Kena faham ya, saya betul-betul maksudkan untuk 'sesetengah' orang. Kalau kita tanya mana lagi ok, kawan kita yang pakai kanta sentuh, akan cakap kanta sentuh lah lagi baik. Tanya yang pakai spek, spek pula yang direkomennya adalah yang lebih baik.
Bagi saya, keduanya mempunyai kelebihan masing-masing. Dalam post kali ini saya nak ceritakan kenapa seseorang itu lebih sesuai memakai cermin mata berbanding kanta sentuh.
Bila penetapan ukuran PD tidak selari dengan titik fokus kanta pada spek lama, cara mata bergerak telah terbiasa dengan keadaan yang dinamakan 'kesan prismatik'. Kanta sentuh tidak memberikan keadaan ini. Mata akan cepat hilang tumpuan dan letih.
2- Mempunyai masalah Konvergen.
Konvergen adalah kemahiran yang perlu ada untuk melihat sesuatu dengan kedua-dua mata (terutamanya pada jarak dekat). Kekurangan kemahiran ini akan memberi masalah untuk mata bertahan lebih lama ketika melakukan kerja-kerja dekat. Cermin mata dapat membantu mengurangkan masalah ini dengan tempahan khas.
3- Mempunyai mata yang juling nyata atau tersembunyi.
Kanta cermin mata boleh diwarnakan sedikit gelap (boleh digunakan waktu siang dan malam). Tujuannya untuk 'melindungi' sedikit mata yang juling, agar orang yang melhat tidak begitu perasan.
4- Mata sepek atau nampak sembam.
Masa belajar dahulu, cubalah juga pakai satu hari. Ramai yang menegur, wajah saya seperti orang yang baru bangun tidur. Mata pula nampak lagi sepet. Tapi yang peliknya, kenapa perempuan pakai nampak cute je? Haish!
5- Mata rasa kering / kesat terutamanya yang bekerja dalam keadaan beraircond.
Kanta sentuh akan 'mengusik' sedikit cara air mata mengalir dan menyerap oksigen dari udara. Udara aircond yang kering akan memburukkan lagi keadaan kepada individu yang mempunyai kekurangan air mata. Cermin mata adalah pilihan yang lebih tepat.
6- Bukan seorang yang mementingkan kebersihan.
Kebanyakan kes jangkitan mata akibat kanta sentuh, berpunca dari segi kebersihan cara mengendalikannya. Kalau kita rasa kita tak cukup 'kental' jaga kebersihan, cermin mata pilihan yang lebih baik.
7- Bukan seorang yang berdisiplin.
Tidak berdisiplin dari segi syarat-syarat ketat yang tidak boleh dilakukan ketika memakai kanta sentuh. Contohnya tidak boleh dibawa tidur walaupun sekejap sahaja.
8- Bila tengok je wajah kita, respon member yang tak kenal kalau pakai kanta sentuh.
Kadang-betul-betul terasa dihati bila ada beberapa orang ingat saya ni 'orang asing' bila pakai kanta sentuh. Hahahaha..Tambah lagi kalau kita diam tak bercakap, lagilah mereka tak kenal kita dari jauh.
9- Melakukan aktiviti pada persekitaran yang tidak terjamin akan faktor kebersihannya.
Contohnya, kerja-kerja pembinaan terowong bawah tanah.
10- Mempunyai masalah Akomodasi.
Akomodasi adalah satu sistem pada mata kita yang bekerja untuk bagi terang imej yang kita lihat. ia juga dikenali dengan nama Sistem Fokus. Masalah ini boleh dibantu dengan cermin mata khas.
.
.
Di praktis saya sendiri kanta sentuh lebih popular dari kalangan wanita.
Cermin mata pula lebih banyak dipilih oleh golongan lelaki yang handsome ataupun yang sedang meningkat hansomenya.
Tidak salah juga kalau kita nak gunakan kedua-duanya dalam tempoh satu hari.
Shahrizal Redwan
Rizal Optometris Kuala Kangsar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: