Selasa, 21 Jun 2016

9 kualiti yang ada pada Mentor, boleh menjadikan bisnes anda superhebat!


Satu pencapaian yang kita idamkan dalam dunia bisnes, apabila kita dapat bermentor dengan orang yang hebat dan berjaya dalam bisnes yang ingin/sedang kita ceburi.

Bertuah lagi apabila beliau mempunyai 9 ciri ini :

+ Mempunyai tenaga yang 'luarbiasa' untuk membantu. Setiap kali berjumpa, tenaga itulah yang mengecas tenaga kita untuk lebih berbisnes dengan cara yang lebih baik.

+ Daya pengaruh yang kuat untuk bekerja dalam ruang keadaan yang profesional. Tidak memburukkan diri kita dan pihak lain yang berkaitan.

+ Telah berpengalaman dan pakar dalam bidang bisnes yang kita ceburi.

+ Seorang pendengar yang baik. Sehingga memahami sesuatu perkara dan soalan, lebih baik dari kita sendiri.

+ Seorang yang sangat dipercayai, tidak berat sebelah dalam memberikan pandangan, dan seorang yang sangat beretika.

+ Keinginan yang asli untuk membantu kita secara 'personal' melalui gaya yang sangat profesional.

+ Seorang yang sangat dihormati oleh pihak lain yang seangkatan didalam mahupun di luar industri.

+ Lebih suka mengikuti cara kita memahami sesuatu, cara kita bekerja mahupun cara kita bertindak. Mereka banyak berkata, "Jadi diri sendiri."

+ Beliau mencetuskan idea bisnes yang lebih baik, dengan menggunakan daya imaginasi dan cara berfikir kita sendiri. Beliau mendorong ke arah itu.
.
.
'Mentoring' adalah sesuatu yang sangat diperlukan oleh pemain baru/sedia ada di dalam sesuatu industri. 

Selain menaikkan sales dan menambah jumlah pelanggan, mentor perlu berada di belakang kita sebagai 'rakan kongsi' untuk fasa survival/keadaan luar jangka bisnes kita.

100% yang ada 9 ciri di atas, umpama permata di dalam serakan kaca.

Kita cari dan elak sesekali melepaskannya dari genggaman!


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...