Rabu, 24 Februari 2016

Fakta Mengarut (3) : Upgrade kanta yang lebih padat (high index), hanyadapat NIPIS & RINGAN sahaja. Sebenarnya ada 11 kelebihan lagi!



Perkara yang paling 'takut' pada seseorang yang mempunyai power rabun yang tinggi, adalah bila pakai spek, kantanya nampak sangat tebal.

Tetapi ada juga yang langsung tak kesah. Dia ok dengan tebal cermin tu. Baginya buat apa nak beli kanta yang lebih mahal kalau setakat bagi nipis dan ringan sahaja kan?

Tak salah pilih cermin yang lebih tebal, tapi kanta yang lebih padat, mempunyai banyak kelebihan lain selain hanya bagi nipis dan ringan sahaja.

Kita lihat apa 11 kelebihan itu : 

+ Pandangan nampak LEBIH LUAS. Ini kerana lebih nipisnya kanta, lebih banyak ruang yang boleh diihat oleh mata kita melalu kanta tersebut.

+ Kurang kesan mata letih bila pergerakan mata kerap dilakukan. Kanta berpower mempunyai ketebalan yang tidak sama. Ia menyebabkan keadaan yang dikenali sebagai 'kesan Prismatik'. Lagi nipis kanta yang dipilih, jurang ketebalan yang berbeza-beza pada permukaan kanta dapat dikurangkan. 

+ Jurang perbezaan power dari kawasan tengah dan sisi kanta dapat direndahkan perbezaannya. Jika memakai cermin power -200 DS, tidak semua permukaan cermin mempunyai power yang sama. Di kawasan tepi cermin, powernya lebih tinggi dari yang tengah. Lebih nipis kanta, jurang ini menjadi kecil dan sistem fokus mata dan pergerakan bola mata menjadi lebih efisen.

+ Respon kanta yang 'automatik gelap' lebih pantas pada cermin yang lebih nipis. Lebih pantas berubah gelap dibawah matahari, dan cepat berubah semula ke jernih di dalam rumah/ofis. Kanta ini juga dikenali dengan nama kanta fotokromik. (Kecuali kanta Crizal Transitions, kepantasannya berubah gelap dan jernih tidak dipengaruhi oleh ketebalan kanta).

+ Mata kita nampak lebih natural. Power yang tinggi boleh menyebabkan mata kita nampak lebih 'kecil' bila orang lain memandang mata kita (melalui kanta spek yang tebal tu). Tak moleklah kan?

+ 'Eye contact' yang kita lakukan pada orang yang kita temui, akan menjadi lebih berkesan. Orang yang melihat mata kita, tidak berasa penat kerana cermin yang nipis, seronok untuk dipandang. Jika cermin kita tebal, mereka akan kerap mengalihkan pandangan ke tempat lain.

+ Kanta lebih keras. Lebih keras kerana bahannya lebih padat. Ia akan beri ketahanan dari tekanan yang tidak mampu diterima oleh kanta yang biasa. 

+ Lebih banyak pilihan frame yang boleh dipilih dengan kanta yang lebih nipis. Kalau tebal sangat cerminnya, pilihan frame akan menjadi terhad pada segelintir jenama sahaja.

+ Penampilan nampak lebih meyakinkan berbanding spek yang tebal dan nampak berat. Seperti berjumpa dengan orang yang pakai smart dan orang yang pakai t-shirt sahaja dalam meeting.

+ Frame tidak mudah menjadi rosak bila kanta yang lebih nipis menjadi pilihan.

+ Spek tidak mudah terlucut dari wajah jika kita sukakan aktiviti lasak. (Salah satu ciri yang dititikberatkan dalam penghasilan Frame Sillhoutte, frame paling ringan didunia).

.
.
Walau apapun kelebihan yang ada, budget juga menjadi perkara yang penting. Pilihannya terletak ditangan kita sendiri.

Kalau kita jenis yang menunggu bertahun-tahun, baru tempah spek yang lain, ambil jenama kanta yang terbukti berkualiti. Contohnya kanta original JENAMA NIKON.

Nikon terkenal sebagai jenama paling dipercayai dalam mengatasi cermin yang tebal dan berat.



Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...