Jumaat, 1 Julai 2016
Latihan Minggu Pertama Optometris.
Semasa saya melatih Optometris muda yang masih baru dalam dunia kedai cermin mata, perkara ini yang akan saya latih dahulu :
.
.
++++ Cek mata gaya Konsep Trio.
Optometrist muda perlu kuasai teknik ini jika mahu mencapai tahap dipandang mempunyai kredibiliti oleh pelanggan. Ini amat penting kesannya kepada syarikat.
Semasa saya alami kesukaran dalam perniagaan ini, teknik inilah yang saya gunakan sehingga beberapa versi dihasilkan. Jualan syarikat amat berbeza setelah sepenuhnya ia digunakan.
Trio bermaksud tiga, iaitu tindakan kepada Accomodation, Convergence dan Fusion. Dalam menghasilkan Visual perception, 3 sistem ini penting untuk diambil kira ketika melakukan refraksi.
.
.
++++ ‘Big Picture’ keseluruhan sistem penglihatan.
Ini sangat penting! Ia umpama asas utama supaya Optometris muda dapat memahami asas sains di sebalik apa yang berlaku pada sistem penglihatan.
Semua golongan masyarakat boleh memahaminya dengan cara mudah.
Dah belajar masa universiti? Ya. semua yang bergelar Optometris dah mempelajarinya.
Tetapi, cuba terangkan pada seseorang yang tiada pelajaran tinggi akan masalah Vergence Dysfunction?
Apa yang saya maksudkan, bila ada sahaja masalah penglihatan yang pelik dan menarik, kita mesti rujuk semula kepada asas sistem penglihatan.
5 minit sahaja diperlukan untuk menerangkan konsep penglihatan ‘big picture’ ini.
.
.
++++ Khidmat nasihat ‘Gaya Empati’.
Optometris muda mestilah nampak muda kan? Psikologinya bila orang muda sangat, pelanggan boleh rasa kurang konfiden.
Jadi kita perlu ‘counter back’ dengan khidmat nasihat yang profesional disulami gaya empati. Dapat buat ni, pelanggan dah tak kesah pada wajah muda kita ni lagi.
Mereka mula hormat aka kepakaran yang kita miliki.
.
.
++++ Latihan kawalan suara : Lontaran dan pernafasan.
Ini tidak di ajar semasa belajar di Universiti. Jika kita mahu praktis Optometri kita berjaya suatu hari nanti, cara kita berinteraksi denga pesakit wajib di pertingkatkan.
Wajib mulakan dengan cara kita mengawal suara. Sebab bagi golongan yang mahukan servis yang baik (dan tidak kesah tentang harga), cara kita bercakap mempengaruhi pandangan mereka atas kredibiliti kita sebagai Optometris.
Teknik ini mempengaruhi emosi pelanggan untuk mempercayai kita.
.
.
Percayalah, semasa awal bekerja dalam dunia Optometri, rebut peluang belajar sehabis baik. Mana tahu suatu hari nanti kita mahu membuka praktis kita sendiri kan?
Optometris yang saya latih beberapa bulan lalu, bercerita sehingga membuat saya tersenyum,
“Tuan, ada pelanggan panggil saya ‘specialist’.”
Dalam hati saya berkata,
“Ya. Kita memang dilahirkan untuk menjadi ‘Vision Specialist’”
Shahrizal Redwan.
Optometrist.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: