Ada juga pelanggan tanya-tanya saya macam mana nak ambil ‘course’ Optometris ni. Biasanya mak-mak lah yang akan tanya untuk anak dia. Sampai anaknya duduk belakang mak dia supaya dapat menyorok dari saya! Hehehe..
Apa yang saya tahu pasal optometris, selama bertahun-tahun dalam bidang ni, akan saya kongsikan. Kot-kot lepas kita semua baca 10 perkara kat bawah membuatkan kita mahu memilih profesion Optometris untuk diri sendiri atau untuk anak kita yang masih tiada hala tuju untuk kerjayanya.
Jom kita lihat :
+ Habis tamat belajar, anda boleh dapat buat 3 cara dapatkan income. Kerja dengan ‘Gomen’, kerja di sektor swasta, ataupun bekerja sendiri dengan menjalankan bisnes berkaitan Optometri. Buka kedai spek hampir dengan rumah Mak pun boleh! 😊
+ Anda boleh cek mata sendiri! Kalau mahu lah! 😆
+ Boleh tukar cermin mata setiap minggu dan punyai koleksi cermin mata berpower paling banyak dalam satu-satu masa. YES!!!
+ Anda di gelar PAKAR PENGLIHATAN (walaupun masyarakat belum didedahkan sepenuhnya ; mata dan melihat tu perkara yang berbeza).
+ Tak perlu nak bedah-bedah. Pada yang bijak, tapi tak nak belajar ‘medic’ sebab TAKUT DARAH, patut ambil course Optometri! Sebab OPTOMETRIS tak main darah-darah.. Hahahaha..
+ Masa belajar Optometri, anda akan kerap dengar, “Yalah, Optometris ni memang susah cara belajarnya.” kata-kata dari student yang ambil course lain.
+ Belum Konvokesyen Universiti lagi, kita dah boleh start kerja di kedai cermin mata. Hari ini habis belajar, esok dah boleh kerja!
+ Masa belajar, ada panggilan khas untuk kita, PELAJAR OPTO @ PELAJAR OPTOM! Cool oooo... 😆
+ Jika anda ada syarikat sendiri (kedai cermin mata), anda akan dapat satu penyakit bila berjalan-jalan di khalayak ramai. Anda akan tengok cermin mata setiap orang yang memakainya, dan berkata dalam hati, “Style sekarang cam tu ek, kena dapatkan stok ni kat kedai aku!” Sehingga kini saya tak dapat sembuhkannya! :)
+ Kelas paling ramai tak minat masa belajar, adalah kelas BINOKULAR VISION. Kelas berkait rapat dengan cara kedua-dua mata kita bekerja sebagai satu pasukan. Pening Dowh!! Tapi kena lah lulus, syarat sebagai Optometris kan? Hehehe...
+ Hari-hari boleh try frame terbaru dan beratus-ratus pasang yang lain. Sehingga boleh cari frame yang terbaik, tercomel, nampak kurus, nampak cute dan hensem. Semua Optometris buat tau!
+ LAST SEKALI, kalau tak dapat jadi Optometris, jangan kecewa. Kalau bujang lagi, anda masih berpeluang cerah! Cari je pasangan kita tu seorang Optometris! Kalau kita pakai spek, adjust-adjust sikit, untung-untung 3 bulan sekali boleh tukar spek.. Hehehe..
.
.
Profesion lain juga banyak kelebihan dan juga cabarannya tersendiri.
Sekarang dah banyak Universiti di Malaysia hasilkan graduan Optometris. UKM (saya graduan 'U' ni), UiTm, UIA, dan beberapa Universiti swasta yang lain.
Sangat sesuai kalau pada diri anak (atau kita sendiri) yang minat nak berniaga tapi tak tahu nak niaga apa. Mungkin kedai Optometri adalah pilihan bisnes kita di masa akan datang.
"Kejayaan dengan Penglihatan"
Shahrizal Redwan, Optometris.
Rizal Optometris, Kuala Kangsar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: