Isnin, 20 Jun 2016

Dah Beli Cermin Nipis, Tapi Masih Nampak Tebal

Saya dah beli cermin mata yang boleh bagi nipis. Tapi bila dah siap, masih nampak tebal lagi. Ada cara lain lagi tak Encik Rizal?

-Pertanyaan dari CikPuan HZ, melalui email rizaloptometris@gmail.com.
.
.

2 pendapat saya tentang soalan yang CikPuan ajukan.

Pendapat Pertama:

Kebanyakan kedai hanya melakukan satu perkara sahaja, mengambil kira kanta yang paling padat sahaja. Ini akan menyebabkan faktor faktor lain yang boleh menyebabkan kanta menjadi tebal, di pandang sebelah mata. Sepatutnya, penjual perlu menunjukkan aggaran ketebalan (teknik simple saya boleh la percaya 80% berapa tebal spek itu nanti).

Pendapat Kedua:
Cadangan saya, ambil kira faktor di bawah ya. Agar membantu CikPuan membuat keputusan dalam memilih cermin mata yang baru.

+ Cermin plastik paling padat dikenali dalam unit 'high index'. High Index 1.74 adalah yang paling padat sekali di dunia. (Ada kedai hanya berani jual hingga unit High Index 1.67). Dapatkan kad Warranty yang menunjukkan cermin itu adalah 1.74. Kerana dengan mata kasar, kita sebagai pelanggan tidak dapat membezakannya.

+ Pertimbangkan frame plastik yang nampak tebal di bahagian tempat ia memegang kanta. Ini bagi melindungi sedikit sebahgian ketebalan kanta. - Oh! Pastikan bulu mata tak kena dekat kanta (masa kita kelip-kelip mata) ya masa nak pilih tu. Nanti dah siap, rasa rimas bulu mata asyik kena kanta spek.

+ Bila try-try frame, tutup sebelah mata, tengok dekat cermin, lihat mata hitam duduk di mana. Kalau di tengah lingkaran kanta spek, ianya adalah ideal. Dalam kes tertentu, saya akan cari frame yang akan menyebabkan mata hitam pelanggan, sedikit mengarah keluar. Taktik ini mengurangkan spek nampak tebal.

+ Walaupun bingkai kita jenis 'penuh' (sekeliling kanta dipegang), minta penjual polishkan atau kilatkan. Baru nampak kanta lebih jernih dan psikologinya orang yang memandang, kanta itu tidak berapa tebal. Macam sungai, bila terlalu jernih, kita akan rasa ia tidak berapa dalam. Tapi kalau menyelam, tak sampai lagi dasar, kita dah naik balik ambil nafas. Hehehehe. Memang dalam sebenarnya.

+ Pertimbangkan Kanta jenis 'Double Apheric' seperti yang terdapat pada jenama Nikon. Ia merawat ke dua-dua permukaan kanta supaya nampak lebih nipis. Banyak produk hanya pada satu permukaan sahaja yang Aspheric.

+ Bergantung kepada apa yang Cikpuan mahu orang tengok.
.
.
CikPuan follow tip atas tu, insya Allah, Cik Puan pakai dengan senyuman sepanjang tahun sehingga tibanya giliran spek yang lain pula. Hehehe.

Ada pelanggan saya power hingga -1000 DS, tersenyum gembira kerana beza cermin mata lama dan baru, ketebalannya dapat dikurangkan sebanyak 50%.

Bayangkan dulu tebal ini, yang baru ini tebalnya dah hilang separuh! Saya hanya gunakan tip di atas.

"Lagi nipis kanta cermin mata, lagi konfiden kita untuk mencapai kejayaan."

Harap membantu CikPuan.


-Shahrizal Bin Redwan, Optometris
Rizal Optometris Kuala Kangsar, Ipoh Klebang, Kamunting.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...