Actually, ada beberapa tip yang saya pegang sejak dari tahun 2014. Tahun itu jugalah tahun bertuah tim Rizal Optometris.
Capai target sales yang sangat luarbiasa secara berpasukan. Air mata bergenang bila kedai ditutup hari last close sales.
Seminggu lepas tu, semua tim dapat Iphone. Pasukan asal tahun 2014 masih bekerja dengan syarikat, dan masih guna phone yang sama lagi. :)
Bukan tip capai sale tahun 2014 tu, tapi tip yang patut dilakukan oleh sesiapa yang bergelar usahawan. Kuat berUSAHA, be number WAN!
Ini tip yang dilakukan :
+++ Tidak melupakan, dalaman itu lebih penting dari luaran.
Sehingga hari ini saya masih bertanya dengan soalan yang sama, kenapa saya berbisnes? Ia ada kena mengena dengan janji saya. "Jika saya temui jalan, akan saya cari mereka yang memerlukan."
Hidup melihat orang tersenyum kerana usaha kerdil kita, itu sebenarnya lebih bermakna.
.
.
+++ Bila dalam situasi ada pihak mengambil kesempatan, "Perkara dah jadi. Paling penting apa yang perlu buat sekarang."
Situasi ini sering berlaku. Anggap ia seperti training sebenar dalam bisnes. Sistemnya mudah : Research, Brainstorming, Meeting, Test, Refine, Test, Do until Succeed!
.
.
+++ Melihat sesuatu dengan tumpuan dan sifat diri yang tekun.
'Pattern'. Secebis dari persediaan marketing yang lebih fokus. Ia menjadi lebih mudah bila kita mencari pattern tersebut. Ia perlu direkod secara tersusun.
"Melihat apa yang mahu dilihat."
.
.
+++ 'Big Picture' akan sentiasa disebut dalam mana-mana perbincangan.
Semasa cawangan baru dibuka, biasanya 50% teknik baru marketing dan sales akan dicuba. Belajar sesuatu. Kerana syarikat mempunyai sasaran untuk lebih berkembang.
Big Picture kejayaan dalam masa 5 tahun sentiasa diingatkan. Boleh kata setiap hari.
.
.
+++ "Jika saya tidak tahu sesuatu, saya akan diam atau membalas saya tidak tahu. Tapi saya akan mencari jawapannya dengan bersungguh-sungguh. Walaupun ia ambil masa bertahun."
Selesai research saya, dapat disimpulkan, syarikat akan dapat pergi lebih jauh, apabila dapat ubah persepsi pelanggan :
"Ini bukan bisnes cermin mata. Tapi Optometris yang mempunyai elemen specialist."
"Learn, Unlearn & Relearn."
.
.
+++ "Saya tidak boleh menjadi orang lain."
Soalan ini akan saya tanya, "Kenapa saya buat ini? Sesuai tak dengan saya? Adakah ia kejayaan berkekalan? Pakar ke saya dalam bidang tu?"
Kalau jawapan jujur saya banyak yang "Tidak.", saya akan tinggalkan atau sehingga saya dapat mencari sebab untuk berkata "Ya.".
.
.
+++ Tidak akan buat sesuatu yang telah pernah gagal dahulu dengan cara yang sama.
Tiga kali menutup bisnes kerana saya bergerak tanpa pasukan yang terlatih. Mula belajar membentuk pasukan.
Bangkit dengan strategi baru : Bergerak dengan pasukan yang amat komited mahu majukan syarikat dengan sepenuh hati.
.
.
Peluang boleh dicipta berulang-ulang kali di dalam bisnes.
Tapi bila kita memiliki fokus, kita boleh memilih hanya beberapa peluang yang ada untuk mencipta tuah. Kejayaan akan lebih mudah menghampiri bisnes kecil kita.
"Kecil tidak perlu selamanya. Mulai dengan impian yang cukup besar."
Shahrizal Redwan.
CEO ABS Optometri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: