Memaparkan catatan dengan label Aksesori cermin mata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aksesori cermin mata. Papar semua catatan

Selasa, 8 Mac 2016

Cermin Mata canggih ANGKASAWAN : 'Superfocus Glassess'.

Saya meminati bidang angkasa ini sejak dari kecil lagi. 

Antara yang menarik bagi saya buat masa ini adalah, cermin mata yang dipakai oleh angkasawan. Frame dia berbentuk BULAT, trend yang agak digemari semula.

Menurut Dr C. Robert Gibson, seorang konsultan penglihatan NASA, purata umur untuk seorang angkasawan NASA adalah 48 tahun.

Keadaan ini menjadi suatu masalah kerana kebanyakan orang yang berumur 40 tahun ke atas, mempunyai rabun dekat.

Kanta jauh dan dekat (sekali) pula tidak begitu sesuai digunakan di dalam kapal angkasa.

Maka terciptalah cermin mata 'adjustable' ini.
.
.
.
Jika dilihat pada gambar, pada bahagian depan kanta akan diletakkan power rabun, dan pada bahagian belakangnya, terdapat kanta flexible yang diisi dengan cecair jernih.

Kanta flexible ini boleh menjadi tebal dan nipis dengan menarik 'butang slider'. Teknik ini akan membolehkan angkasawan melihat jarak dekat atau jarak jauh pada bila-bila masa tanpa ada gangguan 'distortion' (yang terdapat pada cermin mata yang mempunyai power jauh dan dekat sekali).
.
.
Cermin mata ini dicipta oleh Dr Stephen Kurtis,
dan ia dinamakan 'Superfocus Glassess'.

Gambar ke dua : Angkasawan Ben Alvin Drew,
memakai 'Superfocus Glassess' di dalam kapal angkasa Discovery.



Shahrizal Redwan
Rizal Optometris 

Rabu, 24 Februari 2016

Fakta Mengarut (3) : Upgrade kanta yang lebih padat (high index), hanyadapat NIPIS & RINGAN sahaja. Sebenarnya ada 11 kelebihan lagi!



Perkara yang paling 'takut' pada seseorang yang mempunyai power rabun yang tinggi, adalah bila pakai spek, kantanya nampak sangat tebal.

Tetapi ada juga yang langsung tak kesah. Dia ok dengan tebal cermin tu. Baginya buat apa nak beli kanta yang lebih mahal kalau setakat bagi nipis dan ringan sahaja kan?

Tak salah pilih cermin yang lebih tebal, tapi kanta yang lebih padat, mempunyai banyak kelebihan lain selain hanya bagi nipis dan ringan sahaja.

Kita lihat apa 11 kelebihan itu : 

+ Pandangan nampak LEBIH LUAS. Ini kerana lebih nipisnya kanta, lebih banyak ruang yang boleh diihat oleh mata kita melalu kanta tersebut.

+ Kurang kesan mata letih bila pergerakan mata kerap dilakukan. Kanta berpower mempunyai ketebalan yang tidak sama. Ia menyebabkan keadaan yang dikenali sebagai 'kesan Prismatik'. Lagi nipis kanta yang dipilih, jurang ketebalan yang berbeza-beza pada permukaan kanta dapat dikurangkan. 

+ Jurang perbezaan power dari kawasan tengah dan sisi kanta dapat direndahkan perbezaannya. Jika memakai cermin power -200 DS, tidak semua permukaan cermin mempunyai power yang sama. Di kawasan tepi cermin, powernya lebih tinggi dari yang tengah. Lebih nipis kanta, jurang ini menjadi kecil dan sistem fokus mata dan pergerakan bola mata menjadi lebih efisen.

+ Respon kanta yang 'automatik gelap' lebih pantas pada cermin yang lebih nipis. Lebih pantas berubah gelap dibawah matahari, dan cepat berubah semula ke jernih di dalam rumah/ofis. Kanta ini juga dikenali dengan nama kanta fotokromik. (Kecuali kanta Crizal Transitions, kepantasannya berubah gelap dan jernih tidak dipengaruhi oleh ketebalan kanta).

+ Mata kita nampak lebih natural. Power yang tinggi boleh menyebabkan mata kita nampak lebih 'kecil' bila orang lain memandang mata kita (melalui kanta spek yang tebal tu). Tak moleklah kan?

+ 'Eye contact' yang kita lakukan pada orang yang kita temui, akan menjadi lebih berkesan. Orang yang melihat mata kita, tidak berasa penat kerana cermin yang nipis, seronok untuk dipandang. Jika cermin kita tebal, mereka akan kerap mengalihkan pandangan ke tempat lain.

+ Kanta lebih keras. Lebih keras kerana bahannya lebih padat. Ia akan beri ketahanan dari tekanan yang tidak mampu diterima oleh kanta yang biasa. 

+ Lebih banyak pilihan frame yang boleh dipilih dengan kanta yang lebih nipis. Kalau tebal sangat cerminnya, pilihan frame akan menjadi terhad pada segelintir jenama sahaja.

+ Penampilan nampak lebih meyakinkan berbanding spek yang tebal dan nampak berat. Seperti berjumpa dengan orang yang pakai smart dan orang yang pakai t-shirt sahaja dalam meeting.

+ Frame tidak mudah menjadi rosak bila kanta yang lebih nipis menjadi pilihan.

+ Spek tidak mudah terlucut dari wajah jika kita sukakan aktiviti lasak. (Salah satu ciri yang dititikberatkan dalam penghasilan Frame Sillhoutte, frame paling ringan didunia).

.
.
Walau apapun kelebihan yang ada, budget juga menjadi perkara yang penting. Pilihannya terletak ditangan kita sendiri.

Kalau kita jenis yang menunggu bertahun-tahun, baru tempah spek yang lain, ambil jenama kanta yang terbukti berkualiti. Contohnya kanta original JENAMA NIKON.

Nikon terkenal sebagai jenama paling dipercayai dalam mengatasi cermin yang tebal dan berat.



Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Ahad, 20 Disember 2015

Pakai FRAME yang boleh bertukar jadi SUNGLASS BERPOWER! - CLIP ON


Baru-baru ni 'trend' frame clip on dah makin femes balik. Ya lah, siapa lah orang rabun yang taknak pakai spek berpower yang boleh bertukar kepada sunglass berpower pada BILA-BILA MASA, DI MANA JUA kita berada!

Clip On ni maksudnya ada aksesori tambahan yang boleh di 'klip' pada cermin mata kita yang ada power tu.
.
.

Model paling hot sekarang ni dari jenis frame plastik yang ringan dan 'klip' sunglass yang melekat kemas dengan adanya sistem magnet.

"Seolah-olah dah macam sunglass yang sebenar."

'Clip on' nya dihasilkan menggunakan teknologi polarize. Ia memberikan perlindungan dari UV dan mengurangkan silau sehingga 3 kali ganda.
.
.
Macam nak jual pula ya? Hehehe.. Kongsi cerita..

Bukan apa, kadang-kadang kita tak tahu pun frame macam ni ada wujud. 

Orang yang selalu drive, banyak buat kerja 'outdoor', dan yang suka pergi cuti-cuti tu, memang sesuai kalau anda nak mencubanya.

Kalau disesuaikan dengan kanta jernih seperti 'kristal' iaitu CRIZAL dari Essilor, lagi cun! Berganda perlindungan untuk mata kita.

Pssst.. Kalau nak tahu seseorang tu banyak buat aktiviti 'outdoor', mata putihnya akan nampak kekuningan sikit. Kadang-kadang ada macam lelemak timbul atas permukaan mata putih. 
.
.

Rizal Optometris Kuala Kangsar & Klebang Ipoh, Perak.

Ahad, 8 November 2015

Pelapik hidung seperti KUSYEN yang empuk.

Udara boleh masuk dan keluar dari lubang khas pelapik hidung. Ia bertujuan sebagai KUASA penyerap hentakan dan menyediakan permukaan yang lembut untuk hidung berasa SELESA.



Aksesori ini sangat sesuai untuk :

+ Cermin yang tebal dan berat.

+ Suka berpeluh.

+ Bingkai yang berat terutama bersaiz besar dan dari bahan stainless steel.

+ Riadah - suka berlari dengan cermin mata.

+ Rasa rimas dan sakit atas hidung bila dah satu hari pakai cermin mata.

+ Ada anak kecil yang suka main guling-guling dan 'attack' cermin mata anda.

+ Selalu bersin.

+ Selalu ambil barang dari tempat yang tinggi. Kalau kena muka, selamat. Hahaha..

+ Suka bersukan contohnya main bola sepak. Tambah lagi kalau jadi posisi penjaga gol. 

Dan semakin panjang listnya...... smile emoticon


Team Rizal.
Rizal Optometris

Selasa, 15 September 2015

Sunglasses untuk orang rabun

Tengok orang pakai Ray Ban, kita pun teringin juga nak pakai. 
Ada yang dah macam Shah Rukh Khan, Faizal Tahir, Neelofa, Nora Danish, dan berbagai artis lagi. 
Apakan daya, rabun ini menghalang cita-cita untuk kelihatan SEPERTI ARTIS.

Takpa, jangan sedih-sedih. Kan orang yang pakai cermin mata ni bijak? Tak bijak dekat sekolah, bijak dalam bisnes, memasak, mahupun dalam urus rumahtangga. Sebab itu saya sentiasa berpendapat setiap orang itu dilahirkan istimewa untuk hidup saling melengkapi antara satu sama lain. 

Berbalik kepada yang mempunyai rabun, terdapat beberapa cara untuk kita memakai kaca mata Hitam supaya boleh la bergaya dengan jenama seperti Ray Ban, Bonia, Alfio Raldo mahupun Adidas sunglasses. 

Jom kita jadi BIJAK dengan tahu apa cara yang ada dan tips-tipsnya :

+ Tukar kanta asal dengan kanta 'tinted' berpower - Kanta ini diwarnakan mengikut kadar gelap yang kita mahukan. Ia paling popular dan 'budget' lah sikit. Harga dalam RM 100 keatas (ikut power juga). Lebih baik jika yang ada versi 'antiglare'.

+ Guna 'contact lens' (CL) - Ini antara alasan kuat kenapa seseorang itu nak pakai CL. Masa drive, keluar makan tengah hari, atau main Golf, tak jadi masalah lagi nak pakai sunglass.

+ Guna kanta Crizal Transitions : Versi kanta boleh bertukar gelap mengikut teriknya matahari. Boleh dipakai setiap masa kerana ia menjadi kanta biasa (jernih) di tempat redup. Cuma ia dalam 60% gelapnya berbanding sunglass 85%. (Dalam kereta tak gelap ya.)

+ Guna aksesori 'Clip On' atau sunglass 'Flip Over' - Alat ini dipasang pada cermin mata sedia ada. Clip On dipasang dihadapan cermin manakala Flip Over adalah sunglass yang disarungkan sekali.

Tahu tak kalau buat cermin mata sunglass bertinted, boleh sakit kepala, pening dan rasa macam 'khayal' bila dipakai? Nanti saya kongsikan tips pilih sunglass untuk letak kanta berpower. Like page Rizal Optometris ya. 

Shahrizal Redwan
smile emoticoShahrizal Redwan. Rizal Optometris.

(Gambar : Shah Rukh Khan dalam cerita apa ni?)

Cermin mata jenis PLASTIK

8 dari 10 orang, memilih FRAME PLASTIK.
--------------------------------------------------------

Saya sendiri memilih frame plastik kerana ia memberi ketahanan sedikit dari anak-anak yang sekarang berada pada fasa 'INGIN TAHU' dan anggap cermin mata adalah 'MAINAN'. 

Bila dapat capai, diusahanya untuk 'membuka' kaki frame seluas-luasnya. Kening saya mula naik ke atas, mulut terlopong luas! ANAKKK!!

Abah saya sentiasa berpesan "Jangan di marah cucu tu, kita yang salah letak merata." Memang Tok Abah lah SUPERMAN anak-anak. Menyelamat ketika susah. smile emoticon

Frame ini boleh dipasang dengan apa jenis cermin. Tetapi ada beberapa perkara perlu dititik beratkan. 

+ Jika hidung jenis penyek, ambil frame versi 'ASIA'. Pelapik hidungnya lebih panjang dan luas. Jika dari jenama yang mahal, hati-hati kerana ada darinya versi 'EROPAH'. Lainlah jika hidung anda mancung berlekuk. smile emoticon

+ Bola mata jenis yang KELUAR dari outline sisi wajah - Ada orang dahinya lebih jauh ke depan berbanding 'soket' matanya. Mereka ini sesuai untuk frame plastik sebab dahi telah bertindak sebagai 'stopper'. Jika sebaliknya, bulu mata akan sentiasa kena pada cermin frame. Dah siap tempahan nanti, nyesal sebab RIMAS. 

+ Berat - Ikut aktiviti harian ya. Jika yang banyak berpeluh, ambil yang ringan dan yang mudah di adjust 'pencangkuk telinga'.
Kalau tak aksi 'melorot' menjadi sahabat baik anda. smile emoticon

+ Warna - Jangan ambil frame plastik yang guna teknik 'spray'. Ambil yang warnanya kekal didalam badan frame itu sendiri. Teknik spray mudah turun warna.

Nak tahu jenis frame plastik apa yang dibuat sejak 1940an dan masih digunakan pada hari ini? Like Page Rizal Optometris. Boleh jadi pakar frame plastik!

Shahrizal Redwan.
Rizal Optometris.

RAHSIA GAMBAR KAHWIN nampak HEBAT walaupun pakai CERMIN MATA.



Musim perkahwinan sudah bermula. Ramai bakal pengantin sibuk membuat persiapan untuk hari bahagia mereka. Di sini kami kongsikan rahsia supaya gambar perkahwinan nampak cantik dan hebat, walaupun pengantin memakai cermin mata. 



Ada beberapa tips macam mana nak pilih CERMIN MATA nampak lebih SPECIAL pada hari perkahwinan:

+ RIMLESS FRAME : Cermin mata yang tiada ‘frame’ sekeliling kanta. Lebih ringan, tiada gangguan outline wajah dan jika gambar di ambil dari jarak 10 kaki, tak perasan pun pengantin pakai cermin mata (kecualilah power dah tahap gaban).

+ FRAME WARNA SILVER @ GUNN (stainless steel atau titanium) : Tindakan ini menaikkan seri wajah. Sebab itu orang yang bekerja korporat banyak pilih warna ini kerana nampak yakin pada yang melihat. Jadi, pengantin akan nampak lebih berkeyakinan, dan gambar yang di shoot nampak lagi BERSERI. Terutama kepada si lelaki.

+ FRAME PLASTIK - Tak menjadi masalah memilih dari frame jenis ini. Warnanya haruslah gelap supaya nampak lebih GAGAH di depan TOK KADI. smile emoticon . Ya, hitam sahaja, tak boleh design yang dari 3 batu orang dah tahu anda pakai spek baru.

+ ELAKKAN CERMIN AUTOMATIK GELAP - Tak kiralah dari jenis FOTOGREY atau yang lebih baik seperti TRANSITIONS, kanta jenis ini kurang sesuai bila bergambar secara ‘OUTDOOR’. Mata pengantin akan tenggelam dan hilang sedikit sifat ‘natural’ wajah. Cuba tanya fotografer, mereka fokus kamera dekat mata ke atau tempat lain?

+ Pilih KANTA MULTICOATED yang BERKUALITI - Terdapat banyak jenama dipasaran. Saya cadangkan dari pengeluar ESSILOR & NIKON. Cuma elakkan dari jenis ‘blue coat’ yang di cipta khas untuk tapis cahaya berbahaya dari gadjet & komputer. Jenis ini lebih ‘silau’ pada kamera berbanding yang lain.

Saya juga meminati bidang fotografer. Belum lagi mencuba skill saya pada PENGANTIN BARU. Ada sesiapa nak bagi peluang? smile emoticon

“Selamat Pengantin Baru, Semoga Bahagia ke Anak Cucu”

Shahrizal Redwan.
Rizal Optometris.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...