Sabtu, 6 Februari 2016

Kena tambah power juga ke? Takut sakit kepala dan pening!


Sesetengah dari kita yang mempunyai rabun, rasa takut dan fobia setiap kali nak tempah cermin mata baru. Kita takut power naik lagi, bila naik alamat tebal lagilah cermin mata kita. Duit kena korbankan lagi untuk upgrade cermin yang lebih nipis. Ahh KOPAK lagi!!

Ya, saya akui inilah ‘fear’ yang ramai orang rabun rasa. Sebab itu kadang-kadang jalan penyelesaiannya adalah dengan guna kanta sentuh. 

Yes! tiada lagi tebal dan cermin yang berat. 

Kalau kita seorang yang berdisiplin dan seorang yang sentiasa utamakan kebersihan, anda memilih alternatif yang tepat!

Tapi tidak semua orang layak memakai kanta sentuh. Bayangkan kalau anda tersilap langkah (berkali-kali pula tu..) tidak ikut cara pemakaian yang betul, rasa sakit ulcer yang kat bibir tu akan kita rasa dekat mata.

Malah, mungkin lebih sakit dari itu. Kalau masuk bulu mata pun kita dah tak berapa nak tahan, apatah lagi kalau ulcer di mata hitam.

Aduh!! Azabnya orang yang pernah kena sahaja yang faham. 
.
.

Nak kena tambah juga ke power spek? Tak suka la sakit kepala. Tak suka pening-pening ni.

Kebiasaannya mata perlukan 3-7 hari untuk belajar melihat dengan power baru ni. Semakin hari semakin selesa.

Tapi kalau lepas seminggu, mungkin power itu tak berapa sesuai dengan sistem atau cara mata kita 'bekerja' untuk melihat.

Terang untuk saraf, tapi 'seksa' untuk kompenan mata menjalankan fungsinya.

Wajib sekiranya penambahan power akan bantu penglihatan kita lebih baik dengan ambil kira,

+ Soal keselamatan. Apa jua aktiviti yang kita buat mesti aspek keselamatan di ambil kira. Kalau memandu, masih guna power yang tak berapa jelas, kita bahayakan diri sendiri dan orang lain.

+ Bantu mata kita bekerja dengan lebih baik. Mata ni buka tetiba sahaja nampak terang dan jelas. Ada ‘mekanisma’ yang berlaku di sebalik tadbir. Bila power ‘up to date’, proses ini akan lebih cekap dan kurangnya ‘stress’ setelah seharian digunakan.

+ Menghalang ‘kerosakan’ kepada kemahiran cara melihat. Kalau bekerja, hasil kerja akan makin merosot. Kalau masih belajar pula, tidak dapat nak dapat hasil akademik yang lebih cemerlang. Contohnya, bila diteruskan penggunaan power yang kurang, kita tidak dapat lakukan kerja dengan lebih lama. Kerana otot mata terlampau letih. Bila ini berterusan berlaku, sistem fokus mata akan menjadi lambat dan sukar mengekalkan imej yang stabil, terang dan selesa.

+ Kuatkan ‘kerjasama’ antara mata kanan dan kiri. Setiap mata kita akan hasilkan satu imej (maksudnya ada 2 imej sentiasa dihasilkan). Otak akan gabungkannya menjadi satu imej 3D. Bila terganggu dengan power mata yang kurang, otak terpaksa bekerja lebih keras. Jika berlarutan, sesetengah kes boleh menyebabkan  juling sekejap-sekejap. (Dia mai bila otak dah tak larat!).

+ Mengawal cahaya yang masuk ke dalam mata dengan lebih baik. Silau boleh berpunca dari pelbagai sumber. Salah satunya adalah dari penggunaan power cermin mata yang kurang. Bila penglihatan makin jelas, mata akan lebih cekap mengawal jumlah cahaya yang masuk.
.
.

Di praktis saya, imbangan antara jelas dan selesa ke atas power yang diberi, amat dititikberatkan kerana ia akan mudahkan mata menerimanya. Terutama sekali bagi mata yang jenis sensitif dengan sebarang perubahan power.

"Power yang terang tidak semestinya baik untuk semua keadaan. Ia boleh meningkatkan kemahiran cara melihat. Ia juga boleh merosakkannya. Penilaian penuh sebelum dan selepas pakai power yang baru perlu diambil kira, kerana sebarang kejayaan di masa hadapan, bermula dengan pancaindera kita yang terpenting, iaitu PENGLIHATAN."


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris Kuala Kangsar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...