Selasa, 16 Februari 2016

20 perkara tentang BISNES CERMIN MATA. Perkara last paling BEST.


Minat bisnes? 

Mungkin suatu hari nanti kita rasa-rasa nak bisnes kedai spek pula. 

Bolehlah tahu serba sedikit tentang bisnes ni.

+ Ramai yang tahu selok belok bisnes ni kata untungnya besar. Tapi kena gabungkan segala kos yang berkaitan. Ada syarikat yang terpaksa 'berkubur' bila tak kena gayanya.

+ Bisnes ini lebih kepada 'PERCAYA' pelanggan kepada syarikat dan orang yang menjual.

+ Perlu guna cara baru (untuk menjual), baru boleh bersaing.

+ Sale mudah 'naik menggunung' dan mudah juga 'jatuh merudum'.

+ Elak franchise jika nak jadi usahawan sejati!

+ Ramai sependapat, menjual dalam bilik cek mata lebih berkesan.

+ Mudah dapat pinjaman.

+ Perlukan 'certificate' Optometris untuk buka kedai cermin mata.

+ Tak perlu susah-susah cari stok, sebab stok akan datang sendiri (salesman datang ke kedai).

+ Salah satu cabang bisnes berkaitan kesihatan.

+ Pelanggan yang dah try beli dengan kita (dan berpuas hati) akan jadi pelanggan tetap selama mana kita menjaga mereka.

+ Buat sale pada orang yang baru nak pakai spek lebih mudah, daripada orang yang dah pernah beli spek di kedai lain (dan rasa ok dengan kedai tu).

+ Bina kelompok pelanggan yang pendapatannya stabil. 

+ Cermin mata yang 'terkehel' mesti pandai untuk baik pulih.

+ Kena jadi pakar 'fesyen' supaya boleh recommend frame yang sesuai dengan personaliti.

+ Kena ikut/sediakan stok yang 'up to date' dengan pasaran. Sekarang orang lebih suka frame plastik daripada besi.

+ Peluang buka kedai sendiri jika bermula dari bawah.

+ Ramai yang guna konsep 'pusat cermin mata keluarga anda' kerana, lebih banyak sale pada satu famili yang semuanya pakai spek.

+ Jurujual kena banyak belajar dan menghafal produk, kaitkannya dengan masalah pelanggan, baru jualan penuh bermakna akan berlaku.

+ Kalau tak ada sale, pejam mata kejap, masuk fasa 'rehat' bermula.. Hahaha..

Ada minat nak bisnes cermin mata? Hehehe..


-Shahrizal Redwan-
Rizal Optometris Kuala Kangsar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...