Jumaat, 1 Julai 2016

Optometris : Cukup setahun ulang soalan ni, rasa macam nak kerja lain dah...

"Mana yang lebih terang, satu ataupun dua? Saya ulang lagi, satu terang atau dua lagi terang?"

Hari-hari kita ucapkan soalan yang sama. Tiada sesuatu yang dapat merangsang kita dengan perkara baru yang berkait rapat dengan profesion kita sendiri.

Baru-baru ini Abs Optometri menjadi mentor kepada sebuah kedai Optometri di Utara. Berkenalan melalui FB dan seterusnya berjumpa semasa taklimat ABS Optometri di KL.

Melalui wall FB beliau, saya dapati beliau selalu menghadiri pelbagai kursus untuk meningkatkan kemahiran dalam berbisnes.

"Tapi sale tiada sebarang perubahan. Sama sahaja."
.
.
Kursus yang spesifik tentang Optometri dalam perniagaan amat kurang di tawarkan secara umum. Ketika inilah saya berkata pada beliau,

"Tuan buat servis Visual Training. Ada artikel yang ditulis oleh seorang Optometris dari Australia, katanya dengan ada servis ini di praktis kita, sale boleh meningkat 10 kali ganda."

Dulu saya tidaklah mempercayai kata-katanya. Tapi hari ini saya akui!
.
.
Sebelum melakukan Visual Training, asas menggunakan sains disebalik penglihatan perlu di masterkan dahulu. Kita perlu fahami konsep-konsep cara mata kita berfungsi dalam menghasilkan imej jelas yang penuh dengan informasi.

Barulah kita boleh kemukakan suatu bentuk program terapi yang lebih berkesan.

Sepanjang 7 tahun melakukannya, saya boleh simpulkan terdapat 3 kepuasan yang akan hadir :

+ Jualan meningkat lebih dari yang syarikat jangkakan.

+ 'Mana terang satu atau dua' bukan lagi keutamaan, tetapi penerangan konsep Trio : Accomodation-Convergence-Fusion sentiasa digunakan.

+ Berjumpa kes-kes yang menarik setiap minggu dan kumpulan Optometris syarikat berbincang akannya, sambil minum kopi! ðŸ˜‹

+ Optometris digelar 'Specialist' oleh masyarakat setempat.

+ Satu pendorong semangat yang kuat apabila pesakit yang telah mendapatkan rawatan, merasai kualiti hidup lebih baik.
.
.
Kita boleh memiliki kedai yang besar, produk yang mahal-mahal, dan cawangan yang banyak.

Tetapi uniknya bisnes kita haruslah ditonjolkan dengan lebih baik.

Bila kita memberikan perkhidmatan yang unik, ianya sesuatu saham yang amat bagus buat kelangsungan hidup bisnes Optometri kita.

Sistem marketing dan sales yang lebih tersusun, urus cara korporat, dan mempunyai department R&D sendiri, suatu impian setiap orang yang berbisnes.

Paling penting kita boleh menjual menggunakan teknik Konsep Trio yang saya nyatakan di atas tadi.


Shahrizal Redwan.
CEO ABS Optometri.
*Abs Optometri adalah suatu usahasama antara ABS Holdings dan Rizal Optometris Holdings.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...