Ahad, 24 Julai 2016

Bina pasukan bisnes THE AVENGERS!


Kita ada satu bisnes yang sangat berjaya. Itu bagus. Penat kita berbisnes itu juga sangat berbaloi-baloi. Tapi sampai bila?

Rakan niaga kita ini pula, hidup terlebih-lebih  santainya. Tidak nampak penat. Sesekali sahaja nampak macam sibuk.

"Mat, tolong uruskan pelanggan tadi ya..." Beliau beri arahan pada seseorang dalam talian.

Mudah, tapi bagaimana dia buat??

Beliau ada tim-tim bisnesnya sendiri.
.
Saya mengambil masa 3 tahun untuk mencari pasukan yang faham dan boleh guna konsep BOLEH BERUBAH.

Tak boleh begini, ubah kepada ini.

Nak bagi berjaya sesuatu dengan diri perlu berubah, mereka akan berubah.

Tetapi jenis mereka ini sangat 'rare'. Sebab itu ambil masa untuk mencari. Style saya, hasilkan bakat-bakat ini sendiri.

Ini 3 tip menubuhkan tim bisnes yang bagus dan saya gelarkan The Avengers. 😊 

+++ Senaraikan apa kemahiran yang kita mahu dari pasukan bisnes. Contohnya saya mahu ada  orang yang boleh berfikir secara kreatif. Gila-gila sikit idea dia.

+++ Tetapkan training berjadual dan modul bagaimana sesuatu 'proses' dalam pasukan berlaku. Contohnya tetapkan cara brainstorming untuk selesaikan sesuatu masalah atau mencari sesuatu idea baru.

+++ Wujudkan budaya komunikasi yang baik sesama mereka. Bincang sesuatu perkara yang menarik seperti merancang bercuti atau ketika keluar untuk makan bersama.
.
.
"Rancang pada hari ini, dan bertindak untuk terus menjadikan angan-angan itu satu realiti. Berperanglah dengan masa!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...