Ahad, 21 Februari 2016

20 perkara perlu buat, jika cita-cita kita ingin berjaya berniaga seperti bos kita.



Saya juga berpeluang bekerja dengan syarikat lain dalam industri yang sama. Tetapi ada beberapa skill yang saya rasa tidak berpeluang untuk asah kemahiran berniaga ini.

Skill ini boleh dicari semasa kita berkuli. 

Dan saya rasa kita patut 'alaminya' dahulu supaya kita lebih bersedia untuk berdiri atas kaki sendiri.

Ini pendapat saya, setelah hampir sepuluh tahun saya jalankan bisnes kedai cermin mata.

Ia boleh juga dijadikan panduan untuk industri yang lain.

+ Elak lihat berapa banyak gaji majikan nak bagi, tapi lihat nilai latihan dan pengalaman yang akan diberi. Inilah sebenarnya yang tidak ternilai!

+ Bekerja seperti syarikat itu kita yang punya.

+ Buat catatan ilmu dan pengalaman dalam buku khas.

+ 'Think Big'. Fikirkan bagaimana nak tingkatkan lagi sale majikan. Berbincang terus dengan majikan tentang idea-idea yang kita telah fikirkan.

+ Selalu ajak majikan minum kopi. Kata-kata nasihat majikan di luar waktu normal berkerja, umpama butiran permata yang terpancar keluar.

+ Dapatkan kepercayaan dari majikan 100%. Barulah majikan akan ajar atau beri tips, untuk lebih berjaya dalam industri yang kita minat itu.

+ Kerap bertanya soalan pada majikan. Bagaimana nak siapkan lebih cepat ke, ataupun bagaimana cara nak buat marketing.

+ Minta pada majikan serapkan kita pada team marketing. Pengalaman ini yang agak penting agar kita sudah ada asas bagaimana ia dilakukan.

+ Membaca buku/artikel perkara yang berkaitan dengan industri. Kajian dibuat, orang yang membaca selama 3 jam sehari akan lebih mudah untuk berjaya mencapai apa yang diidamkan.

+ Belajar menulis artikel. Ini akan menajamkan lagi fikiran kita dalam membuat keputusan mencabar setelah membuka syarikat sendiri nanti.

+ Belajar bagaimana industri lain dapat berdaya tahan dalam menjalankan perniagaan mereka. Masukkan dalam buku catatan.

+ Tetapkan matlamat yang jelas, jika kita nak buka kedai suatu hari nanti, kita nak kedai sale bagaimana, staff berapa ramai dan pelanggan yang bagaimana. 

+ Segala strategi dan misi untuk berniaga sendiri perlu ditulis pada kertas dan sentiasa dibaca dengan suara yang kuat, agar minda separa sedar kita mempercayainya.

+ Jika anda percaya tempat kerja anda sekarang tidak akan membantu anda dalam menguruskan perniagaan itu kelak, letakkan jawatan dan cari syarikat lain.😬

+ Bekerja kerana ada orang yang boleh mengajar kita, bukan kerana populariti sesebuah syarikat yang besar.

+ Buat list teman sekerja yang boleh bantu kita lebih berjaya dan mahir. Berkawan baik dengan mereka. Rakan yang lain tinggalkan sahaja!

+ Bekerja atau berkuli sekurangnya 3-4 tahun dalam satu-satu industri itu untuk syarikat yang mempunyai jualan yang sederhana.

+ Syarikat yang sangat pentingkan budget adalah ciri-ciri syarikat yang berdiri atas 'budaya bermula dari susah'. Inilah syarikat yang perlu kita pilih dalam mewujudkan sifat sebagai usahawan yang sejati.

+ Kita akan banyak belajar pada syarikat yang masih kecil dan sedang membangun. Amat bertuah jika kita bersama-sama membangunkan syarikat ini sehingga ia berjaya. Pengalaman yang amat berharga!

+ Sumbangkan sesuatu yang amat terkesan pada sale atau 'sistem' syarikat majikan. Beliau akan kenang jasa kita dan akan meminjamkan 'networking' beliau untuk membantu dalam perniagaan yang kita tubuhkan. Kita akan lebih pantas maju ke hadapan daripada pesaing!
.
.
Pengalaman ketika 'berkuli' amatlah tidak ternilai.

Bersabar dan bermatlamat yang jelas, amat membantu dalam proses ini.

"Cipta lebih banyak PELUANG, akan wujudkan lebih banyak TUAH untuk kita lebih BERJAYA!"

-Shahrizal Redwan, Rizal Optometris.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...