Setelah bertahun berbisnes dalam bidang ini, saya ingin berkongsi beberapa research yang telah disimpulkan oleh tim Abs Optometri dan diterjemahkan kepada 12 perkara mudah :
+++ Ubah cara memberi khidmat nasihat, nilai yang paling dipandang unik oleh pelanggan.
+++ 9/10 dari percakapan kita kepada pelanggan perlu ada 'kerangka skrip' yang sentiasa diperbaiki. Ia untuk mencipta gaya empati.
+++ Pendapatan lebih stabil (jualan) bila menjaga marketing yang berkala. Bukan buat ketika jualan turun sahaja.
+++ Perlu ada tim R&D. Fokus kepada peluang. Idea yang menjadi top No 1 dalam list : Guna sains Optometri untuk menjual.
+++ Stori telling dalam menjual, lebih mempengaruhi dari gaya yang sangat formal.
+++ High end customer : Bukan berapa mahal beliau membeli, tetapi berapa kerap dengan pembelian berkumpulan (famili).
+++ Teknologi memudahkan aktiviti bisnes. Perlu explore. (Contoh screening tidak perlu membawa mesin Autoref yang besar tu).
+++ Buku semasa belajar di Universiti tidak cukup untuk terang sesuatu keadaan dengan cara yang mudah. Explore lagi.
++++ Wujudkan tim genius Optometris dalam bisnes. Mereka pelapis untuk mengekalkan momentum jualan. Seminggu sekali boleh mengopi bersama mereka. Share ilmu baru.
+++ Pilih teknologi yang mampu. Mampu bukan maksudnya kita ada banyak modal, tapi mampu menjadikannya suatu hasil yang berbaloi.
+++ Fokus pada satu kelompok pelanggan dahulu. Baru upgrade perlahan-lahan.
+++ Perlu tahu bagaimana untuk menukarkan kelompok pelanggan. Contohnya pelanggan kita banyak terdiri dari yang pakej sahaja. Kita perlukan seni untuk tukarkannya kepada pelanggan yang lebih mahal pembeliannya.
(Kesemuanya telah dipraktikkan oleh syarikat yang mengambil pelesenan Abs Optometri) :
.
.
Kursus Bisnes Optometri dari Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dengan tema :
"Memulakan bisnes Optometri : Intai peluang dan bagaimana kawal risiko bisnes."
Jangkaan tarikh : Awal bulan Ogos 2016. (2hari)
Harga seorang : RM 250 (jika tiada perubahan).
Penginapan disediakan. Hanya 30 tempat.
Komen di bawah untuk segera menempah tempat. (atau pm saya).
***Sangat disyorkan kepada pemilik kedai Optometri, Optometris yang mahu memulakan bisnes, freelance, baru buka bisnes dan pelajar Optometri yang mahu berbisnes suatu hari nanti.
Shahrizal Redwan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: