Jumaat, 1 Julai 2016

Pelajar cemerlang : 'Facility' perlu kuat untuk mudah menyalin di dalam kelas.

Kemahiran 'Facility' pada sistem fokus, amat penting untuk seorang pelajar sekolah yang mahu berjaya dalam akademik.

Kita sebenarnya boleh cek sama ada kemahiran ini berada pada tahap yang baik untuk anak kita yang masih belajar.

Tanya soalan mudah ini,

"Masa menyalin dekat papan putih tu, ada tak kadang-kadang ambil masa untuk bagi nampak terang? Maksudnya lambat tulisan tu nak terang?"

Jika ya, kemahiran facility anak kita kurang baik.
.
.
Dalam kebanyakan kes, ia berlaku ketika waktu tengah hari atau lewat petang. 

Bila di rumah pula, ibubapa banyak mengadu :

"Saya tahu dia boleh baca Al-Quran dengan baik. Betul tajwidnya. Tapi dalam minggu ni asyik salah sahaja bila mengaji lepas maghrib."
.
.
Kemahiran Facility ini adalah bagaimana seseorang itu dapat menggunakan sistem fokus matanya dengan baik dalam keadaan yang mudah dan cekap, pada semua jarak imej yang ingin dilihat.

Kesan paling besar jika berlakunya kecelaruan pada mata seseorang pelajar, adalah tumpuan belajar yang semakin berkurangan.

Pelajaran akan semakin merosot sehingga mereka dilabel sebagai pelajar yang pemalas. Sedangkan mereka tidak tahan dengan 'kesakitan' yang di alami oleh sistem penglihatan.
.
.
Pemeriksaan akan kemahiran 'Facility' perlu wajib dilakukan sebagai salah satu usaha untuk menjamin tumpuan pelajar.

Terutamanya yang bakal menduduki peperiksaan besar tahun ini.







Rizal Optometris
Kuala Kangsar - Klebang Ipoh - Taiping

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...