Jumaat, 29 Julai 2016

Bila saya buka kedai Optometri, alangkah bagusnya jika dapat buat 5 perkara ini dahulu

Tahun pertama membuka kedai sendiri, membawa seribu makna kepada saya. Sehingga saya kata "kenapalah tak belajar ini dulu-dulu." Tapi kedai dah buka, jalan sahajalah!

Inilah yang sepatutnya dilakukan dahulu :

+ Belajar lebih akan teknologi kanta.

Tahu tentang teknologi itu perlu, tetapi yang lebih penting bagaimana untuk menjualnya dengan efektif. Cari yang pandai menjual. Belajar dengannya.

+ Optikal Dispensing dan cara 'adjust' frame.

Adjust frame ni memang perlu banyak berseni. Playar jenis apa yang perlu ada, bagaimana nak guna, dan tip-tip perlu dipelajari.

+ Marketing.

Marketing ini bukanlah sesuatu yang susah. Tetapi kita akan banyak mencuba pelbagai teknik untuk mencari sesuatu yang berkesan.

Dalam mencari itu, banyak masa dan wang ringgit akan dihabiskan. Elak mencari, buat terus yang memang berkesan.

Mulut ke mulut adalah yang paling berkesan. Jimat.

+ Cara mengambil staff.

Staff penting bagi membentuk pasukan bisnes Optometri kita. Kadang-kadang stress sebab banyak perkara yang boleh elak, telah dilakukan.

Tentukan tugas beliau di kedai, kontrak, dan tempoh percubaan untuk staff. 

SOP kerja perlu diberi secara bertulis.

 
.
.
Dapatkan Ebook "Bagaimana memulakan bisnes Optometri." secara percuma bagi setiap pendaftaran Kursus Bisnes Optometri, Institut Keusahawanan Negara, INSKEN, (Bersama ABS Optometri).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...