Memaparkan catatan dengan label Rabun Jauh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rabun Jauh. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Julai 2016

Gagal Akademik : Meningkat umur, anak kecil kita tidak boleh belajar lagi seperti dahulu.



Kecelaruan penglihatan pada pelajar, bukanlah sesuatu yang baru. Namun ia sentiasa dianggap berpunca dari rabun sahaja. Sebenarnya, ia lebih serius dari rabun itu sendiri.

Serius kerana ia melibatkan kejayaan pelajar di masa hadapan. Apabila dari tahun ke tahun telah belajar, bebanan kerja sekolah, masa belajar yang lebih lama, dan tulisan buku yang semakin kecil, mula memberikan bebanan kepada mata.

(Anak kita seperti cuba menjerit kepayahan yang dialami, tetapi sekadar mampu menjerit tanpa adanya suara. Mereka tahu ada yang tidak kena, tapi tidak tahu apa.)

Bila berlanjutan, mata akan lebih 'susah' untuk dikawal sehingga menyebabkan keletihan. Inilah punca kebanyakan pelajar yang mempunyai masalah ini, hilang tumpuan ketika sesi pembelajaran.
.
.

Semasa kali pertama berjumpa dengan Hakim, 13 tahun, beliau ada berkongsi cerita bersama kami,

"Sejak dari darjah 4, bila waktu malam, saya tak boleh baca lama-lama. Kalau buat juga, mula sakit kepala, terutama di bahagian dahi."

Hakim mempunyai kecelaruan yang dinamakan 'Accomodative Dysfunction'. Suatu keadaan yang melibatkan kekuatan sistem pemfokusan sesuatu imej, terutama sekali ketika melakukan kerja-kerja dekat.

"Beliau sendiri tidak mempunyai rabun."

Program menguatkan semula otot yang terlibat (pada mata) diberikan, dengan mengambil kira keseluruhan 'Visual Perception dan Perceptual Skills' beliau.

Skill ini melibatkan komponan yang ada pada mata dan kemahiran otak untuk menafsirkan sesuatu imej yang diterima.
.
.


Hakim agak terlewat mendapatkan rawatan.

Beberapa tahun yang lalu banyak dihabiskan masa berulang-alik ke klinik atas sebab masalah sakit kepala beliau itu.

Akhirnya, Doktor dari sebuah klinik (kami bekerja rapat dengan Doktor perubatan swasta sekitar), telah mengesyorkan Hakim menilai cara mata melihat di Rizal Optometris.

Ibu beliaulah yang sangat risau, kerana tahap belajar Hakim tidak seperti dahulu.
.
.

Kini telah 7 tahun kami melakukan saringan mencari pelajar yang mempunyai masalah penglihatan ini. Kami boleh kategorikan kepada 3 tahap kecelaruan bagi pelajar di sekolah, iaitu :

+++ Sihat dengan stamina mata yang kuat.

+++ Berpotensi mendapat masalah kecelaruan penglihatan, apabila aktiviti dekat bertambah.

+++ Mempunyai masalah kecelaruan yang nyata. Kebanyakan pelajar sendiri pun tidak tahu sebenarnya mata adalah puncanya.
.
.

Penglihatan adalah pancaindera yang paling banyak digunakan untuk memproses sesuatu ilmu agar ia mudah difahami. 

Terutama sekali untuk pelajar.

Inilah yang akan mendorong tumpuan yang lebih baik dalam pembelajaran.

Sebagai orang yang paling hampir dengan mereka, ambil kira juga penilaian prestasi penglihatan. 

Jadikan ia rutin tahunan yang wajib.

Bila dalam keadaan yang baik, mereka lebih berpeluang untuk mencipta masa depan yang lebih cerah.

"Kejayaan dengan Penglihatan."














Rizal Optometris.
Kuala Kangsar - Klebang Ipoh - Taiping.

Visual Teraphy : Menguatkan otot mata pelajar cemerlang untuk membaca buku lebih lama.

Bila seorang pelajar membaca, matanya akan digerakkan dari sisi-ke sisi dan perlu ikut turutan baris ayat. Bila letih dari biasa, pergerakan kedua mata tidak lagi bergerak dengan kepantasan yang sama. Seperti berlari dengan kaki yang terhenjut-henjut.

Semua ini boleh berpunca dari kemahiran 'gabungan imej' kedua mata. Ia memerlukan satu tahap stamina yang kuat (pada otot yang mengawalnya), untuk bertahan satu hari aktiviti.

Dalam kes pelajar, ia kemahiran yang amat penting dimiliki, dijaga dan diperkuatkan dengan Visual Teraphy dan cermin mata tempahan khas.

Setelah 7 tahun menawarkan servis ini kepada pelanggan Rizal Optometris, kami dapati, terapi ini harus di 'design' secara individu agar kesannya lebih positif.

Teknik Convergence, Accomodation dan Fusion digabungkan setiap kali dalam program rawatan yang diberikan.

Seperti kata ibu kepada adik yang berumur 6 tahun yang bersekolah Cina (banyak kerja sekolah dan membaca),

"Sepatutnya semua orang perlu tahu perkara ini. Otot mata juga perlu diperiksa. Bukan rabun sahaja!"

*Gambar Team Rizal melakukan ujian skill penglihatan pelajar di sekolah. 

"Mencari pelajar yang istimewa, agar mereka juga berpeluang untuk lebih berjaya!"


Rizal Optometris
Kuala Kangsar - Klebang Ipoh - Taiping

Bergenang air mata Wanita ini bila diceritakan akan masalah penglihatan.


Bila kita sendiri tidak tahu punca mengapa kita rasa 'berbeza' dari orang lain, sampai satu masa kita akan menerimanya sebagai keadaan yang biasa. Sampai kita sendiri dah melupainya dari mana ianya bermula.

Wanita ini menanti jawapan selama 34 tahun untuk tahu mengapa beliau kerap sakit kepala.

Beliau datang ke Rizal Optometris untuk menempah cermin mata yang baru. Ini pengalaman beliau yang pertama di sini. 

Semasa khidmat nasihat, diterangkan akan stamina mata beliau yang berada dibawah tahap yang normal.

Bergenang air mata Puan Nadia apabila diterangkan keadaan yang dihadapinya itu boleh mempengaruhi keseimbangan badan dan bagaimana tubuh beliau menganggar sesuatu objek.

Rupanya beliau dah lama perasan keadaan yang dinyatakan, tetapi tiada sumber rujukan yang dapat memberikan jawapan yang tepat.

Sehingga beliau pernah 'scan' otak di hospital kerana takut adanya ketumbuhan di otak, sebab terlalu kerap sakit kepala bila melakukan kerja-kerja komputer.

"Patutlah masa saya kecil dulu, lepas saya terjatuh dalam bilik air, doktor di klinik kata mata saya ada masalah. Tapi bila abah saya bawa pergi cek mata dikedai cermin mata, tak ada pula power rabun."

"Saya selalu muntah, pening dan sehingga rakan-rakan saya menuduh saya berlakon!"

Puan Nadia juga memberitahu, semasa beliau bermain bola jaring, terlalu kerap bola yang dibaling kepadanya tidak dapat ditangkap dengan baik.

"Selalu kena muka saya!"

Konsep mengapa kemahiran menangkap bola menjadi lemah, diterangkan secara mudah,

"Ia berkait dengan otot yang berada di luar bola mata Puan...."
.
.
Puan Nadia banyak mengimbau zaman kanak-kanaknya sehingga stori bagaimana seekor lembu merosakkan basikalnya diceritakan dengan bersungguh-sungguh.

"Saya tak dapat nak 'budget' kelajuan basikal dengan lembu yang tengah melintas atas jalan. Habis rosak basikal saya."

"Bila membaca buku atau menulis, saya tidak boleh buat lama-lama. Sehingga ke Universiti, semua rakan saya tahu, saya jenis yang tidak boleh 'stay up'."
.
.
Setelah hampir setahun mendapatkan 'program rawatan' bagi menguatkan semula stamina mata, kualiti kerja Puan Nadia semakin baik. 

Beliau dah boleh menaip di komputer tanpa sakit kepala yang serius, yang jika sebelum ini hanya boleh bertahan sehingga tengah hari sahaja.

Puan Nadia juga membawa kesemua 3 orang anaknya untuk dinilaikan cara melihat mereka. Dua orang daripadanya mempunyai ciri potensi stamina yang agak lemah.

Beliau berkata dengan yakin,

"Buat terbaik untuk anak saya."


Rizal Optometris
Kuala Kangsar - KLebang Ipoh - Taiping

Isnin, 20 Jun 2016

Topik Hot : Mengawal power Rabun.

Soalan yang paling banyak di ajukan kepada Optometris. Sehinggakan ianya menjadi soalan wajib setiap kali menukar cermin mata baru.
.
.
Macam mana orang rabun ni ada power?

Cermin mata ni kalau mengikut FDA, merupakan salah satu alat perubatan. Ya lah, baru mereka boleh 'claim' dekat insurans. 

Hakikatnya, rabun ini bukanlah suatu penyakit. Ia hanyalah satu ralat akibat saraf mata yang tidak menerima sepenuhnya imej yang terfokus.

Cermin mata berpower dapat membetulkan semula keadaan ini.
.
.
Bagaimana untuk mengawal power rabun?

Daripada pengalaman 12 tahun di dalam memberi khidmat nasihat untuk individu yang rabun, 4 perkara ini akan dinilaikan dahulu :

+ Tahap sensitif mata.
+ Darjah keselarian mata kanan dan kiri.
+ Kekuatan dan ketahanan sistem fokus.
+ Stamina melihat untuk 16 jam sehari.

Setelah mendapat data ini daripada individu rabun, baru satu bentuk program akan di design khas. Ia meliputi menggunakan cermin mata tempahan khas dan sesi terapi penglihatan berkala.


Siapa yang paling layak untuk program ini?

Individu yang selalu rasa keletihan pada mata, sakit kepala sehingga lebih suka memejamkan mata. 

Ini tanda-tanda mata dalam keadaan yang sangat 'stress'. Boleh menyebabkan pertambahan power rabun dari tahun ke tahun.

Pelajar, pekerja yang banyak menggunakan jarak dekat seperti penggunaaan komputer, menjahit dan sebagainya adalah golongan yang berisiko untuk power rabun semakin bertambah.


Power rabun memang 'confirm tak naik?

Mengawal rabun bermakna jumlah kenaikannya tidaklah ketara sehingga naik seperti sekali ganda. Bukan langsung tidak naik dah.

Lebih baik lagi, ia memberi kesan supaya lebih pantas untuk membaca, menulis dan menyalin nota selepas suatu tahap program ini.

Daripada pengalaman kami juga, perubahan yang paling positif adalah kepada pelajar seawal 5 hingga 12 tahun.

Ada ibubapa (bercermin mata) mengambil program ini setelah dikenalpasti anaknya berpotensi untuk mempunyai keadaan mata yang penat. 
Bila dibiarkan berlanjutan, ia akan memberi satu keadaan 'ralat' kepada mata.
Semasa inilah perkembangan power rabun akan berlaku.
.
.
Tuan/Puan yang berminat untuk ketahui program ini, boleh merujuk pada cawangan Rizal Optometris Kuala Kangsar, Klebang Ipoh, dan Taiping (Kamunting).
Hubungi 019-4477963 (Puan Aida).

Gambar : Puan Yusnita bersama anaknya, Ain. Mengambil program ini dengan cermin mata tempahan khas. Matanya 'stress' sehingga kepenatan setiap kali pulang dari sekolah.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris Kuala Kangsar, Klebang Ipoh, Kamunting.

Penglihatan Kembang Kuncup.


Kalau pelajar yang kepenatan dengan aktiviti sekolah, salah satu komponan penglihatannya mula merasai beban.

Masa Penilaian Cara Mata melihat, beberapa aduan yang sama saya dengar,

"Saya boleh baca tu, tapi kejap kembang kejap kuncup. Macam jauh, macam nampak dekat."

Dengan beberapa Ujian Khas lain, saya dapati inilah puncanya mengapa beliau tidak boleh memberi tumpuan dalam kelas.

Pelajar ini sendiri beritahu, waktu tengah hari beliau rasa RABUN! Tetapi tidak pada waktu pagi.

Ia punca mengapa pelajar ini tidak cemerlang dalam pelajaran. Perlu konsultasi dan rawatan yang telah di design spesifik untuk beliau.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris
Kuala Kangsar, Klebang Ipoh, Kamunting.

Orang yang tiada rabun juga akan mempunyai masalah penglihatan.




Penglihatan adalah satu sistem yang perlu dijaga akan :

+ Struktur dan kompenannya, 

+ Cara penerimaan rangsangan imej

+ Bagaimana semua otot mata bekerja.

Semuanya perlu bekerja sebagai satu pasukan.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris
Kuala Kangsar
Klebang, Ipoh
Kamunting, Taiping

Ahad, 1 Mei 2016

Mata bola senak, bila beralih pada FRAME yang BESAR.


Ada kesan 'serotan imej'.

Sebenarnya, Tidak semua permukaan cermin mata kita powernya adalah sama, kerana ketebalan cermin yang tidak sama pada keseluruhan permukaan.

Kalau rabun jauh (jenis myopia), kantanya lebih tebal di bahagian sisi (lebih berpower dari permukaan tengah cermin).

Mata lebih penat kerana perlu 'membetulkan' cara fokus setiap kali memandang ke sisi. 

Sangat terkesan bila dulu pakai frame kecil, kini beralih arah pada frame yang lebih besar dan lebar.

Beberapa kompenan sistem penglihatan kita perlu belajar semula (di 'reboot') untuk membiasakannya.

Sebab itu sesetengah orang yang pakai spek baru, rasa mata seperti senak sedikit dan kadang kala sakit kepala yang tidak keterlaluan.

Ia hanya sementara dan masih dalam 'mood' boleh diterima untuk dipakai.


Shahrizal Redwan, Optometris.

Okey, saya memang rabun, apa nak buat lepas pakai cermin mata baru ni?



7 perkara yang boleh kita buat ya ;

+ Jangan malu nak pakai cermin mata. 
Fikirkan ini adalah cara supaya dapat membantu mata supaya tidak dalam keadaan stress. 
Tidak serius memakai cermin mata, boleh menyebabkan risiko kenaikan power lebih banyak, dan cara mata respon untuk melihat sesuatu, seperti 'CD calar' yang dimainkan dalam DVD player. 
Tersekat-sekat, tersangkut-sangkut.

+ Selepas sebulan pakai cermin mata, akan perasan, dulu tak pakai spek nampak ok lagi, tapi sekarang tanpa spek nampak kabur berganda-ganda. - Ini normal. 
Sebab otak telah diberikan isyarat, " Oh, dah ada bantuan rupanya, tak payah kerja kuat nak bagi terang lagi." 
Ini sebenarnya satu tanda yang POSITIF.

+ Kena nilaikan semula berapa bagus sistem penglihatan kita sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. 
Ada juga yang perlu dinilaikan semula dalam tempoh 1-3 bulan sekali, mengikut kes-kes khas.

+ Rasa rimas pakai spek, sakit dekat situ, sakit dekat sini. 
Pergi semula ke kedai dan beritahu masalah kita, mungkin sedikit adjustment perlu dibuat.

+ Jaga cermin mata kita, kurangkan calar yang berlaku, basuh dan ELAK TINGGAL DALAM KERETA YANG di parking tengah panas. 
Jika tidak, akan berlaku 'calar' halus pada lapisan dalaman kanta.

+ Sediakan cermin mata 'spare'. Murah pun tak apa. 
Terutama jika kita ada buat aktiviti lasak atau persekitaran kita yang sedikit 'ganas' (ada anak lelaki yang matanya menjadi 'tajam' tiap kali melihat spek anda!).

+ Cuci kain yang dibekalkan untuk lap cermin mata seminggu sekali. 
Kalau ada budget lebih, setiap kali kain dah kotor, boleh beli yang baru!
.
.
Cermin mata yang kita pakai, bukan kerana powernya yang bagi kita nampak terang. 
Tapi kerana power spek MENGUBAH cara cahaya yang masuk ke dalam mata. Barulah kita dapat melihat dengan JELAS.
"Bukan sebab SPEK BERPOWER yang bagi MATA kita jadi lebih POWER. ðŸ˜†"
.

Shahrizal Redwan, Optometris.
Rizal Optometris, Kuala Kangsar.

Soalan : Dipetik dari Facebook Tuan Azemi Ali.

Jawapan dari pakar optomeris Tuan Shahrizal Redwan berkenaan pertanyaan saya mengenai mengawal power kacamata.
Terima kasih tuan Rizal, saya post di sini untuk rujukan saya di masa depan. Kredit kepada tuan Rizal.
Tuan Azemi Ali, 
Soalan ini yang paling banyak saya terima.
Saya pernah diperkenalkan akan beberapa teknologi yang di khabarkan dapat mengawal power rabun. Terutamanya kepada kanak-kanak.
Ada yang saya mencubanya pada pelanggan saya, dan hasilnya tidak seperti diharapkan.
Malah ia mengganggu salah satu sistem penglihatan kita iaitu :
+ Cara mata anak kita bagi jelas sesuatu perkataan.
+ Cara mata anak kita mengawal dan guna dua-dua mata.
+ Cara mata anak kita 'gabungkan' imej mata kanan dan kiri menjadi satu imej 3D.
+ Skill bagaimana mata dan penglihatan itu sendiri dikawal oleh otak.
.
.
Pengalaman saya, setiap orang yang serius mahu mengawal power rabun jauh, adalah penting menilaikan dahulu ke empat-empat perkara di atas tadi.
Bila dinilaikan, baru tindakan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya, dirancang dan dinilaikan sehingga power telah mula menjadi stabil memgikut suatu tempoh masa.
Stabil maksudnya naik/turun power dalam lingkungan -0.50.
Pengalaman saya juga Tuan Azemi, dalam pecahan rabun jauh jenis dari 'Functional Myopia' paling banyak yang saya 'handle' berbanding dari jenis yang 'diwarisi'.
Jika anak Tuan dari jenis Functional Myopia, ada cara yang kita boleh ikhtiarkan.
Perlukan Optometris yang betul-betul mahir.
Saya kongsikan sedikit, walaupun ada kes kita telah berusaha mengawal power rabun seseorang, namun power beliau tetap juga naik.
Tetapi, kemahiran menggunakan mata (penglihatan) menjadi lebih baik berganda-ganda.
Tetap ada kesan yang positif.
Contohnya dahulu, boleh guna komputer/belajar 1-2 jam, kini dah berganda-ganda lebih lama.
Lebih baik dari segi produktif di masa hadapan.
Harap dapat membantu soalan Tuan. ðŸ˜Š
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...