Rabu, 17 Februari 2016

20 Cara nak jadi Optometris A+ pada mata pelanggan.


Profesion sebagai Optometris bukanlah sesuatu yang mudah, bila kita betul-betul komited mahu masyarakat menjaga, dan memahami perkara berkaitan dengan penglihatan mereka. 

Jangkiti masyarakat dengan pengetahuan yang kita ada. Sama ada dari segi cara kita bercakap, tindakan, mahupun cara kita mendengar.

Ini pendapat peribadi saya, dan saya telah aplikasikannya selama bertahun-tahun.

+ Kena suka dahulu jadi seorang Optometris. Orang barat gelarkannya 'passion'. Kalau kita lebih minat perkara lain, dan bidang Optometris jatuh nombor 2, tercalar sikit nak dapat A+ tu. Tapi kalau kita bijak, kita boleh sinergi kedua-dua bidang tersebut.

+ Jika ada kesalahan pemberian power (kadang-kadang bukan salah kita), akui kesilapan dengan berkata "Hari itu saya dah cuba beri power yang terbaik, tapi saya juga manusia biasa. Kita cuba cek mata sekali lagi ya." 

+ Bercakap dari hati. Kalau kita berjaya terangkan sesuatu dengan dilapisi emosi empati, ia akan jadi suatu keadaan yang tidak akan mudah dilupai oleh pelanggan.

+ Wujudkan proses cek mata dalam keadaan yang sangat 'fun', dengan penuh hormat dan bersabar (dengan beri masa yang secukupnya untuk pelanggan respon).

+ Guna perkataan mudah. Gantikan perkataan ‘kompleks’ kepada yang simple dan bermakna. Contoh Akomodasi kepada Sistem Fokus. Konvergen kepada kerjasama antara mata kanan dan kiri.

+ Minta izin, dan terangkan setiap tujuan 'step' cek mata kita. "Saya akan tutup mata kiri dulu ya.." Bukan terus letak 'occluder lens' siap-siap, lepas tu terus suruh pakai trial frame tu.

+ Wajib tanya nama apa yang suka dipanggil oleh kita semasa sesi cek mata. Kalau namanya Karim Bhai, takkan terus nak panggil Tuan Bhai ya dak? 

+ Jadi Kreatif untuk menerangkan sesuatu keadaan - gunakan metafora mudah. Contohnya sistem fokus diandaikan seperti kamera.

+ Baca artikel luar negara untuk tahu tips yang digunakan oleh optometris luar negara. Mungkin kita boleh aplikasikannya di sini.

+ Mengajar pada staff asas-asas masalah penglihatan. Agar jualan produk boleh diserasikan dengan keadaan penglihatannya.

+ Tegur pelanggan diluar, bila tidak jalankan refraksi. Sembang santai, tanya khabar, dan salam alu-aluan.

+ Bersabar jika pelanggan tidak beri kerjasama ketika refraksi dilakukan. 

+ Sentiasa beri lebih kepada pelanggan. Tips, kongsi cerita, dan info yang sangat berguna untuk beliau.

+ Jadi pendengar yang sangat baik. Agar masalah sebenar beliau dapat difahami dengan jelas. Salah satu cara yang baik untuk mendengar, adalah dengan cuba mengulangi semula kata-kata pelanggan, agar ia tidak lari dari maksud sebenar, apa yang pelanggan cuba sampaikan.

+ Ingati setiap orang yang pernah datang cek mata dengan kita. Tegur seolah-olah kawan lama yang dah lama kita tak jumpa. Tak ingat nama pun tak apa. Janji ingat wajah! 

+ Kalau kita cuba menjual produk, jangan banyak sangat guna teknik memujuk. Guna teknik kredibiliti. Beri 3 info terbaru, kaitkan produk dengan masalah penglihatan, dalam keadaan yang tidak memaksa atau terlalu bersungguh-sungguh.

+ Sediakan skrip apa yang perlu di cakap oleh staff kalau pelanggan ada bertanya soalan. Contohnya "Kalau nak laser mata supaya tak pakai spek dah, ok tak?" .. Sediakan skripnya.

+ Bagi freegift pada kanak-kanak bila dah cek mata mereka. Sticker bergambar pun dah cukup happy bagi mereka.

+ Kena 'master' cara kita syorkan sesuatu fesyen cermin mata. Agak mudah asas nak melakukannya. Lihat dengan pandangan ikhlas, komen juga perlu ikhlas dari hati. Ambil kira perkara berkaitan seperti keselesaan dan kesesuaian cara pemakaian seseorang individu.

+ Tugas paling utama seorang Optometris yang bertaraf A+ pada pandangan pelanggan adalah bagaimana kita wujudkan 'ikatan' antara kita (Optometris) dengan mereka. Ikatan jenis kredibiliti (berasaskan kepercayaan) akan lebih bermakna.

.
.

Pengiktirafan dari segi akademik, jauh lebih mudah untuk dapatkannya, berbanding pengiktirafan dari orang ramai.

Orang ramai pula, perlu menilai dari pengalaman mereka berurusan dengan kita, sebelum mereka mengatakan,

"Ya! Dia seorang Optometris yang hebat (A+)!!"

-Shahrizal Redwan-
Rizal Optometris Kuala Kangsar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...