Jumaat, 1 Julai 2016

Gagal Akademik : Meningkat umur, anak kecil kita tidak boleh belajar lagi seperti dahulu.



Kecelaruan penglihatan pada pelajar, bukanlah sesuatu yang baru. Namun ia sentiasa dianggap berpunca dari rabun sahaja. Sebenarnya, ia lebih serius dari rabun itu sendiri.

Serius kerana ia melibatkan kejayaan pelajar di masa hadapan. Apabila dari tahun ke tahun telah belajar, bebanan kerja sekolah, masa belajar yang lebih lama, dan tulisan buku yang semakin kecil, mula memberikan bebanan kepada mata.

(Anak kita seperti cuba menjerit kepayahan yang dialami, tetapi sekadar mampu menjerit tanpa adanya suara. Mereka tahu ada yang tidak kena, tapi tidak tahu apa.)

Bila berlanjutan, mata akan lebih 'susah' untuk dikawal sehingga menyebabkan keletihan. Inilah punca kebanyakan pelajar yang mempunyai masalah ini, hilang tumpuan ketika sesi pembelajaran.
.
.

Semasa kali pertama berjumpa dengan Hakim, 13 tahun, beliau ada berkongsi cerita bersama kami,

"Sejak dari darjah 4, bila waktu malam, saya tak boleh baca lama-lama. Kalau buat juga, mula sakit kepala, terutama di bahagian dahi."

Hakim mempunyai kecelaruan yang dinamakan 'Accomodative Dysfunction'. Suatu keadaan yang melibatkan kekuatan sistem pemfokusan sesuatu imej, terutama sekali ketika melakukan kerja-kerja dekat.

"Beliau sendiri tidak mempunyai rabun."

Program menguatkan semula otot yang terlibat (pada mata) diberikan, dengan mengambil kira keseluruhan 'Visual Perception dan Perceptual Skills' beliau.

Skill ini melibatkan komponan yang ada pada mata dan kemahiran otak untuk menafsirkan sesuatu imej yang diterima.
.
.


Hakim agak terlewat mendapatkan rawatan.

Beberapa tahun yang lalu banyak dihabiskan masa berulang-alik ke klinik atas sebab masalah sakit kepala beliau itu.

Akhirnya, Doktor dari sebuah klinik (kami bekerja rapat dengan Doktor perubatan swasta sekitar), telah mengesyorkan Hakim menilai cara mata melihat di Rizal Optometris.

Ibu beliaulah yang sangat risau, kerana tahap belajar Hakim tidak seperti dahulu.
.
.

Kini telah 7 tahun kami melakukan saringan mencari pelajar yang mempunyai masalah penglihatan ini. Kami boleh kategorikan kepada 3 tahap kecelaruan bagi pelajar di sekolah, iaitu :

+++ Sihat dengan stamina mata yang kuat.

+++ Berpotensi mendapat masalah kecelaruan penglihatan, apabila aktiviti dekat bertambah.

+++ Mempunyai masalah kecelaruan yang nyata. Kebanyakan pelajar sendiri pun tidak tahu sebenarnya mata adalah puncanya.
.
.

Penglihatan adalah pancaindera yang paling banyak digunakan untuk memproses sesuatu ilmu agar ia mudah difahami. 

Terutama sekali untuk pelajar.

Inilah yang akan mendorong tumpuan yang lebih baik dalam pembelajaran.

Sebagai orang yang paling hampir dengan mereka, ambil kira juga penilaian prestasi penglihatan. 

Jadikan ia rutin tahunan yang wajib.

Bila dalam keadaan yang baik, mereka lebih berpeluang untuk mencipta masa depan yang lebih cerah.

"Kejayaan dengan Penglihatan."














Rizal Optometris.
Kuala Kangsar - Klebang Ipoh - Taiping.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...