Rabu, 1 Jun 2016

Orang berjaya suka sangat bermimpi!


Orang yang tahu kenapa mereka harus yakin dan perlu mempercayai mimpi mereka ini, telah lama mengetahui kesan terhadap kehidupan mereka.

Setelah mula bermimpi dan berimpian, mereka tidak akan berpatah balik. Di bawah ini adalah kesan yang akan kita rasakan, jika sentiasa bermimpi seperti orang yang berjaya :

1- Tiada penyesalan apabila telah mencuba sehabis baik.
Kita tidak sesekali mahu rasa menyesal setelah masa berlalu, kita berkata, "Kalaulah dahulu aku mencuba..."

2- Kita akan berjumpa dengan lebih ramai orang yang seperti kita, 'Pemburu Mimpi'.
Kebaikan paling ketara adalah apabila mereka yang telah dan sedang mengejar impian, terus menerus memberi sokongan kepada kita. 

3- Memberi kehidupan yang lebih berkualiti.
Jika seseorang itu ingin menjadi pakar bedah, mungkin akhirnya menjadi doktor biasa sahaja. Orang yang mahu jadi doktor, mungkin hanya menjadi setakat jururawat sahaja. Tidak kisah apa yang kita impikan, kita tahu, kita telah mencubanya sehabis baik.

4- Lebih mudah untuk membuat keputusan.
Orang yang selalu percaya akan mimpinya akan menjadi kenyataan, tahu apa yang perlu dilakukan, termasuklah berkata 'tidak' apabila kebanyakan orang lain berkata 'ya'.

5- Berimpian membuatkan kita boleh mengatur masa depan.
Eleanor Rooselvet pernah berkata, "Masa depan menjadi hak milik pada seseorang yang sentiasa percaya akan keindahan mimpi-mimpi mereka."

6- Dapat memberi bukti pada orang yang tidak mempercayainya, bahawa pandangan mereka adalah salah.
Elak orang lain mempengaruhi kepercayaan kita untuk mencapai apa yang telah kita mimpikan. Buktikan pendapat mereka adaah salah.

7- Kita akan sedar, tiada yang akan membantu kita melainkan diri sendiri untuk mencapai mimpi indah tersebut!
Bila kita mula menyedari, kita tidak akan sesekali berhenti untuk mengejarnya. Pasti!
.
.
Percaya pada mimpi (impian) yang kita akan akan berjaya, memerlukan daya imaginasi yang sangat kuat.

Bila minda separa sedar mulai mempercayainya, akan terhasillah suatu tindakan yang berterusan.

Insha Allah.



Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...