Kita dah cukup gembira dengan bisnes kita sekarang. Ya, lah. Semuanya cukup sehingga setiap tahun boleh tukar kereta baru seperti jenama Velfire.
Sampailah satu masa, sale jatuh tiba-tiba. Menggelabah kita sehingga mula mencari-cari pihak yang boleh membantu.
Rakan paling rapat masa tu siapa lagi kalau tak bukan pihak yang bernama BANK.
Sehingga suatu masa juga, rakan 'baik' kita ni tak mahu bantu lagi dah.
Semakin suram bisnes kita......
.
.
.
.
Cuba kenangkan balik perkara di bawah. Kalau kebanyakan jawapan kita adalah Ya, sebenarnya kita telah menjadi 'puppet' dalam satu sistem.
1- Adakah kita menjual menggunakan apa yang di ajar oleh pembekal?
2- Adakah kita tidak mempunyai perancangan mengembangkan bisnes?
3- Adakah kita pentingkan cakap 'orang lama' dalam industri yang kita ceburi?
4- Ada tak bila kita nak cuba idea baru, tapi takut nak laksana sebab takut ahli-ahli industri menegur dan bercakap-cakap tentang kita?
5- Adakah kita masih lagi bekerja berseorangan (90% kerja di syarikat kita yang buat).
6- Kita buat promosi lebih kurang sama dengan pesaing. Dia buat 50%, kita balas dengan
tawaran 70%. Betul?
7- Kita tidak percayakan staff yang bekerja untuk buat keputusan?
.
.
.
.
'Puppet' yang saya maksudkan, adalah seseorang yang hanya mengikut apa yang orang kata dan cara lama sesuatu bisnes itu dijalankan.
Tiada kreativiti dan tiada pandangan diri sendiri yang kuat.
Usahawan perlu memiliki kebolehan mengubah sesuatu masalah, kepada suatu peluang yang menguntungkan.
Konsep inilah yang cuba diterapkan oleh Abs Optometri dalam sesi coaching kepada usahawan Optometri.
"Elak jadi 'Puppet'!
Whatsapp di talian 019-5052194 (Tuan Rizal) jika ada sebarang pertanyaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: