Siapalah yang tak mahu berjaya dalam hidup kan? Tapi berjaya mencapai mimpi-mimpi kita selama ini, sesuatu yang tidak dapat digambarkan bagaimana perasaannya. Terlalu asyik!
Inilah 3 tangga kepuasan yang akan kita rasakan, bila kita memilih untuk terus mengejar impian besar kita :
++++ Kepuasan dalam bertindak dan berusaha ke arahnya.
Ada seorang sahabat saya, seorang yang berbisnes dengan menganjurkan seminar. Beliau bercerita sedikit tentang bagaimana beliau menambah ilmu demi meng-upgrade seminarnya ke level yang lebih tinggi.
Singapura, Indonesia, Langkawi dan banyak tempat lagi beliau menuntut ilmu. Beliau berkata pada saya dengan teruja,
"Best pi belajar dengan otai-otai ni!"
Bila hati dah seronok, penat lelah dalam melakukannya menjadi suatu kerterujaan yang puas!!
++++ Kepuasan mencapai kejayaan yang kecil.
Sifat minda separa sedar kita, ialah kurang percaya bila kita berkata mahu berjaya secara luarbiasa. Minda ini perlukan bukti-bukti yang akan memberi kepercayaan dalam menghasilkan tindakan yang lebih baik.
Kejayaan kecil sangat dihargai kerana mereka memahami konsep,
"Lebih banyak kejayaan kecil, lebih berpeluanglah mengecapi kejayaan yang lebih besar."
++++ Kepuasan berusaha kerana ingin menyumbangkan sesuatu, bukan kerana wang semata-mata.
Jika berusaha kerana wang semata-mata, idea kreativiti lebih mengarah kepada wang juga. Wang adalah suatu bentuk kejayaan yang sementara.
Kejayaan membantu orang lain, adalah sesuatu yang memberi tenaga untuk kita terus melakukannya. Walaupun pada masa itu kita telah pun menjadi Billionaire!
.
.
.
.
Orang yang berjaya memerlukan arah tujuan yang jelas dan mengapa mereka perlu bekerja dengan keras.
Inilah senjata terhebat mereka.
Bila sudah tercapai sekalipun, pasti akan ada impian lain yang lebih besar, untuk dicapai.
"Kepuasan kejayaan adalah hak milik orang yang jelas akan Mimpi mereka. Mereka tidak akan berhenti mengejarnya!"
-Shahrizal Redwan-
Rizal Optometris
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: