan yang akan menentukan ujian apa yang patut saya pilih untuk Tuan Yusoff.
.
.

Selepas 20 minit dengan 4 jenis ‘test’ yang telah selesai saya lakukan, saya beritahu pada Tuan Yusoff,

- “Mata Tuan tidak seperti orang lain. Mata tak sepatutnya bekerja 3 kali ganda lebih kuat dari biasa.”

Bermulalah soalan-soalan yang keluar dari mulut Tuan Yusoff dan isteri beliau, kerana ia sesuatu info yang sangat baru untuk mereka.

Ini part yang buatkan pasangan suami-isteri yang bahagia ini mengerutkan muka,

- “Mata Tuan kadang-kadang PAKAI SEBELAH MATA sahaja ketika membaca.” kata saya.
Sekali lagi.. Soalan demi soalan. Bertubi-tubi ditanya oleh Tuan Yusoff dan isterinya.

Lagak seperti saya tetamu jemputan dalam rancangan Nasi Lemak Kopi-O. ðŸ˜†
.
.
Tuan Yusoff mempunyai daya sifat ingin tahu yang kuat. Hanun yang duduk di sebelah saya, tak berhenti-henti mencatat setiap poin penerangan mudah saya pada Tuan Yusoff.

Akhir sekali, sebelum Tuan Yusoff keluar….. (Dengan info yang banyak kaitan antara penglihatan dengan sakit kepalanya),

Saya berikan solusi dengan mengatakan, 

“Cara yang terbaik adalah dengan merawat sistem penglihatan yang paling bermasalah dahulu. Ini dapat membantu sistem fokus Tuan Yusoff bekerja dengan cara yang sepatutnya.”

Tuan Yusoff mempunyai masalah ACCOMODATIVE EXCESS.
.
.
.

Jika kita sakit kepala yang agak kerap, seperti yang dialami oleh Tuan Yusoff, keseluruhan 4 sistem penglihatan perlu dinilaikan.

Penilaian ini akan dibuat setiap kali saya temui kes SAKIT KEPALA - menggunakan KOMPUTER, atau BELAJAR, iaitu :

+ Power rabun yang serasi (supaya tidak memburukkan lagi keadaan).

+ Sistem Fokus (Daya tahan, kepantasan, flexibiliti dan tindakan yang efisen).

+ Interaksi yang baik antara dua mata.

+ Kemahiran penting yang dihasilkan setelah imej diterima oleh otak. Contohnya kemahiran ‘menganggar jarak’.
.
.

Habis sesi Tuan Yusoff, Hanun kata dia puas, dapat belajar banyak perkara baru.


Gambar :
Hanun seorang Optometris graduan dari Universiti Bradford, United Kingdom. (Seorang yang sangat minat bermain dengan SALJI!)


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Khamis, 25 Februari 2016

"Tuan Rizal Menipu!!"

"Anak saya sangat yakin Encik Rizal ni menipu.." kata ibu seorang pelajar darjah 4, saya panggil Fitrah.

Saya memang tersentap! 

Peluh pula rasa nak terpercik keluar!

Nak tahu juga kenapa pelajar yang telah buat cermin mata dan rawatan dengan saya ini berkata sungguh-sungguh!

Bila tanya-tanya ibunya, juga seorang cikgu, anaknya tidak percaya matanya ada masalah. (Beliau mempunyai Accomodation Dysfunction dari jenis Accomodative Infacility, satu skill berkaitan dengan proses untuk bagi terang sesuatu imej)

Masuk bulan ketiga, pakai ke...tak pakai ke.. rasa sama sahaja! 

Pulak dah!!

Masa appointment, skill fokus Fitrah semakin baik.
.
.

Aduh!! Apa saya dah buat ni? Takkan salah kot diagnosis saya?

Ok.. Kalau saya yang silap, saya akan cuba perbaiki balik.
.
.
Tiba-tiba, kata-kata keramat lahir dari mulut ibunya,

"Masuk bulan ke-4 saya nampak ada perubahan besar pada Fitrah. Balik dari sekolah, tak adalah dia asyik nak tidur sahaja. Dah tak nampak penat sangat seperti dulu-dulu."

Fuhh! Lega!

Time ni rasa nak berlari dah dekat tepi pantai sambil jerit ALHAMDULILLAH!!

Terima kasih cikgu, bagi excercise jantung saya ni dengan berdegup kencang!!!



Shahrizal Redwan
Rizal Optometris Kuala Kangsar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...