Jumaat, 10 Jun 2016

Kejayaan bisnes yang ada nyawanya.


Kita hanya nampak apa yang boleh kita lakukan dengan wang ringgit. 

Ada orang kerana mahu memiliki taraf hidup yang lebih baik, ada kereta besar, bebas hutang, rumah besar dan boleh bercuti bila-bila masa.

Tapi perkara yang sebenar, adalah sebagai seorang manusia adalah ketenangan berada di bumi Allah ini.

Bila kita telah tahu sesuatu itu dengan jelas, barulah kita cari maklumatnya sehingga boleh membina suatu platform tindakan yang kukuh dalam diri kita sendiri.

Membantu menjadi manusia yang lebih baik pada diri dan pada orang yang berada di sekeliling kita.

Contohnya, jika kita mahu banyak duit di dalam bank, kita hanya mahu fikirkan bagaimana nak banyakkan lagi. Ada juga digunakan untuk berbelanja untuk hal-hal peribadi sahaja.

Tapi jika kita berfikir sekejap, lihat sekeliling kita, akan ada tangan-tangan yang sentiasa mengharap akan bantuan kita. Bagi pandangan saya, tangan-tangan ini sebenarnya selalu disembunyikan di sebalik tubuh mereka.

Kita asyik nampak orang miskin, tetapi adakah kita nampak rakan kita, yang selalu belanja kita minum, sebenarnya sedang mengalami kegagalan bisnes? Mereka amat hormati persahabatan kita, sehingga kita tahu-tahu, bisnesnya telah pun gagal.
.
.
Kalau keluarga pula, kita pasangkan niat bagaimana untuk membantu mereka berbisnes dengan bisnes yang berjaya. Agar sama-sama berkongsi kejayaan.

Percayalah, senyuman dan doa mereka kepada kita kerana memahami, adalah satu pengisian rohani yang tidak dapat ditafsirkan dengan kata-kata.
.
.

Kalau rakan seindustri berbisnes, kita tarik tangan yang mereka sorokkan, pimpin dan beri pengalaman berada di dunia kita yang Allah telah berikan sedikit kejayaan.

Kadang-kadang kita tidak memerlukan wang di dalam bank kita itu untuk dihabiskan kepada mereka. 

Mereka hanya mahu sedikit sifat prihatin kita, untuk memulakan pengembaraan yang baru.

Berbisnes dengan nafas baru, semangat yang baru!
.
.
Coaching & Brainstorming.

Baru-baru ini saya melatih seorang optometris yang telah pun membuka kedai optometrinya. 

Sistem urus tidak tersusun, tiada plan, tidak tahu peluang-peluang bisnes baru, sehingga berkata, 

"Kalau makan gaji, hidup rasanya lebih senang."

Tiga hari saya memberi kursus pada beliau, bagaimana menguruskan semula bisnes beliau. 

Saya tunjukkan suasana di kedai Optometri saya, bagaimana suasana bekerja, bagaimana kami 'brainstorming' sehingga saya beritahu padanya, 

"Semua ahli pasukan Rizal Optometris tahu cita-cita besar setiap orang."

Wujudkan budaya positif, mereka akan jadi pasukan yang kuat ciri kebersamaan. Barulah cabaran apa jua yang datang, kita akan lawan bersama-sama!
.
.
Cara berfikir.

Saya hanya mohon agar tukar cara berfikir, guna sudut pandangan baru ini untuk menaikkan jenama 'Kedai Optometri'. Cermin mata bukanlah produk utama yang kita mahu jual.

Kita jual perwatakan seorang Optometris yang mempunyai kredibiliti yang tinggi.
.
.
Akhirnya perasaan diluahkan.

Ada satu momen, bila beliau nampak semua peluang, isteri beliau berkata dengan nada yang berlainan dari kebiasaan, "Lepas ini kita tidak akan menangis lagi. Kita akan buat betul-betul kali ini."

Sehingga ke hari ini, ia amat menyentuh hati saya.

Perasaan bila kita inginkan orang lain berjaya, bangun semula ketika jatuh, dan terus memulakan langkah supaya dapat terus berlari sampai ke pintu yang ingin dituju.

Inilah alasan utama mengapa saya berbisnes dalam industri Optometri. Kerana 9 tahun yang lepas, saya juga amat memerlukan tangan saya ini dahulunya ditarik atas bisnes yang telah berada di hujung tanduk.
.
.
Bila ABS (sekolah bisnes yang menjalankan bisnes) melamar untuk bekerjasama di dalam industri Optometri, ia suatu peluang untuk saya mencari dan membantu usahawan Optometri, berbisnes dengan cara yang lebih baik.

Paling utama, saya sendiri juga dapat belajar cara korporat yang lebih baik, seterusnya boleh diaplikasikan pada bisnes Optometri itu sendiri.
.
.
Metod baru.

Saya menghabiskan masa bertahun-tahun untuk mengkaji industri Optometri. Telah 'menge-test' metod baru pada skala yang kecil. 

Hasil penilitian saya, ia metod yang berkesan dan boleh digunakan dalam skala yang lebih besar.

Paling besar, cara untuk menjadi unik. 

Sehinggakan Optometris yang baru bekerja dengan saya, digelar 'specialist' oleh masyarakat setempat.

Menjadikan saya amat komited untuk terus mengajar lagi.



Shahrizal Redwan
Optometris
Rizal Optometris
ABS Optometri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...