Khamis, 25 Februari 2016

"Tuan Rizal Menipu!!"

"Anak saya sangat yakin Encik Rizal ni menipu.." kata ibu seorang pelajar darjah 4, saya panggil Fitrah.

Saya memang tersentap! 

Peluh pula rasa nak terpercik keluar!

Nak tahu juga kenapa pelajar yang telah buat cermin mata dan rawatan dengan saya ini berkata sungguh-sungguh!

Bila tanya-tanya ibunya, juga seorang cikgu, anaknya tidak percaya matanya ada masalah. (Beliau mempunyai Accomodation Dysfunction dari jenis Accomodative Infacility, satu skill berkaitan dengan proses untuk bagi terang sesuatu imej)

Masuk bulan ketiga, pakai ke...tak pakai ke.. rasa sama sahaja! 

Pulak dah!!

Masa appointment, skill fokus Fitrah semakin baik.
.
.

Aduh!! Apa saya dah buat ni? Takkan salah kot diagnosis saya?

Ok.. Kalau saya yang silap, saya akan cuba perbaiki balik.
.
.
Tiba-tiba, kata-kata keramat lahir dari mulut ibunya,

"Masuk bulan ke-4 saya nampak ada perubahan besar pada Fitrah. Balik dari sekolah, tak adalah dia asyik nak tidur sahaja. Dah tak nampak penat sangat seperti dulu-dulu."

Fuhh! Lega!

Time ni rasa nak berlari dah dekat tepi pantai sambil jerit ALHAMDULILLAH!!

Terima kasih cikgu, bagi excercise jantung saya ni dengan berdegup kencang!!!



Shahrizal Redwan
Rizal Optometris Kuala Kangsar

2 ulasan:

  1. sgt down bile cx xberpuas hati dgn prescription yg kite bg..rs nak ngs😭😭.. thx tuan.. tgh nak menjelajah all your artikel.. terbaik..

    BalasPadam
  2. Kalau 10 prang kita cek power, seorang mungkin tidak berapa selesa. Terima dengan hati terbuka, kita juga manusia.

    Paling penting, kita dah beri yang terbaik pada beliau. Kita jalan terus ya! ��

    BalasPadam

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...