Khamis, 9 Jun 2016

Kalau Tuan Marconi percaya pada kata-kata pakar, smartphone tidak akan wujud!



Guglielmo Marconi berkata kepada sekumpulan pakar tentang gelombang, beliau mahu menghantar gelombang komunikasi, telegraf, merentasi lautan atlantik. Beliau diketawakan!

Mereka berkata pada Marconi, 

"Gelombang bergerak dalam satu garis lurus. Belum sempat merentasi laut atlantik, gelombang itu sudah 'keluar' terpancar ke angkasa lepas. Mustahil dengan idea awak!"

Mustahil kerana bumi berbentuk sfera. Gelombang telegraf tidak boleh bergerak mengikuti permukaan bumi yang melengkung.

Marconi tidak mempedulikannya.
.
.
Akhirnya Marconi telah berjaya menghantar telegraf merentasi laut yang sangat luas itu. 

Pakar gelombang berasa hairan dan tidak dapat menjelaskan mengapa Marconi boleh berjaya. Marconi juga tidak begitu memahaminya.

Bila ahli sains mengkaji, rupa-rupanya di langit bumi, mempunyai satu lapisan yang memantulkan semula gelombang telegraf ke permukaan bumi!
.
.
Jika Marconi mempercayai cara berfikir orang yang 'pakar', mungkin beliau tidak akan berjaya mencipta asas telekomunikasi yang digunakan pada hari ini, iaitu penghantaran gelombang telefon bimbit.

Dalam bisnes, jika kita berjaya mengubah cara pandangan kita pada sesuatu masalah, dan bertindak atas logik pandangan baru ini, kita akan mulai sedar,

"Terdapat lebih dari satu cara untuk menyelesaikan masalah bisnes!"


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...