Khamis, 18 Februari 2016

Awas!! 3 fahaman BAHAYA untuk anak yang masih belajar di sekolah.


Fahaman BAHAYA :

"Pakai power rabun yang lebih rendah (dari yang sebenar) boleh control power rabun supaya tak naik banyak."

"Jangan tukar spek cepat sangat, nanti power cepat naik."

"Jangan buat spek lagi, power rendah lagi tu. Bila dah start pakai nanti, lagi bertambah power!"
.
.

Jika fahaman ini diguna pakai oleh seseorang yang telah dewasa untuk dirinya sendiri, mungkin tidak mengapa (walaupun saya kurang bersetuju).

Kerana..

Orang yang telah dewasa mempunyai hak untuk buat keputusan sendiri.

Tapi....

Elaklah gunakan fahaman ini pada anak-anak yang kita kasihi. Fahaman seperti ini, memberikan kesan negatif untuk dalam tempoh jangkamasa yang panjang pada mereka.
.
.

Sebagai kanak-kanak, mereka banyak belajar dengan menggunakan penglihatan mereka seharian. Imej yang dihasilkan oleh mata perlulah jelas untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian.

Jika bertahun-tahun power atau rabun mereka tidak dibetulkan, keadaan yang digelar mata malas atau 'Lazy Eye' boleh berlaku. Mata tidak lagi berupaya untuk menghasilkan imej yang jelas, walaupun telah diberi power yang sebenar. 
.
.

Power yang sentiasa 'up to date' perlu dilakukan sekurang-kurangnya 6-12 bulan sekali. 

Ibubapa yang komited dan telah faham cara tingkatkan kualiti penglihatan anak mereka, saya dapati anaknya mempunyai kesan yang sangat positif :

+ Membaca lebih pantas.

+ Sistem fokus untuk bagi terang imej yang jauh ke imej yang lebih dekat (atau sebaliknya), lebih cekap dan berdaya tahan untuk sepanjang hari. Skill ini penting untuk pelajar semasa menyalin nota di dalam kelas.

+ Jarang punyai masalah juling (nyata atau tersembunyi).

+ Result akademik yang lebih baik dan konsisten.

.
.
Dalam satu kajian yang dilakukan di Malaysia pada tahun 2002, seramai 94 orang yang berumur antara 9 hingga 14 tahun dibahagikan kepada 2 kumpulan : Satu kumpulan gunakan power yang sepatutnya, satu kumpulan lagi gunakan power yang lebih rendah dari yang sepatutnya.

Selepas 2 tahun, pengkaji mendapati, kumpulan yang diberi power rendah, mempunyai penambahan power rabun yang jauh lebih tinggi.

Bahasa mudahnya, power yang tak cukup, akan bagi rabun menjadi lebih tinggi powernya.
.
.

Saya juga temui ramai pelajar yang dah lama tak tukar spek baru, rata-ratanya 3 tahun ke atas, akan punyai salah satu masalah di bawah (atau kedua-duanya sekali) :

+ Accomodation Dysfunction. Kanak-kanak itu punyai masalah untuk fokus dengan baik pada sesuatu imej.

+ Vergence Dysfunction. Tindakan skill ketepatan kedua-dua mata melakukan pergerakan untuk melihat objek, disertai sekali dengan sistem fokus.

.
.
Kita akan mudah berikan rumusan seperti :

+ Anak kita memang pemalas nak baca buku.

+ Anak kita ni semulajadinya memang tak bijak.

+ Dia tak minat nak belajar. 

+ Tak suka membaca.

+ Suka ponteng kelas.

.
.
Banyak kes saya jumpa, anak-anak ini sebenarnya bijak.

Cuma 'persekitaran' untuk belajar bagi anak-anak kita, tidak berada pada landasan yang betul.

Sebagai ibubapa, bila kita telah buang 3 fahaman di atas, dituruti dengan tindakan untuk perbetulkan keadaan penglihatan anak kita, barulah mereka dapat belajar dalam keadaan yang cukup mudah, selesa, lebih lama dengan daya tumpuan yang tinggi.

Siapa tak nak anak kita cemerlang dalam akademik kan?

Semuanya terletak pada tangan kita sendiri (untuk buat keputusan) kerana tugas kita kepada anak-anak yang sedang belajar, bukanlah untuk memaksa mereka belajar rajin-rajin, tetapi wujudkan persekitaran yang selesa untuk mereka belajar.

Dengan harapan, minat belajar akan lebih terkesan. 

Salah satunya, ialah dengan wujudkan penglihatan yang baik dengan satu niat yang suci, demi kejayaan masa depan anak-anak kita.

"Kejayaan dengan Penglihatan"


-Shahrizal Redwan.
Rizal Optometris, Kuala Kangsar, Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...