Jumaat, 1 Julai 2016

Bergenang air mata Wanita ini bila diceritakan akan masalah penglihatan.


Bila kita sendiri tidak tahu punca mengapa kita rasa 'berbeza' dari orang lain, sampai satu masa kita akan menerimanya sebagai keadaan yang biasa. Sampai kita sendiri dah melupainya dari mana ianya bermula.

Wanita ini menanti jawapan selama 34 tahun untuk tahu mengapa beliau kerap sakit kepala.

Beliau datang ke Rizal Optometris untuk menempah cermin mata yang baru. Ini pengalaman beliau yang pertama di sini. 

Semasa khidmat nasihat, diterangkan akan stamina mata beliau yang berada dibawah tahap yang normal.

Bergenang air mata Puan Nadia apabila diterangkan keadaan yang dihadapinya itu boleh mempengaruhi keseimbangan badan dan bagaimana tubuh beliau menganggar sesuatu objek.

Rupanya beliau dah lama perasan keadaan yang dinyatakan, tetapi tiada sumber rujukan yang dapat memberikan jawapan yang tepat.

Sehingga beliau pernah 'scan' otak di hospital kerana takut adanya ketumbuhan di otak, sebab terlalu kerap sakit kepala bila melakukan kerja-kerja komputer.

"Patutlah masa saya kecil dulu, lepas saya terjatuh dalam bilik air, doktor di klinik kata mata saya ada masalah. Tapi bila abah saya bawa pergi cek mata dikedai cermin mata, tak ada pula power rabun."

"Saya selalu muntah, pening dan sehingga rakan-rakan saya menuduh saya berlakon!"

Puan Nadia juga memberitahu, semasa beliau bermain bola jaring, terlalu kerap bola yang dibaling kepadanya tidak dapat ditangkap dengan baik.

"Selalu kena muka saya!"

Konsep mengapa kemahiran menangkap bola menjadi lemah, diterangkan secara mudah,

"Ia berkait dengan otot yang berada di luar bola mata Puan...."
.
.
Puan Nadia banyak mengimbau zaman kanak-kanaknya sehingga stori bagaimana seekor lembu merosakkan basikalnya diceritakan dengan bersungguh-sungguh.

"Saya tak dapat nak 'budget' kelajuan basikal dengan lembu yang tengah melintas atas jalan. Habis rosak basikal saya."

"Bila membaca buku atau menulis, saya tidak boleh buat lama-lama. Sehingga ke Universiti, semua rakan saya tahu, saya jenis yang tidak boleh 'stay up'."
.
.
Setelah hampir setahun mendapatkan 'program rawatan' bagi menguatkan semula stamina mata, kualiti kerja Puan Nadia semakin baik. 

Beliau dah boleh menaip di komputer tanpa sakit kepala yang serius, yang jika sebelum ini hanya boleh bertahan sehingga tengah hari sahaja.

Puan Nadia juga membawa kesemua 3 orang anaknya untuk dinilaikan cara melihat mereka. Dua orang daripadanya mempunyai ciri potensi stamina yang agak lemah.

Beliau berkata dengan yakin,

"Buat terbaik untuk anak saya."


Rizal Optometris
Kuala Kangsar - KLebang Ipoh - Taiping

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...